Umno Nak Tunggu Apa Lagi Kemasukan Gerakan Ke Dalam Pn Bukti Darurat Ini Bermotif Politik




 Tanpa memgambil kira PKP atau darurat dan di sebalik omongan dirinya tidak berpolitik dan hanya ingin menumpukan kepada usaha melawan Covid19, Muhyiddin Yassin sekali lagi membuktikan bermain politik dan keinginan mengekalkan kuasa memang menjadi keutamaannya.
Jika dalam tempoh PKP sebelum ini, beliau mengambil kesempatan mengukuhkan penguasaannya dalam Bersatu dengan memecat semua penentangnya, termasuk Tun Mahathir Mohamad, kini beliau membawa masuk Gerakan pula menyertai PN.
Kemasukan Gerakan ini dilakukan ketika dalam tempoh PKP 2.0 dan darurat dilaksanakan yang konon ia terpaksa dilakukan bertujuan memastikan keberkesanan usaha kerajaan menangani Covid19.
Sementara tiada sebarang usaha yang nampak berkesan dilakukan dalam tempoh darurat ini untuk memerangi Covid19, yang terbukti dilakukan Muhyiddin akhirnya ialah membawa masuk Gerakan menyertai PN di ketika semua pihak lain diserunya memberi tumpuan memerangi wabak penyakit tersebut.
Dengan kemasukan Gerakan ini, PN sekarang dianggotai lima parti – Bersatu, Pas, Star, Sapp dan Gerakan.
Maka, sahih dan terbuktilah sekarang darurat yang dicadangkan Muhyiddin untuk mendapat perkenaan Agong, selain ketika itu keabsahan dan majoritinya kian menghilang, ia hanya untuk menangani darurat politik dalam dirinya.
Berbeza dengan UMNO, bukan anggota PN tetapi bersama menubuhkan kerajaan PN, di sebalik gembar-gembur meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu serta ingin keluar daripadankerajaan, tetapi bertindak macam siput dengan menangguh-nangguhkan keputusan yang mahu dibuat.
Disebabkan memberi tempoh untuk memuktamadkan usul putus hubungan tersebut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang sepatutnya 31 Januari lalu, semuanya jadi tersekat kerana dipintas dengan Muhyiddin lebih dulu mendapat perkenan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Untuk itu, tiada ketahuan bila tarikh sebenar Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan selepas ini.
Lebih daripada itu, tindakan Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan juga dibuat secara berdikit-dikit seolah-olah selain Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz, semua yang lain adalah mereka yang lebih sayangkan jawatan berbanding perjuangan.
Kalau benar sayangkan perjuangan UMNO dan sedar Bersatu ingin membunuh UMNO, mengapa mesti bertangguh-tangguh lagi?
Masuknya Gerakan ke dalam PN ini memperlihatkan Muhyiddin sentiasa memperkemas dan menguatkan kedudukannya untuk menghadapi PRU15 akan datang dan dengan perlahan-lahan cuba mengenepikan UMNO serta BN.
Malah, berbanding BN yang ada empat parti – UMNO, MCA, MIC dan PBRS – PN kini sudah jadi lebih besar lagi kerana memiliki lima parti di dalamnya.
Jika sebelum ini, Muhyiddin mencuri Pas yang sudah bertunang dengan UMNO melalui Muafakat Nasional untuk menjadi anggota sah PN, kini janda BN pula dijadikan milik terbaru PN.
Tidakkah semua ini sebenarnya suatu penghinaan kepada UMNO dan BN?
Terbaru, berdasarkan keterangan di mahkamah semalam yang membuktikan UMNO ada memiliki akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik, ia mungkin bakal menjadi alasan terbaik untuk pihak kerajaan mengisytiharkan parti itu sebagai tidak sah serta haram.
Selepas ini, kita tidak tahu lagi apa gerakan Muhyiddin seterusnya, tetapi yang pasti beliau tidak akan berdiam diri bersama Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin untuk terus merancang sesuatu demi masa depan mereka.
Jika UMNO, khususnya Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti itu kekal leka dan terkemut-kemut dalam bertindak, impian UMNO untuk kembali berkuasa, berdasarkan gerakan politik yang dilakukan Muhyiddin sekarang ini, semua itu bolehlah dianggap hanya tinggal angan-angan saja.
Terlihat semua yang dilakukan Muhyiddin secara perlahan-lahan dan satu demi satu ini seperti sudah ada skrip yang memang disiapkan lebih awal lagi.
Masihkah UMNO mahu terhegeh-hegeh lagi bertindak meninggalkan kerajaan PN atau memang sudah takdirnya UMNO akan kena telan dengan Bersatu?


 (Shahbudindotcom 11/02/2012)














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/umno-nak-tunggu-apa-lagi-kemasukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 355 hits
UMNO dan BN bersaing dengan ideologi hujah dan fakta Dengan perkhidmatan Demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat kata Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi Tambahnya lagi Justeru tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya UM...
Politik Barbaric Bukan Amalan Umno Zahid Hamidi

Politik Barbaric Bukan Amalan Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 268 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak mengamalkan politik barbaric kebencian dan dendam Menurutnya Umno dan BN juga tidak menganiaya menzalimi lawan hanya kerana berbeza fahaman politik hanya kerana mahu kekal berkuasa ...
Pas Tidak Akan Kongsi Kuasa Dengan Umno Dua Negeri Sudah Jadi Bukti

Pas Tidak Akan Kongsi Kuasa Dengan Umno Dua Negeri Sudah Jadi Bukti

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 364 hits
ARIF ATANPertembungan politik di peringkat akar umbi antara Umno dan Pas sudah begitu lama dan boleh dilihat di Kelantan dan Terengganu kata Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad Menurutnya Pas tidak akan berkongsi kuasa dengan U...
Sampai Tercabut Pintu Jamban Anak Pecahkan Pintu Cari Mak Nak Susu Time Tu Mak Pulak Tengah Darurat

Sampai Tercabut Pintu Jamban Anak Pecahkan Pintu Cari Mak Nak Susu Time Tu Mak Pulak Tengah Darurat

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 218 hits
Sepanjang mengasuh anak kecil kadang kadang memang rasa leceh bila mereka asyik mengempeng Pantang nampak ibu nak baring atau berehat saja confirm mula merengek nak susu kan Anak bangun 2 pagi melalak nak susu Baru baru ini seorang ibu dari...
Umno Ada Akaun Rahsia Yang Tidak Diaudit Bagi Derma Politik Pendakwa

Umno Ada Akaun Rahsia Yang Tidak Diaudit Bagi Derma Politik Pendakwa

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 288 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Feb 2021 6 24 pmUmno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik kata pendakwa raya hari ini Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM...
Pop Anytime Doakan Saya Baby Sihat Tunggu Masa Nak Lahir Scha Alyahya Mohon Doa Dipermudahkan

Pop Anytime Doakan Saya Baby Sihat Tunggu Masa Nak Lahir Scha Alyahya Mohon Doa Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 389 hits
Setelah sembilan bulan menanti dan melalui tempoh kehamilan yang mencabar kini pelakon dan pengacara Scha Alyahya sedang menunggu saat kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bila bila masa sahaja Menerusi satu hantarannya di instagram...
Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 193 hits
SINGAPURA Mereka yang mempunyai sebab sah untuk melakukan perjalanan keluar Singapura harus terus menunggu giliran dan tidak boleh memotong jalan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 lebih awal Ini memandangkan jumlah bekalan terhad b...
Kerjasama Ppbm Pas Umno Untuk Kepentingan Politik Tiada Kebaikan Untuk Negara Kata Dr M

Kerjasama Ppbm Pas Umno Untuk Kepentingan Politik Tiada Kebaikan Untuk Negara Kata Dr M

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Kerapuhan kerjasama antara PPBM PAS dan Umno akan terus terurai pada pilihan raya umum akan datang kerana tiga parti itu hanya bersama untuk kepentingan politik masing masing PPBM PAS dan Umno adalah tonggak kerajaan Perikatan...
Pas Anggap Kemasukan Gerakan Perkukuh Perpaduan Rakyat

Pas Anggap Kemasukan Gerakan Perkukuh Perpaduan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 213 hits
ismaweb netLengkapkan PN sebagai perikatan bersifat nasional merangkumi pelbagai bangsa partiBANGI 1 Rejab 1442H Sabtu Meskipun ramai pihak yang tidak senang dengan kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam Perikatan Nasional namun PAS ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya