Umno Jangan Terus Di Lelong





Ahli parti di bawah bukan main lagi bermati matian mempertahankan parti, namun yang di atas pun bermati matian juga tapi bermati matian menunggang parti..!
Pelan B: Rancangan rahsia jadikan Zahid Perdana Menteri“Saya difahamkan, Anwar bersetuju untuk menyokong penuh Zahid sebagai calon Perdana Menteri dengan syarat beliau (Anwar) dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15”Raggie Jessy RithaudeenDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang menggunakan UMNO dan Majlis Kepimpinan Tertinggi parti sebagai ‘platform dendam’ untuk mengelakkan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah daripada berkuasa.
Pada peringkat awal, kedua-dua Najib dan Zahid, yang sudah sekian lama memasuki satu gencatan politik rahsia bagi tujuan itu, terdesak menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-9 biarpun presiden PKR itu tidak pernah mencecah angka 91 dari segi sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya.
Menurut perkiraan terkini, sokongan terhadap Anwar tidak sampai pun 81 ahli parlimen, malah ada di kalangan ahli-ahli parlimen dari PKR sendiri yang secara senyap tidak menyokong Anwar untuk sekian lama.
Sebelum ini, saya membongkarkan kewujudan surat sokongan rahsia, di mana Zahid mendakwa seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri tanpa pengetahuan ahli-ahli parlimen atau Majlis Kepimpinan Tertinggi parti itu.
Bukan hanya surat ini disokong penuh oleh Najib, ianya dihantar kepada pihak Istana Negara tidak lama selepas Zahid berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.

Perkara ini turut disahkan oleh sebuah portal baru-baru ini, yang menulis:
Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
“Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
“Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin,” demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.
Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”
Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.
Jadi sah naratif saya selama ini bukannya satu ‘spin’, tetapi hakikat, melibatkan Zahid dan Najib serta keterdesakkan mereka untuk cuba segala apa yang mungkin untuk mencantas Muhyiddin bagi menyelamatkan tengkuk mereka.
Pada mesyuarat kepimpinan UMNO bersama ahli-ahli parlimen dari parti itu yang diadakan baru-baru ini, majoriti yang hadir terkejut apabila Najib menyeru agar UMNO memberikan sokongan padu terhadap Anwar.
Seruan ini ditolak terus oleh ahli-ahli parlimen dari Team B yang berjumlah di sekitar 24 hingga 26 orang yang menyokong penuh Tengku Razaleigh Hamzah dan gandingan beliau bersama Mahathir sebagai peneraju kerajaan perpaduan baharu.
Manakala itu, Team A, yang diterajui Najib, hanya mendapat sokongan sembilan hingga sebelas ahli parlimen yang majoritinya mempunyai kes mahkamah dan terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing.
Masalahnya, Zahid dan Najib sudah lama mengorak langkah untuk memastikan bahawa UMNO berada dalam ‘kawalan’ penuh mereka, walaupun Team A ditentang hebat oleh majoriti ahli-ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan yang inginkan Zahid dan Najib berundur terus.
Pada 2hb Julai 2019, Zahid bertindak melantik lima ahli baharu Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang kesemuanya pro-Najib agar segala apa keputusan yang dibuatnya tidak akan mampu dicantas oleh ahli-ahli majlis dari Team B.
Inilah yang merencatkan UMNO selama ini, dan inilah punca segala permasalahan dalam parti, kerana segala apa keputusan yang dibuat oleh Zahid dan kepimpinan parti langsung tidak mencerminkan kehendak majoriti ahli-ahli parlimen, pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan serta akar umbi parti.
Justeru, segala apa pengumuman oleh Zahid yang didakwa “keputusan parti” tidak boleh diguna pakai, termasuk keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dicapai pada malam 27hb Oktober 2020.
Hakikatnya, Zahid dan Najib menipu kononnya UMNO bersetuju untuk menadakan gencatan politik agar ahli-ahli parlimen dari Team B tidak menarik sokongan mereka daripada kerajaan, berbekalkan keyakinan bahawa Team A tidak akan cuba berdamping lagi dengan Anwar.
Sebab itulah Zahid mengumumkan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Anwar, satu-satunya keputusan yang dipersetujui oleh kesemua ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi setelah bertemu lebih tiga jam pada malam 27hb Oktober 2020.
Kesemua ini dilakukan untuk membeli masa sementara Zahid dan Najib memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO agar Zahid dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sepertimana Zahid dan Najib mengorak langkah untuk memastikan UMNO berada dalam ‘kawalan’ penuh mereka, kini, mereka ingin ‘menguasai’ Kabinet Muhyiddin dengan memastikan Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri UMNO yang paling berpengaruh kesemuanya dari Team A.
Inilah sebabnya Zahid ingin singkirkan Hishammuddin, dan inilah sebabnya Najib bersetuju agar Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Zahid dan Najib berharap untuk mempengaruhi ahli-ahli parlimen yang menjulang gandingan Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah agar mereka memberikan sokongan padu apabila Zahid, setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tiba-tiba mendesak Muhyiddin untuk berundur.
Saya difahamkan bahawa Anwar bersetuju untuk menyokong penuh Zahid sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin dengan syarat beliau (Anwar) dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya, dicalonkan sebagai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Inilah yang diharapkan oleh Zahid dan Najib biar terpaksa menghancurkan UMNO seandainya rancangan mereka tidak berjaya.
sumber
Cukup cukup lah ahli marhaien di bawah terus di kuda oleh mereka yang menerima dedak harami ini.
Kenal tak siapa?
Apa yang anda nampak belum tentu apa yang sebenarnya. Cukup cukup lah...!!!
Lu Fikir La Sendiri..!






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/11/umno-jangan-terus-di-lelong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Nak Ubah Sejarah La Umno Yang Jemput China Komunis Datang Malaysia

Jangan Nak Ubah Sejarah La Umno Yang Jemput China Komunis Datang Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 286 hits
Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja Saya adalah Panel Sejarah Kem Pendidikan M sia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi Saya nak betulkan fakta sejarah Malaysia DAP tak condong pada PKM atau PKC Sebab tu sejak DAP ditubuhkan dalam ...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 312 hits
18 total views 18 views today KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selain tidak menjalin ...
Belanjawan 2021 Bukti Umno Terus Kena Buli Takkan Tak Reti Reti Lagi

Belanjawan 2021 Bukti Umno Terus Kena Buli Takkan Tak Reti Reti Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 379 hits
Semalam melalui laman Facebooknya Najib Razak mengeluh mengenai kedudukan BN yang tidak diberi sebarang peranan dalam penyediaan Belanjawan 2021 Kata beliiau walaupun BN merupakan sebahagian daripada kerajaan PN tetapi tiada seorang pun wak...
Api Kemarahan Akar Umbi Akan Terus Memuncak Jika Gesaan Umno Tak Dihormati Kata Najib

Api Kemarahan Akar Umbi Akan Terus Memuncak Jika Gesaan Umno Tak Dihormati Kata Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 213 hits
October 27 2020 3 20 PMBekas perdana menteri Najib Razak juga membayangkan Umno akan turut terpalit sama jika ekonomi negara menjadi semakin parah walhal parti itu antara yang paling lantang menuntut lanjutan moratorium pinjaman PETALING JA...
Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

Umno Terus Sokong Kerajaan Pn Saran Agar Rekonsiliasi Nasional Segera Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 268 hits
Astro AwaniOktober 27 2020 UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu tanpa kerjasama PKR dan DAP Foto Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan Perikat...
Bersatu Terus Melanyak Umno

Bersatu Terus Melanyak Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 246 hits
PENGUMUMAN Asslm wbkth Kenyataan Puad Zarkashi engkar arahan DYMM YDP Agong Sehubungan itu mengikut arahan Ketua Penerangan Johor setiap bahagian perlu membuat laporan polis Justeru PPBM BERSATU P150 Batu Pahat akan membuat laporan polis me...
Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 353 hits
Proses untuk sendawakan bayi selepas menyusu sememangnya penting Tidak kira pada bayi masih kecil ketika usia lima bulan ke bawah atau juga kurang daripada usia setahun kedua duanya harus disendawakan dengan sebaiknya Menurut Kaunselor Peny...
Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 274 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan bagi membenarkan pencarum yang terjejas akibat pandemik Covid 19 mengeluarkan dana dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dikaji Muhyiddin berkata beliau telah ber...
Najib Tegur Umany Dan Dap Jangan Naikkan Suhu Rakyat

Najib Tegur Umany Dan Dap Jangan Naikkan Suhu Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 366 hits
Kita faham student student dan DAP ada freedom of speech Tapi kena berjaga jaga juga mesej yang korang nak hantar supaya persepsi tak betul tidak terbina Mula mula korang umum sokongan penuh kepada aktivis Thailand yang bantah Raja mereka L...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization