Bahtera Umno Dah Bocor Pas Nak Gabung Payah Hadi


Diterbitkan 25 Dis 2018, 12:21 tengah hari

PAS tidak akan bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

"Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.

"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah," kata anggota parlimen Marang itu.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga Malaysia pada program "An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang" di Dublin, Ireland, kelmarin, lapor Harakahdaily.

Bagaimanapun menurut Hadi, Umno tidak boleh dikatakan telah 'berkubur' kerana parti itu masih mempunyai penyokongnya tersendiri.

"Dan Umno ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengata Umno (berkubur) di alam barzakh, maka tidak mudah. Parti Komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.

"Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku kiamat. Bukan saya kata dia (Umno) syaitan, tidak. (Tetapi) Kita nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia," jelas beliau.

Hubungan politik antara PAS dan Umno telah diperkatakan sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lagi.


Hubungan itu diteruskan di bawah presiden Umno yang baru, Ahmad Zahid Hamidi apabila kedua-dua parti itu bekerjasama dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil di DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan parlimen Port Dickson.

Mereka kemudian bergabung tenaga dalam menghimpunkan puluhan ribu penyokong bagi membantah Konsyensen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) awal bulan ini.

Bagaimanapun kerjasama antara kedua-dua parti tidak dilakukan secara rasmi dan para pemimpinnya juga mempunyai tanggapan berbeza mengenainya.

Timbalan presiden Umno, Mohamad Hassan sebelum ini menegaskan Umno dan PAS tidak akan bergabung menjadi sebuah parti.

Sebaliknya beliau berkata kedua-dua parti itu hanya menjalinkan kerjasama dan persefahaman sebagai blok pembangkang dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

Baca: Kerjasama PAS, Umno: Jangan tunggu lama-lama, kata Mokhtar

Baca: Annuar: PAS- Umno gabung tenaga bukan gabung parti

Baca: PAS: Kerjasama dengan Umno perlu nilai reaksi penyokong

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS akan mendukung mana-mana gabungan yang mendominasikan orang Islam dalam pemerintahan negara.

Katanya, adalah tidak wajar bagi negara yang terdiri daripada 65 peratus orang Islam, tetapi pemerintahannya didominasi oleh bukan Islam.

"Islam adalah syarat kaum yang mendominasi, ini sangat penting. Kerana pemimpin dipatuhi, mesti didukung oleh kaum yang paling kuat dalam kalangan orang Islam," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/bahtera-umno-dah-bocor-pas-nak-gabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ikrar Terus Bersama Umno Selepas Dikritik Bahtera Bocor

Pas Ikrar Terus Bersama Umno Selepas Dikritik Bahtera Bocor

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 395 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Selepas presiden dan naib presiden PAS mengkritik Umno secara berasingan baru baru ini parti Islam itu hari ini bertukar nada dengan berikrar akan terus bersama Umno tanda solidariti antara 2 parti Melayu Islam t...
Umno Disifatkan Sebagai Parti Bocor Sukar Untuk Gabung Pas

Umno Disifatkan Sebagai Parti Bocor Sukar Untuk Gabung Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR PAS menyifatkan UMNO sebagai bahtera bocor dan tidak mungkin akan bergabung dengannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata gabungan dengan parti sedemikian akan hanya menambahkan kesulitan Loading UMNO sekarang meng...
Pas Tak Perlu Beri Komentar Kosong Nak Gabung Umno

Pas Tak Perlu Beri Komentar Kosong Nak Gabung Umno

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 308 hits
Diterbitkan 26 Dis 2018 9 11 malamSetiausaha Agung Umno Annuar Musa menyarankan mana mana pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan seolah olah parti itu pernah membuat keputusan untuk bergabung dengan PAS atau mana mana parti Kenyataan te...
Pas May Sink If It Gets Too Close To Umno Hadi Says

Pas May Sink If It Gets Too Close To Umno Hadi Says

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 344 hits
PAS president Abdul Hadi Awang said a merger with Umno will not be easy as the latter is sinking Umno is currently a sinking ship When we go to sea if we approach a sinking ship we may also sink with them Merging with a party that has a lea...
After Sinking Ship Slap In The Face From Hadi Umno Now Says Not Merging With Any Party Calls Pas Outsider

After Sinking Ship Slap In The Face From Hadi Umno Now Says Not Merging With Any Party Calls Pas Outsider

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 405 hits
Umno will remain single and will not merge with any other party to stay afloat said its secretary general In a tweet Annuar Musa said I hope outsiders including PAS will no longer resort to empty talk about merging with Umno Umno has not de...
Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

Umno Pas Dua Kali Lima Sahaja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 407 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menasihati umat Islam di negara ini agar berjaga jaga dengan fitnah yang dijaja oleh UMNO dan Pas Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin menegaskan jika dibiarkan umat Islam akan binasa kerana termakan hasutan ked...
Nik Amar Ulangi Cadangan Bubar Umno Ahlinya Masuk Pas

Nik Amar Ulangi Cadangan Bubar Umno Ahlinya Masuk Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 351 hits
KOTA BHARU Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi cadangannya agar UMNO dibubarkan dan anggotanya menyertai PAS kerana parti itu tidak lagi mempunyai masa depan dalam politik negara Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Be...
Pas Jangan Bimbang Umno Tetap Kuat

Pas Jangan Bimbang Umno Tetap Kuat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 394 hits
Diterbitkan 25 Dis 2018 6 42 petang Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyeru PAS tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini yang menyaksikan sekumpulan anggota dan wakil rakyatnya meninggalkan parti Jelas Shamsul keada...
Umno Runtuh X Berupaya Perjuang Melayu Islam Pas Perlu Ke Depan

Umno Runtuh X Berupaya Perjuang Melayu Islam Pas Perlu Ke Depan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 421 hits
ALOR SETAR Pas menyifatkan krisis yang melanda Umno kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata be...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun