Umno Kembali Bangkit



HAMPIR setiap hari, parti UMNO menjadi tumpuan. 11 Mei lalu genap 76 tahun penubuhannya. Selepas 76 tahun, ia masih menjadi perbualan.
Adakah UMNO melalui zaman kebangkitan semula sehingga menggugat parti dan pemimpin politik lain selepas prestasi yang mengejutkan pada 2018?
Lazimnya, sesuatu parti yang gagal mempertahankan populariti atau ditolak pengundi mahupun kepimpinannya mengambil masa lama untuk membina dan kembali semula ke arena politik arus perdana.
Menariknya, sejak 2018 sehingga hari ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus dianggap pilihan atau alternatif kepada parti lain.
Ia menunjukkan UMNO melihat kebangkitan partinya dan keyakinan terbina selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta siri Pilihan Raya Kecil (PRK).
UMNO bukan sekadar dilihat sebagai ancaman, malah musuh politik yang sukar disaingi kini. Formula baharu dan tawaran Perdana Menteri menarik minat mereka yang telah kehilangan kepercayaan.
UMNO sudah melalui fasa proses membina semula, pemulihan dan pengukuhan parti. Fasa menarik sokongan sedang dilakukan dengan perubahan bersifat kontemporari yang sangat diperlukan dalam suasana politik hari ini.
Berjayakah UMNO selepas 76 tahun dilabel sebagai parti keramat orang Melayu yang juga sentiasa menarik minat bukan Melayu? Hakikatnya, ia adalah satu proses yang akan kembali semula kepada ahli dan rakyat Malaysia.
Mana-mana parti sekalipun, akan ada pasang surutnya, sama seperti UMNO. Kebangkitan segera membezakan antara mereka sama ada memilih untuk lenyap atau kekal relevan.
UMNO dilihat sebagai ‘singa yang terluka dan berdarah’ sejak 2018. Kegagalan pengurusan persepsi mendominasi waktu itu. Ia adalah soal maruah, imej, jenama dan pemasaran kini.
Tarikan sokongan tidak memerlukan wang ringgit. Ia hanya mementingkan idea, pemikiran dan pembaharuan. Keangkuhan dan pereputan politik tidak lagi menjadi andaian politik baharu.
Pertembungan dalaman mesti dielak daripada paparan umum. Keinginan untuk mentadbir urus negara mesti disertai dengan nilai amanah dan keupayaan untuk menjamin refleksi politik baharu.
UMNO dan BN walau dilabel sengatan lama, ia kembali menjadi tarikan dengan pakej menarik. Walaupun ada tinggalkan yang lama, sekurang-kurangnya yang setia tahu nilai ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Itu adalah kalimah jasad dan roh UMNO.
UMNO tidak boleh lagi berkompromi dengan kumpulan pemecah yang ‘sokong membawa rebah’. Institusi kepresidenan yang memainkan peranan signifikan dalam UMNO perlu menjadi petunjuk kepada pengalaman dan masa depan UMNO.
76 tahun adalah satu tempoh masa yang lama di bawah lapan Presiden. Masing-masing mempertahankan pegangan parti.
Hari ini wa’lak ke atas parti hanya boleh ditingkatkan dengan prestasi di luar pilihan raya supaya ia menjadi indikator kepada umum kerana lazimnya yang mencuri tumpuan pilihan raya umum (PRU) adalah calon, isu dan parti. Kehadiran Perikatan Nasional (PN) di samping Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain menyebabkan blok sokongan yang sama berpecah.
UMNO masih relevan. Jika tidak masakan ia akan menjadi ancaman dan sebutan serta rebutan. Kerjasama dengan parti lain sama ada dalam bentuk koalisi atau secara solo boleh dipertimbangkan jika tidak ada lagi permintaan yang kurang menguntungkan parti dan ahli.
‘Untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. UMNO mesti berhati-hati sepanjang persediaan ke arah PRU15 yang bakal menjadi PRU paling mencabar buat semua.
Apa yang perlu dilakukan adalah pengkaderan dan pembaharuan berterusan agar yang menikmati segala yang mahu dilakukan adalah rakyat.
Jika ‘merakyatkan kepimpinan’ menjadi aspirasi kepada ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, UMNO boleh mendekati kumpulan yang bukan sahaja dikenali sebagai ‘penyokong tegar’ tetapi bersaing dalam rebutan menarik sokongan ‘penyokong atas pagar’.
Semuanya bergantung kepada istiqamah dan pendirian UMNO untuk kembali mengukuhkan parti walaupun sukar menembusi kesemua bucu politik kontemporari.
*Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
 
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis Nelayan tangkap ikan pari gergasi Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

The post UMNO kembali bangkit? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/15/umno-kembali-bangkit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit Dr Najmil Faiz

Umno Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit Dr Najmil Faiz

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 181 hits
UMNO Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit Dr Najmil Faiz Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris melihat perjuangan UMNO yang ke 76 tahun membawa pengertian yang penuh bermakna buat seluruh ahli parti Jelasnya walau...
Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan Umno Md Alwi

Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan Umno Md Alwi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 146 hits
Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan UMNO Md Alwi Buangkan rasa benci dan dendam tanamkan sikap terbuka dan terima kembali mereka yang meninggalkan UMNO Demikian pandangan dilontarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Md Alwi Che...
Tanpa Umno Kumpulan Dwipartisan Ku Li Bukan Ancaman Pas Kata Penganalisis

Tanpa Umno Kumpulan Dwipartisan Ku Li Bukan Ancaman Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 372 hits
PETALING JAYA Kumpulan dwipartisan yang dipimpin Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hanya akan menjadi ancaman sebenar kepada PAS di Kelantan jika ia mendapat sokongan Umno kata penganalisis Jika ia hanya Tengku Razaleigh send...
Lembaga Disiplin Umno Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri

Lembaga Disiplin Umno Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 156 hits
Lembaga Disiplin UMNO Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak mengikut keputusan parti menyokong kerajaan hari...
Mache Setaraf Key El Umno Pegae Lamo Doh

Mache Setaraf Key El Umno Pegae Lamo Doh

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 172 hits
Dengar pandangan mereka Jika Wakil rakyat turut papa kedana seperti rakyat mungkin boleh dimaafkan tetapi harta mereka Tak pernah susut
Umno Jangan Kacau Kestabilan Negara Kata Nazri Aziz

Umno Jangan Kacau Kestabilan Negara Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 163 hits
Jangan kucar kacirkan kestabilan yang sedang dinikmati rakyat ketika ini dengan mendesak parlimen dibubarkan segera kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Mohamed Nazri berkata sekiranya UMNO mahu parlimen dibu...
Pas Cuba Teruskan Kerjasama Muafakat Nasional Tetapi Umno Sibuk

Pas Cuba Teruskan Kerjasama Muafakat Nasional Tetapi Umno Sibuk

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 181 hits
Usaha PAS Terengganu untuk meneruskan kerjasama Muafakat Nasional dengan sekutunya Umno berdepan jalan buntu Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Husain Awang pihaknya sudah cuba untuk mengatur dua pertemuan namun tidak berjaya Kita cuba untu...
Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

Umno Terengganu Lebih Yakin Pas Mungkin Tumbang Pru 15

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 187 hits
MOHD SAYUTI OMARPengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kata parti itu tidak akan berpakat dengan mana mana pihak dalam pilihan raya akan datang dan akan meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen Hari ...
Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

Apa Cerita Pemilihan Umno 2022 Berjayakah Pindaan Perlembagaan Tangguh Lagi Tarikhnya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 147 hits
Berikutan permohonan menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagaimana dibenarkan dalam perlembagaannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS tempoh akhir parti itu mesti mengadakan pemilihannya ialah pada 29 Disember tahun in...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp