Umno Pinda Perlembagaan Babitkan Pengguguran Ahli



(Utusan) – UMNO akan membuat pindaan Perlembagaan membabitkan pengguguran keahlian serta pertambahan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Januari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pindaan dua fasal Perlembagaan parti itu akan dibentangkan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya, pembentangan pindaan Perlembagaan itu akan berlangsung dalam PAU Khas yang pada 13 Januari nanti yang dijadualkan bermula kira-kira 11.30 pagi selepas selesai ucapan dasar Presiden.
“Perkara yang nak dipinda dalam Perlembagaan UMNO bulan depan adalah ke atas Fasal 20.11. Ia menyebut seseorang ahli parti yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan, sama ada pada pilihan raya negeri atau Parlimen, akan tergugur keahlian secara automatik.
“Pindaan fasal berkenaan adalah untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti yang sudah diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, di Api-Api, di sini, hari ini.
Menurut Ahmad selain itu, UMNO turut akan meminda Fasal 8.4 supaya ketua penerangan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri secara automatik menjadi perwakilan dalam PAU setiap tahun.
“Oleh itu, perwakilan akan bertambah seramai 191 orang masing-masing ke PAU, serta PAU membabitkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya.
PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, telah ditangguhkan kepada 11 Januari sehingga 14 Januari.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian berkata, sebelum ini hanya tujuh individu dari setiap bahagian parti yang secara automatik menjadi perwakilan pada PAU.
Katanya, ia membabitkan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri selain Setiausaha Bahagian.
“Namun dengan pindaan Perlembagaan ini nanti, seramai lapan individu termasuk Ketua Penerangan bahagian dan sayap dari setiap bahagian layak secara automatik ke PAU berbanding perlu diundi sebelum ini.
“Rasional untuk mereka (ketua penerangan) menjadi perwakilan supaya dapat membawa mesej dan mengepalai mesej utama yang disampaikan pimpinan-pimpinan parti utama kepada bahagian dan peringkat sayap,” katanya.
Ditanya mengenai usul yang akan dibawakan pada PAU ini, Ahmad berkata, setakat ini empat usul sudah diluluskan Jawatankuasa Usul PAU yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Mahdzir Khalid.
“Empat usul yang akan dibahaskan nanti adalaah solidariti UMNO, kos sara hidup dan ekonomi, tingkatkan tahap pendidikan rakyat da dan mendaulatkan agama Islam,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/26/umno-pinda-perlembagaan-babitkan-pengguguran-ahli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhimpunan Agung Khas Umno Bulan Depan Pinda Perlembagaan Parti

Perkhimpunan Agung Khas Umno Bulan Depan Pinda Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 243 hits
Malaysiakini Satu perhimpunan agung khas akan diadakan semasa perhimpunan tahunan Umno bulan depan bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan parti kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata perhimpunan itu akan...
Apabila Ahli Jawatankuasa Umno Sendiri Buntu Dengan Umno Diktator Tidak Demokrasi

Apabila Ahli Jawatankuasa Umno Sendiri Buntu Dengan Umno Diktator Tidak Demokrasi

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 294 hits
UMNO akan dianggap sebuah parti diktator dan bukan lagi mengamalkan demokrasi jika usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perlis Noor Hairi Noor Mohammed berkata malah j...
Ahli Umno Perlu Tolak Calon Top 5 Dari Kalangan Pro Muhyiddin

Ahli Umno Perlu Tolak Calon Top 5 Dari Kalangan Pro Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 282 hits
Oleh Adam MaikPengalaman yang dilalui sepatut mengajar ahli UMNO berkenaan pemimpin dan kepimpinan Jika pengalaman tidak mengajar apa apa maka ahli UMNO berada didalam kerugian Antara pengalaman paling berharga yang boleh dipelajari oleh ah...
Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 196 hits
satuberita myBy December 18 2022PAS Negeri Sembilan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan menyertai parti tersebut pada masa hadapan Pesuruhjayanya Rafiei Mustapha berkata ini terbukti apabila Pas menerima kemasukan lebih da...
Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

Mou Paksa Sokong Anwar Kerajaan Langgar Perlembagaan Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 186 hits
agendaily com17 12 2022Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata jika ada aduan oleh ahli Parlimen yang berkenaan di bawah Seksyen 124 maka pihak polis wajar membuka kertas siasatan Memorandum persefahaman yang ditandatangani pemimpin pe...
Aku Jeje Lihat Kebunku Chord

Penjual Buah Bebas Tuduhan Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen Sah

Speed Read A Honda Cbx 1000 Restomod And More

Ecobrown S Riceberry Rice

Ron95 Jpj Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

Buffet Breakfast Di Sovq Garden Restoran Hotel Raia Sebelahan Lobi Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Beyond Lucky The Invisible Walls Malay Professionals Face In Chinese Majority Workplaces

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Minggu Penulis Remaja

Dua Budak Lelaki Curi Bungkusan Tular Selepas Dirakam Cctv