Umno Jangan Berganjak Lagi Annuar Musa Memudahkan Mt Membuat Keputusan Malam Ini


 
Segala-galanya kini sudah terdedah secara terbuka dan bukan merupakan suatu rahsia lagi.
Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini di mana parti itu akan membuat keputusan penting berhubung kedudukannya dalam kerajaan PN, Annuar Musa tampil mendedahkan tentang surat sokongan Zahid Hamidi yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kata Annuar yang semalam dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, surat Zahid Hamidi yang ditandatanganinya bersama Najib Razak kepada Agong itu adalah tulen.
“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.
“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar,” kata beliau ketika sidang medianya yang dilihat lebih berupa serangan kepada Zahid Hamidi kerana memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN.
Dengan pendedahan Annuar ini, bersekali pula majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul enggan bekerjasama dengan Bersatu dan tidak mahu berada lebih lama dalam kerajaan PN, bermakna apa yang cuba diusahakan Zahid Hamidi selama ini tidak perlu disembunyikan lagi.
MT UMNO malam ini hanya perlu mengesahkan saja keputusan UMNO bahagian-bahagian itu, sambil memutuskan tindakan susulan yang sewajarnya bagi menjadikan apa yang dirancang benar-benar menjadi kenyataan.
Sebagaimana bukan rahsia juga, bahkan sudah dibincangkan dalam perjumpaan Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian semalam, tindakan susulan yang dinanti-nantikan ialah pengumuman penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang diikuti dengan arahan agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan GLC.
Hanya yang menjadi persoalan, bilakah tindakan itu akan dilakukan – berkuatkuasa serta-merta atau sebelum 1 Februari akan datang?
Dalam hal ini, oleh kerana semuanya tiada lagi yang rahsia, tindakan menarik sokongan dan meletakkan jawatan haruslah dilakukan dengan segera atau serta-merta tanpa perlu menunggu sehingga 1 Februari atau tarikh-tarikh lain lagi.
Lagi pun, untuk apa perlu ditunggu atau ditangguh-tangguh lagi?
Yang ditakuti, menangguhkan lagi tindakan menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin hanya akan menjejaskan nama Zahid Hamidi dan UMNO itu sendiri seolah-olah ada tawar-menawar yang masih diharapkan dengan Perdana Menteri.
Tindakan itu dengan sendirinya akan turut membuatkan akar umbi UMNO sendiri hilang percaya serta hormat kepada Zahid Hamidi dan MT lantaran apabila mereka meluluskan usul di bahagian-bahagian baru-baru ini, ia pastilah dengan tekad dan keyakinan mereka untuk sedia berdepan dengan apa saja kemungkinan.
Sama ada selepas tindakan menarik sokongan itu akan berlaku PRU15 seperti yang diharapkan UMNO ketika ini atau bakal terbentuknya kerajaan baru kerana mungkin Agong berasakan tidak sesuai mengadakan pilihanraya, UMNO harus berlapang dada dan sedia menerima apa saja kemungkinan yang datang.
Tambahan lagi, bukankah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri melalui surat yang dihantar Zahid Hamidi dan Najib kepada Agong telah disahkan sendiri oleh Annuar sebagai tulen dan asli?
Jadi, tidakkah sama ada terbentuk kerajaan baru dengan Anwar menjadi Perdana Menteri atau berlaku PRU, kedua-duanya adalah apa yang dikehendaki oleh Zahid Hamidi, Najib dan UMNO juga?
Pengesahan Annuar bahawa surat tersebut sebagai tulen, bukan saja mengesahkan Anwar memang mempunyai cukup angka ketika mengadap Agong sebelum ini, bahkan ia juga sepatutnya memudahkan lagi kerja MT UMNO membuat keputusan malam ini.
Jalan terus dengan apa yang yang sudah ditekadkan kerana yang lebih penting, menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin dengan segera adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada terus dibuli, malah mungkin ditelan oleh Bersatu.
 (Shahbudindotcom 06/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/umno-jangan-berganjak-lagiannuar-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cepat Cepat Jangan Lambat2 Buat Aduan Rasmi Terhadap Annuar Musa

Cepat Cepat Jangan Lambat2 Buat Aduan Rasmi Terhadap Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 268 hits
Bekas setiausaha BN Annuar Musa akan disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi oleh ahli ahli parti berikutan kenyataannya pada sidang media yang dianggap menyerang dan memalukan parti Namun Pengerusi Lemba...
Isu Annuar Musa Digugurkan Ini Pandangan Ikhlas Untuk Ahli Umno

Isu Annuar Musa Digugurkan Ini Pandangan Ikhlas Untuk Ahli Umno

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 287 hits
1 Apa juga yang dibuat ikutlah perlembagaan parti Jangan buat keputusan sendiri Keputusan yang benar akan dilihat salah jika caranya tidak betul 2 TSAM digugur selepas desakan Ketua Ketua Bahagian Tetapi media tahu lebih awal Itu bermakna a...
Umno Pasir Puteh Mahu Keahliah Annuar Musa Dipecat

Umno Pasir Puteh Mahu Keahliah Annuar Musa Dipecat

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 214 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuara...
Gempar Pemuda Umno Usul Pecat Annuar Musa

Gempar Pemuda Umno Usul Pecat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 315 hits
January 4 2021 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali ...
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 413 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 286 hits
Astro AwaniJanuari 6 2021Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri A...
Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 333 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO kini bersiap sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar untuk membentuk kerajaan baru Beliau mengesahkan bahawa ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP ...
Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 229 hits
Pemimpin kanan Umno Annuar Musa menasihatkan anggota parti itu agar tidak lalai dengan apa yang didakwa sebagai suara akar umbi seperti yang diuar uarkan sesetengah pihak apabila mengutarakan pandangan mereka Ahli parlimen Ketereh berkata w...
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih