Umno Hanya Melukut Di Tepi Gantang Bukan King Maker Politik


agendaily.com12/12/2022
Kerjasama UMNO dan DAP menyebabkan akat umbi keliru.
Seluruh pelosok negara di mana ada penyokong UMNO, sindrom ini sedang menyerang mereka. Kecelaruan minda bukan sahaja kepada lapisan pemimpin atasan malah turut merebak di peringkat bahagian dan cawangan, buntu memikirnya apa yang berlaku terhadap UMNO mutakhir ini.

Mereka masih keliru strategi dan hala tuju parti keramat orang Melayu ke mana hendak dibawa, tatkala belum pun reda kesedihan pemimpin kesayangan mereka mantan Perdana Menteri ke-6 dihumban ke penjara, ketika UMNO masih berkuasa dan Perdana Menterinya adalah daripada kalangan UMNO.

Selepas hilang kuasa pada PRU-14, buat pertama kali dalam sejarah kehebatan UMNO, mereka tersedia pulih daripada penderitaan 22 bulan berada di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kebetulan dipimpin juga bekas pemimpin agung mereka Tun Dr Mahathir Mohamad.

PAS musuh UMNO puluhan tahun menjadi penyelamat kepada UMNO apabila menghulurkan tangan Permuafakatan Ummah dan strategi penyatuan parti-parti teras orang Melayu yang dipimpin Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menjatuhkan kerajaan PH dengan penarikan diri Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keberadaan UMNO di zon pulih tidak lama, mereka cepat merasakan diri mereka gagah dan kuat. Mula menjadi jaguhan politik. Lupa segala penderitaan yang lalu. Tidak menjadikannya pengajaran akan tetapi menjadikan mereka sombong dan bongkak.

Yakin dengan perubahan rakyat yang diciptanya sendiri, PRN Melaka dan Johor dijadikan indikator untuk mendesak segera dibubarkan Parlimen dan dibuat pilihan raya segera kerana tersangat yakin yang mereka bukan sahaja boleh menang dengan bersendirian tanpa bantuan PAS dan lain-lain parti Melayu.

Bahkan ada unsur ugutan dari keputusan dalaman UMNO ketika itu sepertimana didedahkan oleh jurucakap mereka Lokman Nor Adam, andai tidak diusahakan segera pembubaran, Perdana Menteri ketika itu akan dipecat dari UMNO.

Memang kegilaan Presiden UMNO Zahid Hamidi waktu ini tiada batasan lagi. Yakin tersangat yakin, malah mendakwa mampu peroleh 2/3 kuasa Parlimen.

Sebaliknya yang berlaku UMNO kalah dengan teruk dalam sejarah, ketika mereka jatuh dan kehilangan kuasa PRU-14 mereka masih ada 54 kerusi Parlimen walaupun hilang beberapa negeri.

Namun ketika Presiden UMNO punyai keyakinan tinggi kemampuan UMNO hadapi PRU-15, UMNO merudum hanya tinggal 26 kerusi dan kehilangan negeri Perlis dan Pahang.

Pasca PRU-15, ahli-ahli UMNO dikejutkan dengan pendekatan Presiden UMNO, menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan PH sebagai rakan strategik mereka. Jangan ceritalah apa yang mereka tidak kata kepada PH dan ianya adalah musuh besar selain Perikatan Nasional.

Yang peliknya mereka berbangga dengan apa yang berlaku. Mereka kata mereka tidak kalah, sebab UMNO tetap menjadi kerajaan, di Pahang mereka boleh tubuh kerajaan pun dengan DAP dan juga di Pusat. Di mana kalahnya?

Bahkan mereka angkuh mengatakan UMNO adalah ‘king maker’ politik yang sangat berharga yang ada pada UMNO. Ini satu pengakuan yang dangkal dan jauh tersasar dari kefahaman makna king maker itu sendiri.

Umum faham dari kecil bilangannya seperti PAS sebelum ini hanya 18 kerusi, mampu menjadi king maker kepada kumpulan besar yang tidak cukup bilang. Bukan sebaliknya. Dari besar ke kecil itu orang panggil ‘melukut di tepi gantang’.

Adakah mereka dari kuat, punyai jumlah kerusi besar dalam tempoh 20 tahun terakhir, UMNO mempunyai 109 kerusi Parlimen atau dalam BN mereka punyai 198 kerusi Parlimen, hampir 100 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang mereka miliki. Ini kita akui memang mereka kuat.

PAS sepatutnya dakwa mereka kuat sekarang ini, berbanding UMNO, PAS parti pilihan baharu orang Melayu, itu sepatutnya kerana sejarah PRU-15 PAS memperolehi 43 kerusi berbanding 18 PRU-14. Sebaliknya UMNO merudum teruk .

Belum reda dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan UMNO dengan PH, berlaku pula pemecatan Annuar Musa dari UMNO sejurus PRU-15 kerusi Parlimen Padang Serai yang menyaksikan calon BN dipaksa menarik diri untuk memberi laluan kepada calon PH.

Menariknya kali ini seperti memang betul akar umbi UMNO sedang celaru dan dilema. Ada dakwaan mengatakan mereka boikot dan tidak keluar mengundi calon PH seperti diarahkan Presiden mereka. Mungkin mereka tidak boleh menerima apa yang Zahid ucapkan pada sesi kempen Padang Serai.

Presiden UMNO puji Anwar melangit, puji DAP dan rakan-rakan PH yang lain, ini tidak boleh diterima oleh akar umbi UMNO, selain mereka didakwa tidak keluar mengundi, sebahagian yang keluar tetap memberi undi kepada calon BN yang tertera pada kertas undi. Angka 2,983 yang diberi menjadi undi rosak kerana tidak dikira lagi.

Sebaliknya menjadi kecurigaan besar PH kerana sebelum ini mereka sudah menjadi penyandang Parlimen ini beberapa penggal, sepatutnya dengan sokongan undi dari BN mereka boleh menang dengan majoriti besar puluhan ribu dan boleh mencecah majoriti 50,000 undi.

Tapi sebaliknya. PN pula menang besar dengan majoriti 16,260 undi. Tidak keterlaluan penulis katakan sekali lagi, bahawa pengundi UMNO celaru, keliru dan tidak boleh menerima tindakan Presiden UMNO memuji-muji Anwar dan DAP.

Kerjasama BN-PH, UMNO DAP memang luar dari pemikiran mereka dan penyokong UMNO belum dapat mencerakin kerjasama songsang yang dibuat Presiden UMNO.

Ditambah pula kecelaruan ini apabila rakan BN, MCA dan MIC mendesak Zahid meletak jawatan Pengerusi BN dengan serta-merta. Begitu juga sebahagian ketua-ketua bahagian UMNO itu sendiri yang juga mendesak Zahid berundur.

Naraza Muda

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Harakah hari ini, 12 Disember 2022.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-hanya-melukut-di-tepi-gantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dan Pakatan Harapan Masih Kekok Berkempen Masih Keliru Narafif Politik

Umno Dan Pakatan Harapan Masih Kekok Berkempen Masih Keliru Narafif Politik

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 282 hits
agendaily com12 11 2022Jajaran baharu yang sudah menjadi kenyataan Perkahwinan politik antara UMNO dan Pakatan Harapan yang tidak disangka menjadi kenyataan nampaknya bukan sahaja mengelirukan penyokong mereka malah pemimpin atasan parti ju...
Kenyataan Kit Siang Bukti Dap Musuh Islam Umno Hanya Diam

Kenyataan Kit Siang Bukti Dap Musuh Islam Umno Hanya Diam

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 232 hits
agendaily com12 12 2022UMNO setuju bekerjasama dengan DAP UMNO tidak setangkas masa lalu untuk mempertahankan Islam setelah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa parti itu bergabung membentuk kerajaan Pusat bersama Pakatan Harapan termasuk ...
Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 200 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 9 Disember 2022 1 SPRM fokus siasat RM92 5 bilion dana k jaan urus Covid 19 2 Ahmad Maslan sahkan pemecatan Annuar Musa 2 pemimpin wanita 3 Saya pula mimpi rumah kita ada api dalam sekam Isham Jalil 4 Rosmah cum...
Sudahlah Khianati Rakyat Umno Perak Mula Ikut Cara Politik Dap

Sudahlah Khianati Rakyat Umno Perak Mula Ikut Cara Politik Dap

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 223 hits
agendaily com29 11 2022Menteri Besar kerajaan DAP UMNO Perak Haji Saarani Mohamad Sudahlah mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat dan akar umbi kini UMNO Perak mula mengikut rentak rakan baik mereka DAP melakukan pembohongan dalam usaha ...
Menteri Ekonomi Hanya Ulas Isu Gemuk Sudah Takut Zahid Kah

Menteri Ekonomi Hanya Ulas Isu Gemuk Sudah Takut Zahid Kah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 208 hits
Menteri Ekonomi hanya ulas isu gemuk Sudah takut Zahid kah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kenyataan pertama setelah dilantik Menteri Ekonomi tidak mengulas pelantikan pemimpin UMNO yang menjadi sasaran serangannya sebelum ini teru...
Saya Hanya Perlu Laluinya Rm Kongsi Pandangan Jujur Soal Latihan Tentera Bts

Saya Hanya Perlu Laluinya Rm Kongsi Pandangan Jujur Soal Latihan Tentera Bts

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 209 hits
Umum pasti mengetahui bahawa Jin adalah ahli BTS yang pertama akan menjalani latihan tentera ARTIKEL BERKAITAN Terbaru ketua kumpulan BTS iaitu RM telah terlibat dengan temu bual bersama saluran Variety susulan keluaran album solonya Indigo...
Hanya Dengan 4 Jam Waktu Sehari Untuk Akhirat Nescaya Dunia Akan Mengikutimu

Hanya Dengan 4 Jam Waktu Sehari Untuk Akhirat Nescaya Dunia Akan Mengikutimu

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 225 hits
Baca GAMBAR LOKASI Bahagikan 4 jam Masamu Sehari Untuk Akhirat Nescaya Dunia Akan Mengikutimu Kamu khususkan masa teetentu dalam sehari di mana 24 jam kamu perolehi Jadi di mana kedudukan dunia dan akhirat di dalam masa seharian yang kamu a...
Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan Hana Ismail Terima Da I Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

Hanya Sebulan Tempoh Perkenalan Hana Ismail Terima Da I Syed Selepas Solat Istikharah Seminggu

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 360 hits
Pendakwah bebas Da 8217 i Syed telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pengacara TV Hana Ismail dengan sekali lafaz Menceritakan tentang perkenalan mereka Hana berkata mereka hanya berkenalan selama sebulan lebih sebelu...
Pm10 Yang Dikatakan Ejen Yahudi Mengurangkan Cabutan Khas 4d Hanya 8 Kali Setahun Mulai 2023

Pm10 Yang Dikatakan Ejen Yahudi Mengurangkan Cabutan Khas 4d Hanya 8 Kali Setahun Mulai 2023

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 240 hits
Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023Nora Mahpar dan Chia Wan RouPETALING JAYA Bermula 1 Jan depan cabutan khas nombor ramalan 4D dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Dalam si...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik