Eloklah Umno Terus Sertai Ph


agendaily.com17/12/2022
Lebih baik UMNO terus sertai Pakatan Harapan.
Walaupun penyokong akar umbi masih tidak dapat menerima hakikat kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang melanggar prinsip perjuangan kedua-dua gabungan parti politik, pemimpin atasan mereka dilihat semakin hari makin selesa dan bertambah akrab.

Semenjak bergabung untuk membentuk kerajaan perpaduan dan memegang jawatan dalam kerajaan, pemimpin BN dan PH yang dahulunya saling serang-menyerang dan berseteru boleh melupakan persengketaan berpuluh tahun dalam sekelip mata.

Segala tuduhan antara satu sama lain sebelum ini yang dijaja sejak sekian lama hilang dengan pantas dan tidak lagi meniti di bibir pemimpin kedua-dua gabungan parti, malah saling memuji dan ada juga yang berbalas pantun untuk menunjukkan berakhirnya permusuhan dan mekarnya kemesraan pemimpin mereka.

Melalui hubungan bersejarah yang tidak pernah tercapai di akal penyokong akar umbi, ramai yang melihat kepada keperluan BN yang ditunjangi UMNO untuk mengisytiharkan parti itu menyertai PH secara rasmi kerana ia memudahkan penyokong parti berkenaan untuk membuat keputusan sama ada untuk terus kekal atau menyertai parti lain.

Dengan kemerosotan kerusi-kerusi Parlimen milik UMNO-BN, adalah sukar untuk komponen itu mengekalkan kuasa pada PRU-16 kerana jika dilihat bermula pada PRU-11 hingga PRU16, trend sokongan terhadap parti berkenaan menceritakan segala-galanya di mana kedudukan parti tertua itu ketika ini.

Pada PRU-11 parti keramat orang Melayu memenangi lebih 200 kerusi- satu kedudukan yang amat stabil dan pada tahun 2008 iaitu semasa PRU-12, ia merosot kepada 140 kerusi Parlimen iaitu kehilangan 60 kerusi – suatu kehilangan yang agak besar.

Disebabkan banyak isu besar yang membelenggu kerajaan pada waktu itu hingga tidak mampu dikawal, prestasi UMNO-BN makin merosot pada PRU-13 apabila hilang lapan kerusi menjadikan kerusi dimenangi hanya 132 kerusi.

Pada PRU-14, penolakan terhadap parti itu berterusan dan UMNO hilang lagi 53 kerusi menjadikan ketika itu tinggal 79 kerusi. Daripada 79 itu, UMNO makin hilang arah apabila 39 Ahli Parlimennya menyertai Bersatu kerana hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Dan pada PRU-15, UMNO-BN kini hanya tinggal 30 kerusi iaitu kemerosotan yang amat teruk apabila dilihat penurunan jumlah kerusi dari tahun 2004 dengan lebih 200 kerusi kepada angka ketika ini pada tahun 2022.

Pada pilihan raya umum baru-baru ini jelas kelihatan penolakan terhadap UMNO-BN apabila golongan muda yang pertama kali mengundi turut menunjukkan pendirian mereka terhadap parti gabungan itu.

Dengan data-data yang jelas serta kehilangan sokongan ketara ketika ini, BN-UMNO sebenarnya tiada pilihan lain melainkan menyertai PH untuk mengelakkan jumlah kerusi mereka terus merosot hingga mencatat angka bawah 10 kerusi Parlimen.

Sebenarnya secara logik akal, jika prestasi merosot seperti yang ditunjukkan oleh UMNO ini, nakhoda parti perlu mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan, tetapi ia tidak berlaku dan nampaknya mustahil untuk berlaku.

Maka, dengan penyertaan kepada PH adalah jalan yang paling terbaik untuk memudahkan pengundi membuat keputusan terutamanya pada pilihan raya enam negeri yang akan berlangsung beberapa bulan lagi dan juga PRU-16 kerana hanya ada dua gabungan yang bertanding iaitu PN dan PH.

Pengundi juga tidak perlu lagi pening kepala ataupun diganggu dengan cubaan memecah undi kerana pilihan hanya ada dua. Lakukanlah segera kerana ia boleh menjadikan hubungan ‘perkahwinan’ BN-PH lebih rasmi tanpa perlu menipu penyokong lagi.

Mohd Azam Mohd Atan
Penganalisis politik

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/eloklah-umno-terus-sertai-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

Ramai Ahli Umno Nyata Minat Sertai Pas

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 128 hits
satuberita myBy December 18 2022PAS Negeri Sembilan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan menyertai parti tersebut pada masa hadapan Pesuruhjayanya Rafiei Mustapha berkata ini terbukti apabila Pas menerima kemasukan lebih da...
Umno Kini Penuh Kebatilan Ketua Pemuda 50 Akar Umbi Sertai Pas

Umno Kini Penuh Kebatilan Ketua Pemuda 50 Akar Umbi Sertai Pas

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 131 hits
agendaily com18 12 2022Zool Amali Hussin mewakili 50 ahli UMNO bahagian Seremban menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha di Kampung Rawa Lenggeng semalam Gambar FBBerasa ditipu hidup hidup men...
Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 127 hits
agendaily com14 12 2022Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa de...
Umno Terus Gali Kubur Sendiri Kata Tun Faisal

Umno Terus Gali Kubur Sendiri Kata Tun Faisal

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 267 hits
Bekas timbalan ketua Umno Putrajaya berkata parti itu tidak belajar daripada kesilapan apabila Barisan Nasional memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas PRU15 Umno kini sedang menggali kuburnya sendiri namun kedalaman kub...
Jawatan Dalam Kabinet Perkukuhkan Kluster Setia Hadapi Kluster Broker Pada Pemilihan Umno

Jawatan Dalam Kabinet Perkukuhkan Kluster Setia Hadapi Kluster Broker Pada Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 303 hits
Oleh Adam MalikSelesai sudah perlantikan anggota kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam Walaupun ada beberapa gangguan saat akhir untuk melayan kehendak beberapa pihak namun ia tetap dapat diselesaikan dengan kompromi...
Ahmad Maslan No Political Element In Zahid S Appointment Based On Umno S Hierarchy

Ahmad Maslan No Political Element In Zahid S Appointment Based On Umno S Hierarchy

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 153 hits
Ahmad said the appointment of Ahmad Zahid to the country 8217 s second highest office was also aimed at stabilising the unity government which was formed after no party won a simple majority of 112 seats in the Dewan Rakyat 8211 Bernama pho...
Menarik Dap Tak Puas Hati Komposisi Menteri Umno Lebih Ramai Tapi Menang Sikit

Menarik Dap Tak Puas Hati Komposisi Menteri Umno Lebih Ramai Tapi Menang Sikit

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 241 hits
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai tapi menang sikitNaib Pengerusi DAP Kebangsaan Chow Kon Yeow tidak puas hati parti yang menang sedikit kerusi pada PRU 15 lalu diberi lebih banyak jawatan menteri berbanding DAP DAP parti...
Umno Man Calls For Rci On Rm600bil Spent By Muhyiddin S Govt

Umno Man Calls For Rci On Rm600bil Spent By Muhyiddin S Govt

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 295 hits
Umno Supreme Council member Isham Jalil has called for a royal commission of inquiry to probe the apparent expenditure of RM600 billion by former prime minister Muhyiddin Yassin s administration He said this was necessary as the people dese...
Ph Umno Tak Cakap Soal Rasuah Dan Bangsa Lagi Takut Kena Kawan

Ph Umno Tak Cakap Soal Rasuah Dan Bangsa Lagi Takut Kena Kawan

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 205 hits
agendaily com4 12 2022Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari berpendapat PH dan UMNO tidak lagi bercakap mengenai isu rasuah dan membela agama serta bangsa setelah kedua dua parti itu bekerjasama Pemuda Perikatan Nasional menyi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias