Umno Dan Pakatan Harapan Masih Kekok Berkempen Masih Keliru Narafif Politik


agendaily.com12/11/2022
Jajaran baharu yang sudah menjadi kenyataan.
Perkahwinan politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) yang tidak disangka menjadi kenyataan nampaknya bukan sahaja mengelirukan penyokong mereka, malah pemimpin atasan parti juga seakan hilang hala tuju.

Keputusan untuk menjalinkan hubungan intim politik sehingga ke pembentukan sebuah kerajaan campuran menyebabkan kedua-dua gabungan itu yang mempunyai ideologi berbeza dilihat agak kekok dan belum dapat membiasakan diri dengan rentak politik baharu.

Jika sebelum ini kedua-dua gabungan itu menjadi seteru politik tetapi kini perlu duduk sepentas dan kempen bersama.

PH yang sebelum ini lantang mengkritik UMNO berhubung salah laku dan penyelewengan dilakukan mereka, kini terpaksa pula mempertahankan parti tersebut yang kini menjadi rakan strategik baharu mereka.

Begitu juga dengan UMNO, jika sebelum ini dalam kempennya banyak menghentam PH juga terpaksa mengubah cara dan budaya politik baharu dengan menjadi lebih mesra DAP.

Dalam erti kata lain, kedua-dua gabungan perlu menjilat satu sama lain untuk dilihat serasi di mata rakyat bagi menjaga kepentingan politik masing-masing.

Bukan sahaja pemimpin atasan terpaksa menyesuaikan diri dengan rakan baharu UMNO mereka, tetapi penyokong akar umbi juga terpaksa duduk semeja dan satu khemah bersama untuk menyejukkan hati orang ramai.

Pemimpin PH juga tidak boleh lagi mengeluarkan perkataan label melabel seperti kebiasaan mereka lakukan semasa berkempen sebelum ini, rakyat pasti rindu untuk mendengarkan kata-kata “penyamun” dan “mat sakau” yang sering meniti di bibir pemimpin PH semasa berceramah.

Dalam pada itu, pemimpin UMNO juga perlu menjaga mulut mereka daripada mengkritik PH sebagai pengkhianat agama dan bangsa, malah tidak ada lagi kritikan terhadap musuh utama mereka, DAP seperti kebiasaan dilakukan dalam ceramah mereka.

Paling lucu, pemimpin PH perlu duduk sepentas dengan penyamun yang didakwa mereka punca kecurian wang rakyat semasa kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Padang Serai dan Tioman ketika ini.

Malam tadi, Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu yang dianggap ayam sabung PH juga nampaknya sudah tumpul taji apabila ucapannya tidak lagi setajam seperti sebelum ini, malah mengakui terpaksa menuruti pendirian gabungan tersebut untuk bekerjasama dengan UMNO.

Dalam siaran langsung semasa berkempen di Rompin malam tadi, Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu seakan tidak mempunyai idea yang hendak disampaikan kepada hadirin yang berada dalam ceramah dan terpaksa memuji rakan UMNO baharunya bagi menjaga hati mereka agar tidak terguris.

Malam tadi bukanlah Mat Sabu yang asli, jelas ternampak tindak-tanduknya yang dilihat tidak mempunyai hala tuju untuk memberi penerangan kepada akar umbi.

Hanya retorik politik digunakan Mat Sabu dengan menyifatkan kerjasama PH dengan UMNO adalah demi semata-mata bagi menstabilkan negara dan mengelak krisis politik berpanjang.

Penerangan oleh Mat Sabu semalam agak klise dan suram, jadi tidak hairanlah ceramah malam tadi berakhir awal dan kehadiran para penyokong juga agak tidak memberangsangkan.

Ternyata tidak mudah untuk menukar karakter membangkang kepada membodek dengan serta-merta, tambahan zikir Mat Sabu sebelum ini adalah “UMNO, UMNO, rasuah, rasuah” yang agak sinonim dikalangan rakyat bawahan.

Namun, ilmu menyamun yang diwarisi UMNO sejak berdekad-dekad mungkin boleh dituntut para pemimpin PH memandangkan sudah menjadi rakan politik baharu.

Kisah-kisah silam lampau sengketa lama mungkin sudah boleh dipadamkan daripada memori dan membuka lembaran baharu.

Isu-isu rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO mungkin sudah boleh disucikan dan dibersihkan selepas perkahwinan politik antara kedua-dua gabungan politik.

Bak lagu yang tular dalam media sosial, “Selamat pengantin baharu”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-dan-pakatan-harapan-masih-kekok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 175 hits
Realitinya Negeri yg terlibat cabutan judi khas 8 kali setahun1 Selangor PH2 Pulau penang PH3 Negeri Sembilan PH4 Johor UMNO5 Perak UMNO PH6 Melaka UMNO PH7 Perlis8 Pahang UMNO PHNegeri yg tidak terlibat Zero Cabutan1 Kelantan PAS2 Terengga...
Umno Bergabung Dengan Pakatan Harapan Zahid Salahkan Agong

Umno Bergabung Dengan Pakatan Harapan Zahid Salahkan Agong

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 165 hits
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Yang di Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen gabungan itu supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional ketika k...
Adakah Pakatan Harapan Bakal Menerajui Putrajaya Semula

Adakah Pakatan Harapan Bakal Menerajui Putrajaya Semula

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 311 hits
Adakah Pakatan Harapan Bakal Menerajui Putrajaya semula Pada PRU lepas kita telah melihat gelombang anak muda yang memilih PH untuk menjadi kerajaan Selama 22 bulan memerintah Malaysia Pakatan Harapan akhirnya hilang majoriti akibat hilang ...
Pakatan Harapan And Bn Pasangan Ngam

Pakatan Harapan And Bn Pasangan Ngam

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 182 hits
SEBAB BN BANYAK KALAH SO DIA BALAS DENDAMDENGAN TUNJUK SIKAP MARAH DITERJEMAH DENGAN KERJASAMAHARAPAN DAN BNMERDEKAAAA OK BN BOLEH TERUSKAN DENDAM DENGAN PAS DAN BERSATUBARU LA PUAS HATI KAN KAN HATI PERUT BN BUSUUUK BAK BANGKAI
Wow Power Betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan Menang Pru15 Azam Baki Baik Pindah Ke Manchester

Wow Power Betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan Menang Pru15 Azam Baki Baik Pindah Ke Manchester

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 192 hits
Wow Power betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan menang PRU15 Azam Baki baik pindah ke Manchester
Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

Zahid Masih Ada Peluang Jika Bawa Umno Bergabung Dengan Ph

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 290 hits
Sangat berisiko untuk Zahid lepaskan jawatan Dan langkah Cuba dan jangkapendek adalah sertai PH
Umno S Options Govt Or Csa Opposition Pn Or Harapan

Umno S Options Govt Or Csa Opposition Pn Or Harapan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 242 hits
What are the options left for Umno for now till GE16 after its humiliating defeat worse than in GE14 Some Umno leaders have called for the party to stay out of government as opposition Whatever decisions are made today or this week they mus...
Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

Umno Masih Kuat Jika Zahid Jadi Presiden Kata Mat Maslan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 144 hits
agendaily com28 11 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal menerajui UMNO dijangka parti itu akan bertambah kuat dan tidak ada keperluan unt...
Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 256 hits
Melihat kepada respon dan entri rakyat di media sosial tidak dinafikan majoriti rakyat menyatakan bahawa Presiden UMNO tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas beberapa faktor yang umum sudah diketahui sebabnya Assalamualaikum wbt Selaku...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah