Umno Akan Lakukan Pembersihan Besar Besaran Esok Ahmad Zahid


hmetro.com.my
Irwan Shafrizan Ismail
[email protected]
AHMAD Zahid. FOTO arkib Bernama
Putrajaya: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok akan memutuskan perkara itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT esok akan menentukan nasib bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

"Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting.

"Saya kata dalam Perhimpunan Agung (Umno) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada Pilihan Raya Umum lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika pilihan raya diadakan.

"Bila besar-besaran itu maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa Insya-Allah esok malam akan terasa," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama Exco- Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat esok, Ahmad Zahid meminta media untuk datang beramai-ramai bagi mengetahui senarai mereka yang terbabit.

"Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus embargo maklumat itu sehingga waktunya," katanya.

Difahamkan mesyuarat MKT Umno esok akan menentukan status keahlian Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka 'mengkritik' beberapa pemimpin Umno, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Khairy yang tewas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Sungai Buloh, November lalu, secara terbuka turut mahu 'membersihkan' Umno jika menang di kerusi itu sebelum ini.

Malah Khairy juga menarik perhatian apabila mendakwa terdapat 'perwakilan import' ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada Persidangan Agung Umno 2022 baru-baru ini yang mana ia dinafikan oleh pimpinan parti berkenaan.

Hari ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Umno akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada mesyuarat MKT Umno, esok.

Beliau berkata, ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain bahagian yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya.
Disiarkan pada: Januari 26, 2023 @ 7:15pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/umno-akan-lakukan-pembersihan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dedah Mengapa Umno Buat Pembersihan Besar Besaran

Zahid Dedah Mengapa Umno Buat Pembersihan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 192 hits
MALAYSIADATELINEUMNO akan melakukan pembersihan parti secara besar besaran dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Beliau ...
Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

Masa Depan Umno Bergantung Kepada Keputusan Prn Selepas Zahid Kekal Jadi Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 144 hits
agendaily com18 01 2023UMNO akan bekerjasama dengan DAP menghadapi PRN di enam negeri tahun ini Selepas gagal mendapatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kini masa depan UMNO bergantung kepada keputusan di enam negeri yang bakal dia...
Zahid Messing Up Umno Anwar S Unity Government Again

Zahid Messing Up Umno Anwar S Unity Government Again

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 182 hits
From Ibrahim M AhmadAhmad Zahid Hamidi seems to be tying Umno and Prime Minister Anwar Ibrahim in knots with his every move Hot on the heels of a botched attempt by Umno to usurp the seat of the Sabah government from under GRS chief ministe...
Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 146 hits
Oleh kerana ruang untuk bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah tertutup bagi pemimpin yang ingin mencabar Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan apa langkah seterusnya yang harus mereka lakukan selepas ini Apakah berdiam diri pilihan ...
Pkr Pula Kata Umno Kelompok Kes Jenayah Zahid Rosakkan Anwar Ph

Pkr Pula Kata Umno Kelompok Kes Jenayah Zahid Rosakkan Anwar Ph

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 228 hits
agendaily com16 01 2023Zahid sekarang berada di peringkat membela diri Di akhir kes pendakwaan yang lalu beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie kata Ahli Parlimen Pasir Gudang H...
Umno Risks Losing More Seats If Led By Zahid Warns Dr M

Umno Risks Losing More Seats If Led By Zahid Warns Dr M

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 188 hits
Umno has decided to bar the contest for the presidency and deputy presidency at its polls PETALING JAYA Umno could lose more seats in the next general election because it is being led by a president who is facing corruption charges says Dr ...
Aduan Kepada Ros Tidak Wakili Umno Terengganu Kata Ahmad Said

Aduan Kepada Ros Tidak Wakili Umno Terengganu Kata Ahmad Said

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 179 hits
TINDAKAN seorang ahli Umno Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 adalah bersifat peribadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Said be...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas