Ummi Takde Duit Semalam Pagi Pun Tak Makan Runtun Hati Bila Dengar Kesusahan Tiga Beradik Ini


'Ummi takde duit, semalam pagi pun tak makan' - Runtun hati bila dengar kesusahan tiga beradik ini


Tatkala murid yang lain sedang membeli makanan di kantin, murid ini hanya termenung memerhati sedangkan perutnya sudah berbunyi meminta disuapkan makanan. Begitu juga dengan adiknya di darjah satu, tiada pilihan selain mengikat perut sejak semalam

Kisah tiga beradik ini hanya disedari guru-guru yang prihatin selepas ternampak anak kedua dari lima beradik itu tidak menjamah makanan ketika waktu rehat. Apabila diselidik lebih lanjut, ternyata mereka berasal dari keluarga susah. 
Mujur ada guru-guru yang tampil membantu. Dibeli keperluan dapur mengikut kemampuan mereka. Menangis mereka apabila melihat keadaan rumah keluarga ini yang daif. Lubang di sana sini, si ibu pula sarat mengandung dan doktor mengesahkan kandungannya mengalami masalah. 
Sudikanlah diri anda membantu keluarga ini. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa baik anda semua yang prihatin. 
RUNTUN hati bila dengar kesusahan tiga beradik ini. Jadi, tengah hari tadi dalam jam 1 petang, saya berlari sekejap ke kedai Seri Iskandar membeli barang-barang dapur buat keluarga ini, menggunakan sebahagian hasil jualan kuih semalam. Mulanya cadang nak masuk tabung dah hari ini, tapi bila dengar keadaan keluarga ini, tak apalah. Mungkin rezeki ini untuk mereka. 

Mereka pelajar baru di sekolah saya. Tiga dari lima orang adik beradik, darjah 1, 3 dan 4. Mulanya si ibu yang sarat mengandung datang pada minggu pertama sekolah. Dengan berbekal RM50, minta nak beli buku sikit-sikit hinggalah ke tahun tiga. Duit yang ada hanya RM5.00. Dapatlah beberapa buah buku tulis sahaja. Yang lain diminta untuk bayar kemudian. 
Si ibu merupakan isteri pertama dan suaminya telah berkahwin lagi dalam dua tahun lalu dan kini lebih banyak menetap bersama isteri kedua (ibu tunggal anak empat). Dengan keadaan kerja suami yang tidak menentu, kehidupan mereka agak susah

Terbaru, si suami baru dapat kerja sebagai guru k*** dengan gaji RM1,050 di ***** dan tinggal bersama isteri kedua. Saya malas nak ulas panjang hal suami kerana banyak yang negatif akan timbul nanti. Jadi, faham-faham sajalah ye

Kemudian, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Namun hari ini, seorang ustazah ternampak si anak lelaki yang darjah tiga termenung duduk ketika yang lain sedang seronok membeli makanan di kantin. Apabila ditanya, rupa-rupanya dia tiada duit. Tapi sangat tenang riaknya. 
Kemudian ustazah tersebut menyuruh si anak ini ke kantin dan dibiayai oleh ustazah

Sejurus hal itu diketahui, kami panggil adiknya yang berada di darjah satu, yang ketika itu sudahpun tamat waktu rehat. Bila ditanya makan apa, digelengnya kepala. Tak makan sebab tak ada duit. Adui, sentap hati kami. 
Saya beri roti yang dibawa dan suruh dia makan pada waktu itu juga. Kemudian saya panggil pula kakak sulung yang berada di darjah empat dan tanya soalan sama. Dijawabnya, "Makan, tapi kawan belanja."
"Siapa belanja?" 
"Si A dan si B." 
Wah! Hati berbunga, syabas buat dua pelajar ini dan niat dalam hati nak bagi ganjaran pada dua murid yang bantu ini. 
Selepas itu bermulalah sesi soal selidik. Semalam makan apa, malam tadi makan apa dan antara jawapannya: 
"Ayah tak balik, Ummi tak ada duit. Semalam pagi pun tak makan. Tak ada pa nak makan. Malam tadi makan maggie. Tengah hari semalam ada orang bagi ikan kari." 
Saya tanya sebab nak tengok apa jawapannya. 
"Tak lapar ke tak makan? 
Dengan wajah yang sangat tenang, tersenyum dan penuh bersopan dia menjawab, "Terasa juga lapar tapi tahan sajalah." 
Aduhai.. 

Selepas beli barang-barang dapur tadi, saya ajak dua orang lagi rakan guru untuk ke rumah tiga beradik ini. Kami bawa si kakaknya naik kereta sekali. Sebaik saja tiba di rumah, semua adik-adiknya sudah menunggu di depan pintu. Kami disambut dengan salaman dari semua adik beradiknya. Si ibu yang sarat juga senyum menyambut. 


Melihat keadaan rumah yang disewa dengan nilai RM100, tersangatlah sedih. Berlubang sana sini dan paling menyedihkan bila melihat anak-anak terus buka roti yang kami berikan. Rupa-rupanya mereka belum menjamah makanan lagi sedangkan waktu itu dah jam 2.30 petang. 
Salah seorang anaknya siap berpesan pada adik beradiknya, "Simpan untuk Ummi roti itu." 


Mungkin sebab dia faham si ibu juga lapar dan dengan keadaan yang sarat masih belum menjamah apa-apa untuk tengah hari itu. Sedangkan kandungannya juga disahkan doktor bermasalah dan air ketuban juga mula berkurangan. Namun apakan daya, mengenangkan nasib anak-anaknya, dia masih bertahan walaupun makannya sendiri tidak tentu hala. 
Saya menyatakan tujuan kedatangan dan bertanya keadaan sebenar. Aduhai, tabahnya hatimu wahai isteri dan ibu. Walaupun dibiar terpinggir bersama lima orang anak-anak yang masih kecil, namun dia sangat kuat. Mengalir air mata apabila saya hulurkan barang-barang dapur, tak terkata si ibu. Mengalir juga air matanya. Begitu juga air mata kami bertiga yang mendengar dan melihat keadaannya


Untuk anak-anaknya, kami usahakan untuk menerima RMT. Namun keadaannya yang sarat dan pada bila-bila masa saja boleh bersalin juga menjadi kerisauan kami. Tiada persediaan. Tawakal sepenuhnya. 
Sedangkan si suami balik, tetapi hanya untuk beberapa jam. Itu pun jarang-jarang sekali dan adakalanya tanpa sebarang wang sebagai bekalan. 
Ada di kalangan kami yang memberikan sahaja buku-buku kerja secara percuma dan ada juga rakan guru yang telah membantu menjelaskan yuran buku tulis untuk si kakaknya. Namun bantuan kami juga adakalanya terbatas dan kami tidak mampu melaksanakan sepenuhnya secara bersendirian. 

Saya hanya guru biasa, bukan guru kaunseling, bukan GPK HEM, bukan GB. Hanya guru bahasa inggeris yang mengajar salah seorang dari anak ini. Namun atas dasar keperimanusiaan dan simpati terhadap sesama manusia, kerana itulah niat membantu itu hadir. 
Yang ragu-ragu, saya tidak paksa untuk percaya dan jangan hulurkan apa-apa kalau tuan-tuan dan puan-puan tak kenal corak kerja dan perjalanan rutin hidup saya. Bagi yang mengenali dan selalu mengikuti coretan saya di Facebook, tentu lebih kenal bagaimana khidmat sosial yang saya buat. Saya tidak ada badan-badan khas yang menaungi, tidak ada berunsurkan politik. Sebalik bergerak sendiri bersama suami dengan apa yang kami mampu dan dibantu oleh rakan-rakan Facebook. 
Namun andai ada yang ingin sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini, boleh menghubungi saya www.wasap.my/60129553258
Kalau ada yang sudi datang menyumbang, booleh datang ke sekolah dan berjumpa dengan saya di sekolah. Sebab kasihan si ibu kalau semua berpusu-pusu datang ke rumahnya tak kira masa. Boleh WhatsApp saya dulu untuk kita tentukan masa. 
Seperkara lagi, harap sama-sama faham. Ibu ini juga tersepit dan sangat takut. Dengan keadaannya yang susah dan juga kerisauannya dengan tindakan suami apabila ramai yang tahu nanti. Jadi, ada baiknya kalau ada sumbangan atau inginkan kesahihan, jumpa saya di sekolah. 
Jangan kita persoal siap yang patut membantu. Sebaliknya tanya apa yang kita boleh bantu. 
Sumber: Cikgu Norazlin Abd Aziz

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/ummi-takde-duit-semalam-pagi-pun-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Tak Balik Ummi Takde Duit Smalam Pagi Pun Tak Mkn Sebak Bila Lihat Murid Ikat Perut Tak Mkn Di Sekolah

Ayah Tak Balik Ummi Takde Duit Smalam Pagi Pun Tak Mkn Sebak Bila Lihat Murid Ikat Perut Tak Mkn Di Sekolah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 336 hits
Tatkala murid yang lain sedang membeli makanan di kantin murid ini hanya termenung memerhati sedangkan perutnya sudah berbunyi meminta disuapkan makanan Begitu juga dengan adiknya di darjah satu tiada pilihan selain mengikat perut sejak sem...
Ummi Tak Ada Duit Semalam Pun Dah Tak Makan Kami Lapar Bapa 5 Anak Abai Keluarga Lepas Poligami

Ummi Tak Ada Duit Semalam Pun Dah Tak Makan Kami Lapar Bapa 5 Anak Abai Keluarga Lepas Poligami

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 468 hits
Sedih melihat pelajar tidak makan kerana tiada duit seorang guru bertindak melawat keluarga pelajar di rumah Apabila sampai dia mendapati keadaan rumah sangat daif dan miskin Tambah menyedihkan lagi apabila ibu kini sedang sarat hamil dan t...
Hanya Kerana Rm10 Tiga Beradik Didakwa Lakukan Samun

Hanya Kerana Rm10 Tiga Beradik Didakwa Lakukan Samun

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 251 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA nbsp 23 Januari 2019 3 27 PM MELAKA Suasana hiba menyelubungi Mahkamah Sesyen di sini hari ini apabila tiga beradik didakwa menyamun wang
Dua Beradik Selongkar Sampah Di Awal Pagi Nak Buat Belanja Sekolah

Dua Beradik Selongkar Sampah Di Awal Pagi Nak Buat Belanja Sekolah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 259 hits
Kisah di Pelabuhan Klang Selangor Sesiapa yg tahu alamat kanak2 ni sila viral Dua beradik berbaju sekolah selongkar tempat pembuangan sampah cari duit belanjaAWAL pagi tadi di kala anak anak anda sedang bersiap siap untuk ke sekolah atau mu...
Pernah Gendut Demi 2 Cahaya Mata Fasha Kongsi Gambar Kurus Pesan Wajib Makan Pagi

Pernah Gendut Demi 2 Cahaya Mata Fasha Kongsi Gambar Kurus Pesan Wajib Makan Pagi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 358 hits
Fasha Sandha Pelakon cantik yang popular pernah mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak anaknya Putra Rayqal Ramli 6 dan Putri Raysha Jemaima 5 Selepas berpisah dengan bekas suami Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggi...
Tiga Beradik Hidup Menumpang

Tiga Beradik Hidup Menumpang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 675 hits
Ketika remaja seusia meyambung sesi persekolahan baru tiga beradik yang menumpang teduh di rumah ibu saudara di Taman Seremban Jaya Seremban terpaksa berhenti sekolah tahun lalu akibat kemiskinan keluarga
Ayden Mikael Pandai Pose Bila Dengar Ost Pujaan Hati Kanda Terus Fokus Shooting

Ayden Mikael Pandai Pose Bila Dengar Ost Pujaan Hati Kanda Terus Fokus Shooting

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1626 hits
Ayden Mikael bayi yang mudah bintang cilik Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai Bakal muncul sebagai penghias kulit majalah edisi Mac 2019 Ayden memang pandai pose Bayi 9 bulan seorang bayi yang ceria easy going Sepanjang tempoh shoot...
Rita Rudaini Tidak Makan Daripada Semalam Sebab Hilang Kucing

Rita Rudaini Tidak Makan Daripada Semalam Sebab Hilang Kucing

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 316 hits
Pelakon Rita Rudaini hilang keruan apabila haiwan peliharaan hilang sejak 2 Januari lalu Rita memberitahu perkara itu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya hari ini Terlalu sedih dengan kehilangan kucing kesayangannya Pekan Rita akui m...
Dua Beradik Berbaju Sekolah Selongkar Tempat Pembuangan Sampah Cari Duit Belanja

Dua Beradik Berbaju Sekolah Selongkar Tempat Pembuangan Sampah Cari Duit Belanja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 488 hits
AWAL pagi tadi di kala anak anak anda sedang bersiap siap untuk ke sekolah atau mungkin masih lena dibuai mimpi di atas tilam empuk dua beradik ini yang sudah bersiap awal sempat menyelongkar tempat pembuangan sampah sebelum ke sekolah Tind...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids