Umno Kini Pengemis Politik Hidup Segan Mati Tak Mahu Kata Khairy


satuberita.myBy SatuBerita
-May 11, 2023Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
UMNO kini sudah menjadi pengemis politik dan parti itu diibaratkan “hidup segan mati tak mahu”, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu berkata, masa depan UMNO sangat malap selepas kehilangan sokongan Melayu yang merupakan tunjang kekuatan parti itu dan perlu bergantung kepada ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal hidup.

Katanya, dengan kepimpinan sedia ada, parti Melayu itu akan terus hidup tetapi tidak secara “segar dan bermaruah”.

“Walaupun dengan kepimpinan yang sedia ada, UMNO akan hidup, tapi dia hidup segan mati tak mahu. Dia tidak hidup segar dan bermaruah, dan dia juga tidak mati, tapi dia jadi parti yang sangat-sangat lemah dan mungkin kekal menjadi pilihan ketiga orang Melayu.

“Dia (UMNO) juga tidak mati, tapi jadi parti yang sangat lemah dan mungkin kekal jadi pilihan ketiga orang Melayu,” katanya dalam temu bual bersama saluran berita Singapura, Mediacorp.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas menteri kesihatan, melihat UMNO sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) dan usaha sama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu akan menjejaskan lagi sokongan Melayu terhadap parti terbabit.

Katanya, situasi ini akan memanfaatkan Perikatan Nasional (PN) yang mana ramai dalam kalangan penyokong dan pengundi UMNO akan beralih ke gabungan parti politik baru tersebut.

“Persoalan besar adalah sama ada pengundi UMNO nak bagi (undi) kepada UMNO-PH atau PN.

“Saya rasa kini 50% daripada pengundi UMNO akan beri sokongan kepada PN, mereka tak sanggup bagi kepada UMNO atau PH,” katanya menurut Malaysianow.

Mengulas mengenai jangkaan pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Khairy menjangkakan UMNO atau PH sukar untuk meraih keputusan baik di negeri-negeri yang sedang ditadbir PAS-PN.

Katanya, perhatian utama pada PRN kali ini ialah untuk melihat sejauh mana pengaruh PN akan berkembang di negeri yang ditadbir PH.

“Dan inilah yang disebutkan gelombang, bukan gelombang hijau tetapi gelombang PN.

“Yang menarik ialah sejauh mana PN dapat meneruskan gelombang tersebut ke Selangor.

“Jika mereka berjaya kembangkan pengaruh dan sokongan mereka di Selangor, maksudnya mereka bukan lagi parti semata-mata di kubu kuat Melayu,” tambah beliau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November tahun lepas, PN membuat kejutan di Selangor apabila gabungan parti politik itu bukan saja merampas semua kerusi Parlimen BN tetapi juga tiga kerusi milik PH iaitu Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/umno-kini-pengemis-politik-hidup-segan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kini Hanya Tinggal Kaki Bodek Kata Noh Omar

Umno Kini Hanya Tinggal Kaki Bodek Kata Noh Omar

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 205 hits
agendaily com02 05 2023Noh mengesahkan akan menyertai PN dan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang Bekas Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menyifatkan parti lamanya itu kini hanya ditunjangi pemimpin kaki bodek Beliau yang ...
Sehingga Kini Belum Ada Pimpinan Umno Yang Disucikan Oleh Kerajaan Ni

Sehingga Kini Belum Ada Pimpinan Umno Yang Disucikan Oleh Kerajaan Ni

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 201 hits
Selama beberapa bulan PH bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan perpaduan aku masih tak nampak pemimpin BN disucikan Begitu juga dengan penyokong BN Masih ada rasa skeptikal terhadap PH terutama DAP Ini tak pelik sebab dah lama bermusuhan...
Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 200 hits
Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir dulu terlahir Parti Keadilan Nasional Parti ini dasarnya berbeza sama sekali dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua kaum Berbeza dengan...
Tiada Arahan Rasmi Kerjasama Dengan Ph Di Selangor Kata Umno Bahagian

Tiada Arahan Rasmi Kerjasama Dengan Ph Di Selangor Kata Umno Bahagian

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com 03 May 2023Ketua parti di Shah Alam dan Ampang berkata mereka merancang untuk mengadakan program bersama Pakatan Harapan menjelang PRN nanti BN dan PH dijangka bekerjasama dalam PRN yang akan diadakan di Selangor Neger...
Ketepi Fahaman Politik Selesai Masalah Air Kelantan Kata Anwar

Ketepi Fahaman Politik Selesai Masalah Air Kelantan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 186 hits
KERAJAAN perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Katanya beli...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman