Rauf Sahkan Umno Berunding Dengan Dap Di Melaka Diarah Parti


UMNO mengesahkan mengadakan rundingan dengan parti DAP terlebih dahulu untuk menyelamatkan kerajaan yang diterajui parti itu di Melaka, tetapi tawaran tersebut ditolak oleh parti komponen blok pembangkang, Pakatan Harapan itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan rundingan tersebut berlangsung sebelum tumbang kerajaan Melaka yang dipimpin Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara maya sebuah portal.

Jelasnya, beliau diberi tanggungjawab mewakili partinya iaitu UMNO untuk berunding dengan pimpinan DAP Melaka, ia diatur oleh seorang pemimpin atasan UMNO yang enggan dinamakannya.

“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.

“Saya menawarkan seperti mana diputuskan dalam sidang dewan yang lepas, yang mana YAB KM (Ketua Menteri) menawarkan kumpulan parti pembangkang ini jadi rakan strategik untuk membina semula Melaka dan tawaran itu dibuat secara rasmi dalam sidang DUN baru lepas,” katanya.

Untuk rekod, Rauf juga memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang mengumumkan pembubaran DUN baru-baru ini.

Susulan keputusan tersebut, ia akan memberi implikasi satu Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan walaupun negara masih dilanda penularan pandemik Covid-19.

Isnin lalu, bekas KM Melaka Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Rauf juga mendedahkan mengetahui gerakan diatur empat ADUN terbabit dan mendakwa turut melihat kandungan akuan berkanun (SD) yang antara lain membabitkan lantikan seorang bekas Ketua Menteri kembali dilantik ke jawatan itu.

Beliau turut berkata, ‘serangan hendap’ dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan negeri tidak mencerminkan pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, dilaksanakan di peringkat negeri.

“Tetapi mengapa kita perlu gegarkan politik Melaka ini dengan gerakan serang hendap terancang, dan saya berterus terang memang ada perbincangan (bersama DAP) saya secara tidak rasmi pada malam sebelum hari kejadian,” katanya lagi. - Agendadaily.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/rauf-sahkan-umno-berunding-dengan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Minta Nyawa Daripada Dap Selamatkan Kerajaan Melaka Dedah Rauf

Umno Minta Nyawa Daripada Dap Selamatkan Kerajaan Melaka Dedah Rauf

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 469 hits
Ab Rauf Yusoh berkata beliau mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali selain menawarkan beberapa penyelesaian PETALING JA...
Umno Ajak Berbincang Di Ambang Tumbang Kata Dap Melaka

Umno Ajak Berbincang Di Ambang Tumbang Kata Dap Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 666 hits
malaysiakini comSumber dalaman DAP mengesahkan parti itu dihubungi oleh Umno Melaka sebelum Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri Kata sumber yang dekat dengan kejadian itu tiada sebarang perset...
Umno Tak Hebat Mana Pun Minta Tolong Dap Di Melaka

Umno Tak Hebat Mana Pun Minta Tolong Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 342 hits
TAJUK satu laporan di sebuah portal berita berbunyi UMNO MINTA NYAWA DARIPADA DAP SELAMATKAN KERAJAAN MELAKA RAUFhttps www freemalaysiatoday com category bahasa tempatan 2021 10 06 umno minta nyawa daripada dap selamatkan kerajaan melaka de...
Report Melaka Dap Chief Claims Umno Sought Its Support To Keep Sulaiman As State Chief Minister

Report Melaka Dap Chief Claims Umno Sought Its Support To Keep Sulaiman As State Chief Minister

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 308 hits
Melaka state assembly speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh reached out to DAP to consolidate support for Umno s Datuk Seri Sulaiman Md Ali in a last minute attempt to prevent the state government s collapse according to Tey Kok Kiew The Malaysi...
What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 319 hits
Umno should take action against its Melaka liaison chairman and deputy chairman who sought to join hands with its political foes from Pakatan Harapan just to keep the state government under Datuk Seri Sulaiman Md Ali afloat former party man...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 301 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Umno Melaka Alu Alukan Kerjasama Pn Mn Hadapi Prn Ab Rauf

Umno Melaka Alu Alukan Kerjasama Pn Mn Hadapi Prn Ab Rauf

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 274 hits
UMNO Melaka Alu alukan Kerjasama PN MN Hadapi PRN Ab Rauf MASJID TANAH UMNO negeri Melaka mengalu alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka ...
Adun Dap Melaka Marah Surat Dihantar Tanpa Pengetahuannya

Adun Dap Melaka Marah Surat Dihantar Tanpa Pengetahuannya

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 169 hits
Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya Seorang bekas Adun pembangkang Melaka tidak senang dengan tindakan Pakatan Harapan Melaka yang mengutus surat kepada Istana Negara memohon agar pembubaran Dewan Undangan Negeri dibat...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

Salam Aidiladha Mulakan Korban Daripada Diri Sendiri