Umno Habis Duit Ufti Ranap Perjuangan Soal Penulis Utusan
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno tampil mempersoalkan hala tuju parti itu kerana dilihat masih tidak jelas perjuangannya selepas kekalahan pada pilihan raya umum, 9 Mei lalu.
Dalam satu artikel bertajuk “Umno…carilah yang elok, kedua bijak” penulis menyoal sama ada selepas 6 bulan berlalunya pilihan raya umum ke-14, parti itu sudah menimba pengalaman berharga sebagai pembangkang.
Tambah artikel itu lagi, adakah disebabkan ketiadaan “ufti” atau sogokan menyebabkan tiadanya dorongan untuk parti itu beroperasi.
“Masih ada lagikah ‘ufti’ menjadi dorongan utama untuk gerakkan operasi parti, tanpa tercerna sedikit pun dalam jiwa, inisiatif sendiri mahu ‘menghidupkan’ semula Umno.
“Adakah habis duit yang disakukan itu maka habislah perjuangannya? Bila habis duit yang disakukan itu akan terlentang dan ranaplah nilai dan perjuangan untuk bangsa, agama dan negara?,” soal penulis artikel, Zulkifli Jalil.
Sebelum ini, Utusan melalui ruangan pojoknya mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong berhubung isu penerimaan dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Akhbar itu menggesa Najib, yang juga bekas presiden Umno, supaya meminta maaf kepada seluruh ahli parti.
Kata artikel itu lagi, Umno mesti menghentikan amalan politik menyogok duit untuk 4 tahun akan datang.
“Lupakan suasana politik sogok duit yang sudah jadi “do it” pada masa-masa lepas. Itu pun jika ada iltizam tinggi mahu harung cabaran amat getir 4 tahun 6 bulan mendatang ini.
“Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Ambil iktibarlah semasa hari pengundian 9 Mei lalu,” katanya lagi.
Artikel itu juga menyifatkan kekuatan parti itu hanya bersandarkan kepada ‘ufti’ atau sogokan, bukannya berlandaskan sifat kepimpinan yang baik.
“Lantaran kekuatan parti bersandar kepada ‘ufti’ dan bukan sifat asas kepimpinan, jadilah seperti perumpamaan burung terbang dari genggaman, tahinya tinggal di tangan,” kata penulis lagi. – FMT
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
KLIK BACA: Dr Mahathir: “Sepatutnya saya sudah meninggal dunia…” – Jangan pergi dulu Tun…
KLIK BACA: Umno tak pernah kalah, kalah kerana menyeleweng kini dipandang jijik semua kaum di M’sia, kata Tun Mahathir
DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Umno habis duit ‘ufti’ ranap perjuangan? soal penulis Utusan appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190165/umno-habis-duit-ufti-ranap-perjuangan-soal-penulis-utusan/