Umno Pas Dah Tak Perlu Sorok Sorok Lagi


N Faizal Ghazali      
Pemuda Umno Kelantan beranggapan kerjasama politik di antara antara parti itu dan PAS kini tidak perlu lagi dibuat secara sembunyi (rahsia).

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Kelantan, Saipuddin Mohamad, berkata setelah beberapa kali percubaan kerjasama dilakukan termasuk di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini, di Cameron Highlands kesepaduan yang lebih jelas dapat dilihat.

"Kehendak politik semasa mahukan penyatuan umat Islam, Melayu serta bumiputera. Inilah yang diterjemahkan oleh Umno dan PAS di Cameron Highlands dengan begitu tersusun sekali.

"Ia bukan lagi kerjasama yang sembunyi-sembunyi. Kedua-dua parti politik senior Melayu ini terang-terang bergerak bersama sejak hari penamaan calon lagi," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi mengumumkan calon BN Ramli Mohd Nor menewaskan calon PH, M Manogaran, bagi kawasan Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Pada PRU ke-14 lalu BN memenangi kerusi terbabit dengan kelebihan hanya 597 undi.
BN juga menang di semua 12 pusat daerah mengundi.

Saipuddin berkata, ketika ini jelas masyarakat semakin menerima kerjasama Umno dan PAS kerana menyedari ia sangat perlu demi kelangsungan politik Melayu dan umat Islam yang didakwanya makin ditekan dengan pelbagai isu.

Akan diuji sekali lagi "Mungkin ini impian rakyat sekian lama, yang ingin melihat dua parti politik Melayu terbesar ini duduk semeja, bergerak bersama demi kemaslahatan ummah dan mampu memacu ke arah kemakmuran negara yang lebih baik.

"Pemuda Umno Kelantan sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh teman-teman seperjuangan dalam kalangan Pemuda PAS.

"Keikhlasan mereka turut serta berkempen turut menyumbang kepada kemenangan Ramli," katanya.

Tambah Saipuddin, pemuda Umno menyedari tuntutan rakyat yang mahu melihat dua parti politik itu bersatu sebagai satu blok pembangkang yang kuat, efektif dan membawa suara rakyat.

Bagaimanapun kata Saipuddin, kerjasama Umno dan PAS bakal diuji sekali dalam PKR DUN Semenyih, Selangor yang akan bermula pada 16 Februari depan.

"Ini merupakan medan ujian sebenar bagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat teramai terhadap kerjasama blok pembangkang yang baru muncul pada 9 Mei 2018 lalu.

"Semoga kita semua terus istiqamah membawa manhaj politik baru yang lebih mesra rakyat, yang menyelami kehendak sebenar rakyat, yang mampu membangun Malaysia yang lebih stabil seperti dulu.

"Umno masih dan akan terus relevan dengan ekosistem politik nasional," jelasnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/umno-pas-dah-tak-perlu-sorok-sorok-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

Kerjasama Pas Umno Bakal Merubah Situasi Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 391 hits
ARAU 27 Jan Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menunjukkan perkembangan positif hasil penyatuan antara UMNO dan Pas selain memberi mesej jelas terhadap kebangkitan rakyat khususnya umat Islam yang menolak k...
Umno Pas Partnership Will Give Rise To Malay Tsunami Khaled Says After Cameron Highlands Win

Umno Pas Partnership Will Give Rise To Malay Tsunami Khaled Says After Cameron Highlands Win

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 376 hits
The Cameron Highlands by election will be the start of a Malay tsunami as Barisan Nasional s win is proof that voters back the coalition to champion Malay rights an Umno leader has claimed According to Umni vice president Datuk Seri Khaled ...
Penyokong Ph Umno Sertai Pas Di Gua Musang

Penyokong Ph Umno Sertai Pas Di Gua Musang

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 449 hits
MALAM ini sekali lagi sejarah tercipta di Parlimen Gua Musang yang disandang YBM Tengku Razaleigh Hamzah sejak puluhan tahun lalu Dun Nenggiri khasnya sejak sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas mencatatkan rekod yang cukup bagus dalam gerak...
Dap Gerun Kerjasama Politik Umno Dan Pas

Dap Gerun Kerjasama Politik Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 497 hits
Hari ini adalah hari terakhir untuk berkempen bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Yang begitu mengharap kemenangan esok adalah DAP Kerana DAP bersungguh sungguh kerusi Parlimen Cameron Highland Jom tengok apa kata juru cakap DAP ini p...
Perang Saraf Pas Umno Ibarat Barah Ide

Perang Saraf Pas Umno Ibarat Barah Ide

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 298 hits
Perang saraf PAS Umno ibarat barah IDE Jika tidak bendung sebaiknya ia akan merebak kepada orang Melayu di kawasan pinggir bandar dan juga bandar kata pusat penyelidikan itu
Kejayaan Umno Pas Tarik Sokongan Mca Mic Di Luar Jangkaan Guan Eng

Kejayaan Umno Pas Tarik Sokongan Mca Mic Di Luar Jangkaan Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 389 hits
27 Januari 2019 11 19 AMLIM GUAN ENGPULAU PINANG 27 Jan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan UMNO dan Pas menarik MCA dan MIC menyokong kerjasama parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands adalah di luar...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa