Umno Perlu Adakan Majlis Paluan Berundur


ULAS PANDANG

SELAIN dari Annuar Musa yang diundang secara rasmi sebagai mewakili Umno ke Kongres Maruah Melayu (KMM), ada dua sosok daripada Umno yang juga turut kelihatan dan hadir sama. Mereka dimaksudkan itu bekas Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
 
Hishamuddin dan Khairy turut hadir di kongres Maruah
Melayu. Kehadiran mereka berdua ini tampak lebih lunak dan tidak berlebihan berbanding kehadiran Annuar yang nampak seakan pelahap menagih kasih daripada Dr Mahathir Mohamad. 
Sebelum ini pun Annuar cuba mengembang kepak macam ayam jantan untuk menggoda betina bagi menarik perhatian Dr Mahathir, namun tidak dipedulikan oleh PM 94 tahun itu.

Di sini saya nak bercakap pasal parti Umno dan masa depannya sedikit. Berkebetulan kedua sosok itu hadir, elok kalau saya memberi sedikit pandangan peribadi daripada orang berada di luar parti kebangsaan itu ke atas mereka berdua yang kini seolah dipencilkan oleh Umno.

Bekas Ketua Pemuda.Bila menyebut Umno siapa pun tidak dapat menafikan peranan Hishamuddin dan Khairy Jamaluddin. Apa lagi mereka berdua pernah memimpin pemuda yang tentunya mempunyai pengaruh dan hubungan yang banyak dengan ahli bawahan Umno. Pemuda dibawah mereka walaupun tidak kontroversi tetapi menjadi pemuda yang bersatu dan membela. Bagaimana pun sayang keduanya nampak tidak diberi peranan sepatutnya. Umno seakan mahu memencilkan mereka. Kekalahan dan musibah diterima Umno sekaan tidak pernah menginsafkan parti itu, asyik masih mahu meneruskan tradisi jelek membina kumpulan dan puak.

Hishamuddin seperti menyendiri, dan keputusan tidak mahu bertanding Naib Presiden dilihat sebagai tindakan untuk tidak mahu memikul beban Umno yang kalah dalam pilihan raya. Manakala Khairy Jamaluddin pula yang turut merebut jawatan Presiden Umno, dianggap menunjukkan signal jelas kepada penolan kepada kepimpinan Zahid Hamidi. Jika Khairy menghormati Zahid beliau sepatutnya bertanding merebut kerusi Naib Presiden.

Apakah apabila Hishamuddin tidak bersedia berada dibawah Zahid sebagai presiden maka anak perdana menteri ke 3 itu juga mengambil sikap sama dengan Khairy? Kalau begitu elok mereka berdua berfikir dan berkira untuk berkapuh bagi meneruskan perjuangan bangsa dan negara menerusi Umno?

Hari ini Hishamuddin dan Khairy tidak diberikan peranan. Khairy lebih senang menjadi pengkritik parti dan juga kerajaan dalam parlimen. Manakala Hishamuddin pula jadi pemerhati penuh ketaa'kulan kepada Umno. Sebagai anak kepada bekas PM dan cucu kepada pengasas dan presiden Umno, Onn Jaafar (foto) tentu darah yang mengalir dalam tubuhnya masih darah Hussein dan Onn Jaafar. Hishamuddin tidak boleh melarikan (escape) diri dan menafikan yang DNA nya adalah DNA perjuangan.

Ke mana beliau pergi beliau akan ditanya, apakah peranan dan usahanya mewarisi pusaka datuk dan ayahnya itu. Hubungan itu menyebabkan Hishamuddin akan tetap disoal dan akan ditanya. Jika beliau melarikan diri, tidak mempedulikan kepada nasib bangsa dan negara, beliau akan dikecam. Beliau akan dianggap sebagai anak dan cucu tidak bertanggungjawab meneruskan perjuangan yang patut diwarisi.

Kerana hakikat itu, jika beliau dianggap sebagai tidak mempedulikan Umno, cuma mahu mencari laba daripada perjuangan Umno ia tidak benar sama sekali. Semasa dalam perhimpunan di kawasannya, Sembrong beliau telah menyatakan akan komitmennya kepada Umno. Dan beliau juga sebenarnya masih ada sokongan dan rakan bersamanya apabila lebih 40 ketua bahagian turut sama berhimpun di Sembrong.

Yang berlaku sekarang ini bukan H2O mahu melarikan diri daripada Umno tetapi dia dinafikan. Misalnya perlambatan untuk melantiknya sebagai Setiausaha BN adalah bukti jelas macam mana H2O tidak dihargai. Kelambatan itu sengaja mahu mengeluarkan beliau daripada rahim perjuangan Umno. 
Dan cara Presiden Umno Zahid Hamidi yang mengumumkan akan melantikan H2O sebagai Setiausaha BN, kemudian ditangguhkan seolah-olah mahu memberi ruang kepada khalayak Umno yang tidak senang dengan H2O agar membelasahnya. Tampaknya tujuan itu berhasil. Dan mereka yang membelasah, menyerang H2O adalah mereka yang buta akar sejarah dan tidak dapat melihat warna darah dalam tubuh ahli Parlimen Sembrong itu.

Sikap ditunjukkan Zahid dalam hal ini juga jelas. Kenapa semasa hendak melantik Annuar sebagai Setiausaha Agung Umno dan Nazri Aziz sebagai Setiausaha BN beliau boleh terus melantiknya tanpa membuat apungan bagi menerima pandangan umum. Jelas di sini Zahid double standard dan ada motif tertentu

Sebagai pemerhati di luar saya melihat jauh dari sudut perbalahan dan perebutan daerah kekuasaan dalam Umno. Saya melihat untuk masa depan bagi memulihkan Umno menjadi parti pembela Melayu sebenarnya. Mungkin pandangan kecil saya ini boleh dimanfaatkan oleh orang Umno yang ikhlas menyayangi parti itu.

Berlatarkan sejarah.
Politik sudah berubah sesuai dengan dinamikanya. Lantaran itu Umno juga perlu dipimpin oleh mereka yang berlatarkan sejarah perjuangan, kerana sentimental sejarah itu mengukuhkan tali perjuangan. Juga oleh mereka yang bermaruah serta terhindar dan jauh dari skandal dan ego. Untuk ini mereka yang terpalit dengan skandal, rasuah, pengubahan wang haram, pemakan harta anak yatim dan lain-lain sebenarnya, tidak relevan lagi untuk memimpin Umno menjadi parti bermaruah.

Semua mereka yang kini dipanggil menghadirkan diri ke mahkamah bagi menjawab puluhan pertuduhan sudah tidak relevan lagi. Mereka tidak perlu dan pantas lagi memimpin parti Melayu yang bersendikan agama. Selagi Umno mengekalkan tokoh-tokoh seperti itu maka selama itulah Umno dilihat sebagai kotor, tidak bermoral dan mirip kepada kejahatan. Mereka sebegitu bukan aset kepada parti tetapi menjadi liabiliti

Semolek-moleknya mereka terbabit dengan kehinaan itu berundur perlahan-lahan. Mereka perlu insaf dan sedar betapa mereka menjadi liabiliti kepada parti. Satu majlis berundur, atau paluan berundur perlu dibuat oleh Umno dengan ianya dikepalai oleh Najib Razak. Mereka yang terbabit dengan kes mahkamah perlu berbaris di belakang Najib yang meninggalkan koridor kuasa Umno secara terhormat.

Sehubungan itu jika Umno ingin kembali cemerlang, tokoh-tokoh yang tidak terkait dengan skandal, penyelewengan dan masih ada integriti perlu mengambil alih. Disinilah kita lihat sosok seperti Hishamuddin dan Khairy Jamaluddin adalah pilihan tepat bagi Umno. Ahli-ahli Umno perlu melihat aset yang ada ini untuk menyelamatkan parti terbesar bangsa Melayu itu. 
Apa lagi wibawa yang ada kepada Hishamuddin yang mempunyai hubungan dan rangkaian dengan dunia luar adalah pantas dan tepat kalau anak Kapten Hussein itu difikirkan oleh ahli Umno untuk bergerak ke hadapan sebagai menjadi kapten baru dalam Umno di era kekalahan dan penuh pancaroba ini. [wm.kl.1:45 pm 07/10/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/10/umno-perlu-adakan-majlis-paluan-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Konvokesyen Unisza Kali Ke 11 Rai 3 474 Graduan

Majlis Konvokesyen Unisza Kali Ke 11 Rai 3 474 Graduan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 743 hits
Sebahagian graduan yang menerima ijazah sarjana masing masing pada sidang pertama hari ini KUALA NERUS 14 Oktober Seramai 3 474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke 11 di Dewan Al Muktafi Billah Shah ...
Bts Artis Bukan Negara Arab Pertama Adakan Konsert Di Arab Saudi

Bts Artis Bukan Negara Arab Pertama Adakan Konsert Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 492 hits
BTS artis bukan negara Arab pertama adakan konsert di Arab Saudi nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Oct 2
Penyatuan Umno Pas Dijangka Gagal Kerana Sukar Bertolak Ansur

Penyatuan Umno Pas Dijangka Gagal Kerana Sukar Bertolak Ansur

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 345 hits
MALAYSIA DATELINE Penyatuan politik Umno Pas dengan mendakwa kononnya penyatuan ummah dilihat hanya indah pada peringkat awal kerana tidak mustahil menjadi sebaliknya menjelang musim Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Ketua Pemuda AMANAH Perak U...
Coming Tanjung Piai By Election To Test Umno Pas Claim To Multiracialism

Coming Tanjung Piai By Election To Test Umno Pas Claim To Multiracialism

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 336 hits
The Umno PAS charter on political cooperation could see both parties staying out of the Tanjung Piai by election PETALING JAYA The death of deputy minister and Tanjung Piai MP Md Farid Md Rafik on Saturday means Malaysians will be seeing ye...
Pegawai Eksekutif Ahli Majlis Perbandaran Guru Antara 5 Ditahan

Pegawai Eksekutif Ahli Majlis Perbandaran Guru Antara 5 Ditahan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Pegawai eksekutif sebuah perbadanan adalah antara lima lelaki yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https w...
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 418 hits
Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 Perak Majlis Perasmian Kami sampai ke lokasi perasmian di Movie Animation Park Studios Ipoh Perak ngam ngam dalam jam 1 petang Ada masa yang cukup untuk meronda melihat persediaan tuan...
Adun Ditahan Sosma Kerana Ltte Apakah Majlis Pakatan Harapan Hanya Diam Membisu

Adun Ditahan Sosma Kerana Ltte Apakah Majlis Pakatan Harapan Hanya Diam Membisu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 454 hits
Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Am...
Betul2 Move On Bekas Kekasih Steady Datang Majlis Kahwin Siap Jadi Pengapit

Betul2 Move On Bekas Kekasih Steady Datang Majlis Kahwin Siap Jadi Pengapit

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 492 hits
Sebelum ini viral di Twitter rakaman seorang pemuda yang kelihatan patah hati semasa menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanitanya Namun lain pula dengan kisah seorang wanita di Twitter dengan nama akaun Mrs Jebat Junwari apabila berk...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord