Umno Di Persimpangan Bahaya Sekali Lagi



Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, pimpinan tertinggi Umno mengambil keputusan menjaga kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

Tindakan itu menyebabkan Umno berpecah sehingga terlahirnya Bersatu yang diketuai Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan Warisan yang diketuai Mohd Shafie Apdal.

Bukan itu sahaja, Umno menjadi pembangkang buat kali pertamanya sejurus selepas PRU14 berakhir dan ahli-ahli Umno terpaksa menanggung malu melihat satu persatu pimpinan tertinggi mereka diheret ke mahkamah atas pelbagai tuduhan rasuah.

Maruah Umno mula terbela apabila Muhyiddin mengambil langkah keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai Umno dan PAS.

Walaupun Bersatu ini ibarat duri dalam daging kepada Umno, sebagaimana Amanah kepada PAS, tapi kali ini, pimpinan tertinggi Umno mengambil sikap mengutamakan parti terlebih dahulu dan menerima kerjasama dengan Bersatu.

“Duduk di dalam kerajaan jauh lebih baik duduk di dalam pembangkang” – begitulah suara akar umbi Umno sejurus selepas Umno kembali ke Putrajaya.

Meskipun Umno tidak lagi memegang jawatan perdana menteri, tapi keadaan dan mood di dalam Umno jauh berbeza sebagai satu parti gabungan kerajaan berbanding sebuah parti pembangkang.

Sedihnya, tidak sampai lapan bulan bersama kerajaan PN, Umno kini bergolak lagi.

Pergolakan ini dapat dilihat melalui kegagalan pimpinan tertinggi Umno untuk bersatu dan mengeluarkan satu kenyataan rasmi menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim beliau sudah mendapat majoriti yang “kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baru.

Ini adalah petanda Umno kini berada di persimpangan yang sama seperti sebelum PRU14.

Umno kini berdepan dengan soalan yang sama – apa yang lebih penting? Kepentingan peribadi pimpinan tertinggi atau kepentingan parti secara keseluruhannya?

Jikalau apa yang dikehendaki pimpinan Umno ialah memaksa Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen, opsyen ini tidak dapat dilakukan sekarang selagi Covid-19 masih mengganas.

Jikalau Parlimen dibubarkan kerana angkara Umno, parti Melayu itu akan menerima padahnya seperti PRU14.

Jikalau apa yang dikehendaki pimpinan Umno ialah jawatan perdana menteri kembali ke tangan Umno, menyokong Anwar sebenarnya akan menjauhkan Umno daripada jawatan itu buat selama-lamanya.

Jikalau apa yang dikehendaki pimpinan Umno ialah mengajar Muhyiddin dan Bersatu, ingatlah PRU15 hanyalah dua tahun lagi – sepatutnya Umno perlu menguatkan diri agar boleh menang di dalam pertandingan tiga penjuru yang melibatkan parti serpihannya.
Jikalau Parlimen dibubarkan kerana angkara Umno, parti Melayu itu akan menerima padahnya seperti PRU14.Melibatkan diri dengan Anwar hanya memberikan kelebihan kepada Bersatu pada PRU15 kerana Umno akan ditolak kumpulan pengundi Melayu kerana merosakkan MN dan PN.

Namun, jikalau apa yang dikehendaki pimpinan Umno ialah menjaga kepentingan diri sendiri, maka segalanya sudah terjawab kerana dari segi politik, sebarang kerjasama Umno dengan Anwar hanya merugikan Umno dan menyebabkan parti itu berpecah lagi.

Besok, rakyat Malaysia bakal mengetahui nasib Umno untuk PRU15.

TIMMY SAY   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/umno-di-persimpangan-bahaya-sekali-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 420 hits
Robin Augustin Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno menurut penganalisis Mohd Izani Mohd Za...
Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 272 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Harapan Reps Say Perak Govt Ticking Time Bomb Umno Denies Pn Defection

Harapan Reps Say Perak Govt Ticking Time Bomb Umno Denies Pn Defection

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 213 hits
Perak Pakatan Harapan leaders say the present Perikatan Nasional state government is a ticking time bomb and claim at least six Umno leaders are considering jettisoning Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu s administration This is especially if...
Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 285 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 347 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Tiada Masaalah Umno Menyokong Anwar Kerana Muhyiddin Adalah Pengkhiana Terulung

Tiada Masaalah Umno Menyokong Anwar Kerana Muhyiddin Adalah Pengkhiana Terulung

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 262 hits
Oleh Alexis UtaraIa bukan isu besar sekiranya terdapat kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kerana mereka sedar pengkhianat terulung adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang perlu di...
Macam Raja Bersiong Shabery Ulas Dakwaan Kerjasama Dap Ahli Parlimen Umno

Macam Raja Bersiong Shabery Ulas Dakwaan Kerjasama Dap Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 274 hits
Shabery Cheek PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno berkata tidak mustahil DAP akan sanggup bekerjasama dengan ahli Parlimen partinya dalam rancangan Anwar Ibrahim untuk bentuk kerajaan baharu kerana DAP pernah bekerjasama dengan parti atau o...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention