Umno Dakwa Kad Pengenalan Penyokong Diguna Pakai Muhyiddin Serah Kepada Spr



(FMT) – Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengesahkan dakwaan bahawa terdapat kad pengenalan pengundi yang diguna pakai sebelum mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini.
“Itu saya tidak tahu. Saya bukan pegawai SPR. Apa pun itu terserah kepada pihak SPR untuk mengesahkan sama ada ia betul atau tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pontian hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tiga laporan polis yang dibuat berkait dakwaan terdapat kad pengenalan pengundi yang diguna pakai sebelum mereka mengundi.
Terdahulu Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mendakwa terdapat tiga pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Boh, Kukup di sini yang terkejut apabila mendapati mereka tidak dibenarkan mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas.
Beliau berkata, tiga pengundi itu dimaklumkan oleh SPR bahawa kad pengenalan mereka sudah diguna pakai untuk tujuan pengundian.
“Helah apa sedang mereka lakukan? Laporan polis sedang dibuat,” katanya di Twitter.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan semua parti yang bertanding supaya tidak menimbulkan provokasi sehingga mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dan boleh mengganggu proses pilihan raya yang sedang berjalan.
“Jangan buat provokasi. Ini sesuatu yang harus dielakkan supaya pengundi tak takut keluar. Setakat 12 jam lebih, keadaan baik dan terkawal,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak pada hari pengundian di Tanjung Piai hari ini seolah-olah membayangkan “berita gembira” buat calon Barisan Nasional (BN) ketika pengiraan undi malam ini.
Najib yang diiringi pengerusi BN Johor Hasni Mohamad ditemui di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Yunos Sulaiman di sini.
Survei yang dijalankan dalam kalangan pengundi oleh beberapa pihak sebelum ini mendapati kemungkinan besar berlakunya peralihan sokongan pengundi Cina kepada calon BN, Wee Jeck Seng.
Tinjauan melibatkan beberapa ratus pengundi pelbagai kaum, jantina, usia dan lokasi mengundi itu menunjukkan kemenangan selesa untuk calon BN itu mengatasi pencabar utamanya daripada Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini.
Empat calon lain yang turut bertanding ialah Wendy Subramaniam (Gerakan), Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon Bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Md Farid Md Rafik (PH-PPBM) memperoleh 39.7% undi (21,255), Wee (BN-MCA) 38.7% undi (20,731) dan Nordin Othman (PAS) 5.5% undi (2,962).
SPR menjangka 70% pengundi keluar mengundi dan keputusan pilihan raya diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam hari ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/11/16/umno-dakwa-kad-pengenalan-penyokong-diguna-pakai-muhyiddin-serah-kepada-spr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kad Pengenalan Baru

Buat Kad Pengenalan Baru

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 496 hits
Buat Kad Pengenalan Baru Baru baru ni KakYa pegi Jabatan Pendaftaran Negara daerah Kemaman untuk buat kad pengenalan Iman Masa kat kaunter tu pegawai bertugas tengok kad penge alan KakYa terus dia tanya tak pernah tukar kad pengenalan lagi ...
Hubungan Pas Umno Tuan Ibrahim Dakwa Guan Eng Buat Hasutan Keterlaluan

Hubungan Pas Umno Tuan Ibrahim Dakwa Guan Eng Buat Hasutan Keterlaluan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 302 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat kenyataan kenyataan bersifat hasutan keterlaluan dengan mempertikaikan kerjasama politik Umno dan parti Islam itu di kalangan bukan Islam Dalam k...
Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 484 hits
Bukan calang calang suami boleh buat macam ini Dan bukan semua isteri dapat kepercayaan penuh guna kad debit suami untuk membeli belah barangan yang isteri suka Jadi bila ada suami yang bermurah hati tak berkira berkongsi kad debit miliknya...
Zizie Izette Tak Kisah Anak Anak Pakai Baju Rm10

Zizie Izette Tak Kisah Anak Anak Pakai Baju Rm10

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 472 hits
Sering berkongsikan foto momen bersama anak anak ramai yang geram melihat kecomelan anak Datin Zizie Izette yang comel comel belaka Malah Zizie dan anak anak juga sering mengenakan pakaian sedondon Melihatkan pakaian sedondon anak anaknya p...
Sayang Nak Tukar Sebab Pemberian Arwah Ibu Calon Spm Gigih Pakai Cermin Mata Kabur Amp Calar

Sayang Nak Tukar Sebab Pemberian Arwah Ibu Calon Spm Gigih Pakai Cermin Mata Kabur Amp Calar

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 444 hits
Baru baru ini tular satu tweet seorang remaja lelaki yang sanggup melancarkan satu kempen mengutip derma semata mata mahu membantu membelikan cermin mata baru untuk sahabatnya Tidak menyangka tweet tersebut menjadi tular remaja lelaki terse...
Eh Betul Ke Pakai Spek Buat Mata Lebih Rosak

Eh Betul Ke Pakai Spek Buat Mata Lebih Rosak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 535 hits
Oleh Ahmad Farid Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Setiap dari kita mesti ada kawan yang selalu tukar spek mereka secara berkala kan Ada orang cakap pakai cermin mata boleh buat mata kita lebih rosak Eh betul ke peny...
Makin Menggila Demonstran Hong Kong Pakai Panah Api Buat Serang Polisi Ini 12 Potret Brutalnya

Makin Menggila Demonstran Hong Kong Pakai Panah Api Buat Serang Polisi Ini 12 Potret Brutalnya

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 364 hits
Situasi di Hong Kong semakin tidak kondusif pengunjuk rasa dan polisi saling serang terus menerus Hong Kong jadi lumpuh total
Lupa Berhijab Wanita Ini Viral Karena Pakai Kantong Kresek Sebagai Jilbab

Lupa Berhijab Wanita Ini Viral Karena Pakai Kantong Kresek Sebagai Jilbab

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 418 hits
Menutup aurat dengan jilbab atau hijab merupakan salah satu perintah Allah kepada kaum hawa Jilbab juga merupakan aturan pakaian yang ditetapkan dalam Islam bagi perempuan muslim Seorang hijaber pasti akan berupaya sedemikian rupa untuk men...
Pakai Niqab Tapi Wanita Sanggup Jadi Pelacur Bantu Suami Si Bapa Ayam

Pakai Niqab Tapi Wanita Sanggup Jadi Pelacur Bantu Suami Si Bapa Ayam

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 816 hits
Kalau cerita pasal bapa ayam ni memang dah selalu sangat lah kita dengar Tapi bapa ayam yang kali ni agak rare sikit Menurut seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah kerana berdepan dengan pertuduhan menjadi bapa ayam dan melacurkan iste...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi