Umno Ambil Alih Enam Kerusi Gerakan Di Pulau Pinang Zahid



BUTTERWORTH, 4 Nov — Umno Pulau Pinang berhasrat mengambil enam daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada Gerakan sebelum ini untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga presiden Umno berkata persetujuan itu pada prinsipnya dicapai susulan permintaan dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung perkara itu.


Loading...
“Walaupun kita tahu PRU15 masih lama lagi tetapi penyusunan gerak kerja harus berjalan sekarang kerana semangat orang-orang Umno terlalu tinggi dan mereka mahu bekerja,” kepada pemberita selepas Perjumpaan Khas Presiden Umno bersama Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Gerakan mengumumkan keluar daripada BN pada 23 Jun lepas sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan kembali parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada PRU14.

Ditanya sama ada pengambilan kerusi Gerakan oleh Umno itu akan diperluaskan ke kerusi Parlimen dan negeri-negeri lain, Ahmad Zahid berkata masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

Berhubung baki tujuh lagi kerusi itu, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan parti komponen yang lain termasuk parti-parti lain yang akan menyertai BN yang akan dijenamakan semula.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata adalah satu perkara mustahil bahawa 40 anggota Parlimen Umno akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tindakan untuk mewujudkan perspektif negatif rakyat terhadap parti itu.

Beliau berkata dakwaan itu juga adalah cubaan pihak luar untuk memecahbelahkan Umno dan percaya musuh politik Umno dan BN akan menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan parti itu.

“Saya yakin semua wakil rakyat kita bersedia untuk terus bersama dengan Umno dan BN sebagai satu kumpulan yang kuat,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/umno-ambil-alih-enam-kerusi-gerakan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang

Ucapan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 276 hits
Seberang Jaya 04 November 8212 Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir turut menyampaikan ucapan pada majlis Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia bersama kepimpinan UMNO bahagian baha...
Umno Bincang Kedudukan Zahid Bulan Depan

Umno Bincang Kedudukan Zahid Bulan Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 327 hits
Umno dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan kata Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa Annuar berkata setakat ini kedudukan Ahmad Zahid yang men...
Zahid Prepares Umno For Possible Rantau By Election

Zahid Prepares Umno For Possible Rantau By Election

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 424 hits
Umno in anticipation of a by election for the Rantau state seat today launched its election machinery for the constituency Its president Ahmad Zahid Hamidi said although no ruling had been made by the court on the election petition for the ...
Najib Zahid Bawa Sial Pada Umno

Najib Zahid Bawa Sial Pada Umno

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 659 hits
Hairan bin pelek dua makhluk yg pernah memimpin UMNO punya nafsu sama hebat dengan jerung Kedua duanya menghadapi ujian paling getir dalam hidup setelah UMNO ditendang rakyat dari Putrajaya Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO menghadapi...
Umno Tidak Terbubar Ahli Jangan Gentar Ahmad Zahid

Umno Tidak Terbubar Ahli Jangan Gentar Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 341 hits
Ahli ahli UMNO tidak perlu gentar dengan ugutan untuk membubarkannya tegas Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Semangat ahli ahlinya tetap utuh biarpun pemimpin pemimpinnya disiasat dan diheret ke mahkamah UMNO tidak akan terbubar ...
Umno Masih Ada Zahid

Umno Masih Ada Zahid

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO masih wujud walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu sudah tiada Kan saya ada Nampakkan UMNO masih ada Nampak katanya kepada kumpulan media yang menyer...
Dr M I Asked Zahid To Dissolve Umno Party No Longer What It Used To Be

Dr M I Asked Zahid To Dissolve Umno Party No Longer What It Used To Be

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 375 hits
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today admitted he had asked Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to dissolve Umno Dr Mahathir said he did so because Umno no longer represented its original principles and struggles Honestly there is no Umno ...
Pemuda Umno Desak Zahid Letak Jawatan

Pemuda Umno Desak Zahid Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 437 hits
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA SHAH ALAM Pemuda Umno akan membuat desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan ekoran kes mahkamah yang dihadapi beliau Menurut sumber desakan itu bakal dibuat dalam Mesyuarat Exco ...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners