Umno Dan Kejatuhannya Apa Kita Belajar Darinya



GENAP lima tahun berlalu, gegaran politik yang melanda Malaysia dikira suatu di luar dugaan. Tahun 2018 akan diingati selama-lamanya sebagai tahun kejatuhan Umno.
Kekalahan besar itu benar-benar merombak struktur dan orde politik negara sekali gus menandakan Umno memasuki zaman kemerosotannya.
Saban tahun Umno mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya pada 11 Mei. Namun, tanggal 10 Mei 2018 Umno diisytiharkan sebagai pihak yang kalah – sehari sebelum Umno menyambut hari peringatan kelahirannya.
Maka timbullah perasaan duka dan gundah yang dikongsi oleh penyokong dan pendukung Umno yang sekian lama mengikat kesetiaan tak berbelah bahagi kepada parti Melayu yang diasaskan pada 1946 itu.
Kenyataan yang menganggap Umno selamanya kebal dan tidak akan dikalahkan akhirnya berjaya dipecahkan.
Saintis politik seperti Jesudason selama ini mencirikan Malaysia sebagai negara statist democracy kerana tidak berlakunya sebarang bentuk pertukaran rejim.
Keputusan PRU14 membuktikan penteorian tersebut berakhir dan boleh dicabar oleh para sarjana apabila Umno tidak selama-lamanya kebal dan kalis dengan perubahan.
Harapan dan impian tinggi bekas Presiden Umno Najib Razak sebelum PRU14 yang Umno akan ‘memerintah negara seribu tahun lagi’ punah dan musnah sama sekali.
Pengalaman yang dilalui Umno mempunyai beberapa ciri persamaan dengan sejarah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun. LDP yang memegang teraju sejak 1955 tewas kepada Parti Demokratik Jepun (DJP) pada 2009 selepas lima dekad berkuasa.
Umno tersungkur jatuh selepas lebih 60 tahun berada di koridor kuasa.
Jangkaan yang Umno akan kembali bangkit pada PRU15 tidak menjadi realiti. Sejarah LDP yang berkuasa semula selepas hanya tiga tahun tumbang di tangan DJP gagal diulangi dan dijadikan pengajaran untuk Umno.
Lebih pahit, PRU15 Umno berada di kedudukan dan pilihan ketiga di mata pengundi Melayu. Perikatan Nasional yang mengandungi gabungan dua parti Melayu (PAS dan Bersatu) tanpa disangka-sangka merampas gelaran penghulu politik Melayu dari Umno. Suatu tragedi yang sungguh mengaibkan dalam lipatan sejarah Umno.
Begitu pun, sesuatu yang cuba digambarkan Umno keputusan pengundi yang meletakkan Pakatan Harapan sebagai pemerintah selama 22 bulan sebelumnya lebih merupakan satu kesilapan yang dilakukan pengundi.
Apatah lagi, Umno cuba menggambarkan yang tindakan untuk menukar kerajaan bukan suatu perkara yang patut dibuat ujikaji dan eksperimen.
Umno turut membayangkan kekalahannya bukan satu bentuk hukuman sebaliknya hanya teguran pengundi yang bersifat sementara.
Sebelum menjelang PRU15 Umno tampak yakin dapat memulihkan dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi kepada mereka. Kemenangan besar pilihan raya negeri Melaka dan Johor di samping kemenangan tujuh kali pilihan raya kecil yang terakhir merupakan tanda aras dan perkiraan untuk Umno melakukan comeback dan melebarkan semula pengaruh seperti LDP di Jepun.
Ramalan dan unjuran bagi Umno berkuasa semula ternyata sekali menyimpang. Kegagalan yang seharusnya dijadikan sebagai pengajaran. Mereka terlalu bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan lampau (pembawaan politik pembangunan) yang dianggap sebagai suatu unsur yang evergreen (malar segar selamanya).
Namun parti Umno banyak berjasa dengan sumbangan yang bukan sedikit khususnya kepada pembangunan orang Melayu. Perkara ini tidak dapat kita nafikan. Ia adalah fakta sejarah.
Sebahagian besar sejarah diwarnakan oleh pemimpin Umno. Misalnya belum ada lagi perdana menteri Malaysia yang lahir bukan daripada alumni dan asuhan Umno. Semuanya terhasil dari kilang dan produk Umno.
Melemahnya Umno sekarang menandakan politik Malaysia tidak akan sama seperti dahulu. Perubahan zaman dan peralihan generasi membuka peluang kepada pengundi kepada pelbagai pilihan parti.
Hakikatnya zaman terus bererdar, pusaka pastinya terus bergilir. Dalam erti kata lain, semua parti atau gabungan utama sama ada PH, BN dan PN akan menimba dan merasai pengalaman menang dan kalah.
Rakyat Malaysia harus menerima hakikat dan kenyataan parti politik yang memerintah boleh digantikan dan digilirkan. Setiap kali PRU berkemungkinan parti akan selalu bertukar tangan, seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Tidak ada lagi satu kutub kuasa yang dominan selepas ini – seperti 61 tahun hegemoni Umno dan pakatannya Barisan Nasional yang kini semakin terhakis.
Bayangan kekalahan Umno bagi penulis mulai tumbuh dan diperkatakan sejak PRU ke12 lagi. Ia berlaku secara perlahan-lahan bermula 2008 sehinggalah 2018 sebagai titik kemuncaknya kejatuhan Umno.
Ia kalah di lima negeri dalam PRU12, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga serta hilang sokongan besar pengundi bukan Melayu dalam PRU13. Pada kemuncaknya ia hanya mengekalkan 54 kerusi dalam PRU14 yang menjadi penamat untuk Umno.
Lebih mengejutkan, Umno terpukul dengan gelombang hijau PN sehinggakan mencatatkan episod terburuk dengan hanya memenangi 26 kerusi tanpa merangkul sebarang kerusi parlimen di tujuh negeri.
Umno bukan setakat kehilangan undi bukan Melayu sebelum ini, bahkan PRU15 memaparkan Umno kehilangan besar undi Melayu yang dikaut oleh PN.
Sebagai sebuah organisasi poltik orang Melayu, pengalaman yang membiasakan diri dengan sepak terajang, Umno parti yang dikira kalah tetap menjadi sebahagian kerajaan perpaduan hari ini.
Ini yang membezakan Umno. Percaturan strategik Zahid Hamidi dan muslihat pasukannya menyelamatkan Umno daripada menjadi pembangkang.
Mungkin lebih tepat, nasib Umno lebih menyerupai parti Golkar di Indonesia. Memang mereka bukan lagi dominan dan bukan lagi pilihan utama rakyat tetapi terus bertahan sebagai sebahagian rakan strategik untuk membentuk kerajaan.
Pengajaran dan pembelajaran daripada kerjasama dan peralihan sesebuah teraju parti selepas ini akan dipandang sebagai sesuatu kebiasaan dan normal dalam konteks politik Malaysia. Perkara ini terus berkesinambungan dan bercambah dalam PRU 15.
Lebih penting kepada politik Malaysia ialah pertukaran kerajaan mana pun dalam tempoh masa 2018-2022 menyaksikan tanpa sebarang protes dan tunjuk perasaan secara kekerasan. Perkara ini perlu dipertahankan.
Meskipun orde lama Umno runtuh tetapi orde baru untuk kestabilan masih belum terbentuk sebuah kerajaan yang benar-benar stabil masih diidamkan. Umno pastinya aktor penting dalam mewujudkan iklim kestabilan khususnya dalam mendepani PRN di enam negeri nanti. – 14 Mei, 2023.

Oleh Mohd Azizi JaehPenuntut Pengajian Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/umno-dan-kejatuhannya-apa-kita-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Luar Dan Musuh Dalam Selimut Ambil Kesempatan Terhadap Umno Berkaitan Isu Pengampunan Najib

Pihak Luar Dan Musuh Dalam Selimut Ambil Kesempatan Terhadap Umno Berkaitan Isu Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 302 hits
Oleh Adam MalikDari maklumat yang portal kami terima pihak luar dan pihak dari dalam UMNO yang condong kepada parti lawan sedang membuat serangan saraf terhadap UMNO Setelah gagal huru hara kan umno pada pemilihan Parti yang lalu untuk menu...
Lantikan Politik Pemuda Umno Pula Kritik Mat Sabu

Lantikan Politik Pemuda Umno Pula Kritik Mat Sabu

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 279 hits
agendaily com12 05 2023Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh Selepas dikritik rakan seangkatannya dari PKR berkait keputusan lantikan lima pengerusi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Makanan dan Keterjaminan Makanan yang dite...
Mana Mungkin Umno Dilihat Bersih Positif Jika Kekotoran Belum Dibersihkan Penganalisis

Mana Mungkin Umno Dilihat Bersih Positif Jika Kekotoran Belum Dibersihkan Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 224 hits
bharian com myOleh Mei 12 2023 4 37pmUMNO tidak boleh menuding jari menyalahkan musuh politik berikutan persepsi negatif yang terbentuk dalam kalangan rakyat terhadap parti KUALA LUMPUR UMNO tidak boleh menuding jari menyalahkan musuh polit...
Pemuda Umno Akan Bentang Resolusi Sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan

Pemuda Umno Akan Bentang Resolusi Sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 306 hits
PERGERAKAN Pemuda Umno Malaysia akan membawa resolusi yang dikemukakan oleh beberapa sayap negeri dan bahagiannya untuk dibawa dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok Ketua Pemuda Umno Muhamad ...
Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 162 hits
Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir dulu terlahir Parti Keadilan Nasional Parti ini dasarnya berbeza sama sekali dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua kaum Berbeza dengan...
Umno Masih Mampu Satukan Umat Melayu Islam

Umno Masih Mampu Satukan Umat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 304 hits
ismaweb net12 05 2023Agenda lemahkan bangsa dengan konsep pecah perintah tak pernah pudarBANGI 20 Syawal 1444H Khamis Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan sama ada UMNO masih mampu menggalas peranannya menya...
Wanita Umno Vice Chief Made Ptptn Chairman

Wanita Umno Vice Chief Made Ptptn Chairman

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 241 hits
Wanita Umno vice chief Norliza Abdul Rahim receiving her appointment letter from higher education minister Khaled Nordin PETALING JAYA Wanita Umno vice chief Norliza Abdul Rahim has been appointed the new chairman of the National Higher Edu...
Rakyat Dihasut Benci Umno Zahid

Rakyat Dihasut Benci Umno Zahid

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 238 hits
agendaily com11 05 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Musuh UMNO terus ghairah menanam perasaan benci dan prejudis yang melampau terhadap parti Melayu itu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemainan persepsi it...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


An Injustice That Biden Can Still Set Right

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ww Koleksi Pokok Bunga Raya Di Laman Rumah

Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali