Tanpa Kuasa Dan Duit Umno Mati Akal




A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Pemuda Umno pernah julang Najib setinggi langit
SEKARANG terdengar cakap-cakap bahawa para pembesar Umno, dengan diketuai oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terhegeh-hegeh mencari rakan baru setelah ditendang keluar oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu.
Jadi menang betul lah cerita yang tersebar di media tradisional dan media sosial mengenai saki-baki Umno akan bergabung dengan parti-parti lain dalam usaha untuk kembali berkuasa.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Secara tidak rasmi ia telah pun mula bekerjasama dengan PAS. Tapi ini nampaknya tidak memuaskan mereka kerana PAS juga di pihak yang kalah.
Perkongsian mereka tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan telah ditolak dalam beberapa pilihan raya kecil.
Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.
Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup.
PAS pun tidak ada kuasa dan tidak ada duit. Malah khabarnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Umno dan PAS hendak bayar gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu kalau tidak dibantu oleh kerajaan pusat.
Inilah bahana tidak dengar cakap dan terlalu yakin kepada bisikan-bisikan palsu penjilat dan pengampu. Kerana dedak, mulut jadi busu, mata jadi buta dan telinga jadi pekak.
Pemujaan Yang Merosakkan
Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang.
Malah ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat kalau menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu Mohd Najib mengundurkan diri, Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah dan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh berpuas hati menjadi pembangkang.
Tetapi ini cara Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia iaitu dengan tidak membuka hati Najib untuk mengundurkan diri dan tidak memberi kejantanan kepada para pembesar Umno untuk menyuruh beliau berundur.
Dengan kekalahan Umno/BN maka terdedahlah kerosakan dahsyat yang Najib serta konco dan konspirator beliau lakukan ke atas ekonomi dan institusi negara.
Kalau ditakdirkan BN menang, segala kejahatan dan kerosakan ini akan berterusan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hutang negara terus menggunung dan secara sistematik Malaysia akan tergadai kepada kuasa-kuasa asing.
Sekarang Umno umpama anak ayam kehilangan ibu – kesejukan, kelaparan dan ketakutan. Ke sana sini mencari tempat berlindung.
Baru-baru ini beberapa orang ketua mereka - termasuk Ahmad Zahid Hamidi - telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk “berbincang”.
Khabarnya, mereka tidak lagi bercakap mengenai Umno tetapi Pekembar. Pekembar adalah singkatan kepada nama bahasa Melayu bagi Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Konon cerita, mereka mahu meninjau kemungkinan menggabungkan Pekembar dengan Bersatu (PPBM) menjadi Pekembar Bersatu. Melaluinya mereka berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan PH.
Itu cerita lah! Masuk akal. Tapi masakan PPBM yang sudah pun menganggotai PH mahu atau boleh bergabung dengan Umno/Pekembar.
PPBM tentulah faham muslihat Umno itu. Ini mungkin cara Umno memecahbelahkan PH dengan harapan ia akan kembali berkuasa.
Pendirian PPBM jelas. Ahli Umno dialu-alukan menyertai PPBM . Tetapi mereka hendaklah menyertainya sebagai individu dan ahli biasa. Mereka tidak boleh masuk berkumpulan sebagai cawangan atau bahagian.
Mereka masuk sebagai ahli biasa dan kalau bercita-cita hendak memimpin mereka perlulah melakukannya dalam kerangka PPBM.
Majoriti ahli Umno dialu-alukan. Tetapi tentulah ada segelintir yang tidak akan diterima kerana imej mereka yang buruk dan amalan mereka yang menyalahi undang-undang.
Ramai Akan Sertai Najib
Ini mengingatkan saya kepada makluman Perdana Menteri semalam bahawa Polis, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini semakin cergas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kes berkaitan skandal 1MDB.
Perkembangan ini sangat melegakan kerana sebelum ini terdengar cakap-cakap bahawa tiga agensi penting ini terlalu perlahan bertindak dan bertelingkah antara satu sama lain.
Keadaan berubah setelah ketiga-tiga mereka dipanggil menemui Perdana Menteri serentak baru-baru ini.
Tidak syak lagi perkembangan yang menggembirakan ini akan berkesudahan dengan lebih ramai ketua-ketua Umno era Najib mengekori bos mereka ke muka pengadilan.
Jadi secara tidak langsung proses pembersihan Umno sedang berlaku dan ini akan memudahkan kita membezakan di antara pertama dan kaca dalam pertubuhan itu.
Yang bersih atau yang tidak terlalu teruk kesalahan dan kesilapan mereka bolehlah diterima masuk ke dalam PPBM atau sebagai sekutu PH dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Kemasukan mereka, sama ada secara langsung atau sebagai sekutu, boleh membantu kerajaan PH mendedahkan dan mengatasi pelbagai skandal dan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/09/tanpa-kuasa-dan-duit-umno-mati-akal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Test Awal Untuk Tau Seseorang Itu Lupa Diri Tak Apabila Dah Ada Duit Kuasa

Test Awal Untuk Tau Seseorang Itu Lupa Diri Tak Apabila Dah Ada Duit Kuasa

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 2533 hits
Manusia boleh berubah salah satu sebabnya adalah kerana persekitaran Ini ada satu ujian sebelum kau senang dan jadi orang yang have have Bila Dah Kaya nanti korang macamana la agaknya ya Check this tips Orang yang dah lupa diri ni dia dah s...
Kerajaan Ph Semakin Mati Akal Untuk Stabilkan Harga Sawit Sahabatsmb

Kerajaan Ph Semakin Mati Akal Untuk Stabilkan Harga Sawit Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 611 hits
HARGA SAWIT MERUDUM Harga sawit dipengaruhi oleh trend musim ataupun seasonal Oleh itu kita bandingkan harga Buah Tandan Segar sawit yang dibayar kepada pekebun untuk hari Jumaat yang lalu dengan tarikh yang sama tahun lepas Harga sawit jat...
Umno Habis Duit Ufti Ranap Perjuangan Soal Penulis Utusan

Umno Habis Duit Ufti Ranap Perjuangan Soal Penulis Utusan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 302 hits
Akhbar Utusan Malaysia milik Umno tampil mempersoalkan hala tuju parti itu kerana dilihat masih tidak jelas perjuangannya selepas kekalahan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu Dalam satu artikel bertajuk Umno carilah yang elok kedua bijak pen...
Ini Punca Suami Pengasuh Tu Hilang Akal Dera Bayi Sampai Mati

Ini Punca Suami Pengasuh Tu Hilang Akal Dera Bayi Sampai Mati

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 416 hits
Sebelum nak hantar anak kepada pengasuh selidik betul betul siapa pengasuh tu keadaan rumah dan juga orang orang yang ada dalam tu sekali Zaman sekarang ramai orang sudah hilang kewarasan sampai tak sedar apa yang mereka lakukanInilah tanda...
Hidup Mati Umno Bersama Zahid

Hidup Mati Umno Bersama Zahid

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 330 hits
ZAHID kini jadi kebanggan akar umbi Dan kepimpinan umno Kj atau PEMUDA UMNO wajar akur jangan jadi pengkhianat dari dalam
Cubaan Halang Jadi Pm Umno Minta Anwar Waspada

Cubaan Halang Jadi Pm Umno Minta Anwar Waspada

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat berhati hati kerana ada usaha dari Parti Pribumi Bersatu untuk menghalangnya menjadi perdana menteri dakwa Umno Ketua penerangannya berkata kenyataan Datuk A Kadir Jasin ahli majlis ter...
Dap Tak Setuju Ph Terima Ahli Parlimen Umno Lompat Parti

Dap Tak Setuju Ph Terima Ahli Parlimen Umno Lompat Parti

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 352 hits
DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana mana parti komponen Pakatan Harapan menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat a...
Perjumpaan Pimpinan 4 Peringkat Umno Bahagian Selayang

Perjumpaan Pimpinan 4 Peringkat Umno Bahagian Selayang

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt 8211 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berucap dalam perjumpaan bersama pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip