Ummi Ilham S Soho Make Over Ecehhh P
Assalamualaikum semua.. Hari ni Ummi kerajinan nak share dengan korang SoHo Ummi yang secoet tu. Sesuai diaplikasikan untuk ruangan yang terhad. Apa tu SoHo? Alaaaa sebelum ni Ummi dah terangkan dah dalam entri INI dan INI. Tak pe share lagi pun takpe hehehe kot ada yang tak pernah dengar. SoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. SoHo pertama.. lokasi bilik belakang.. bertukar ke master bedroom sebab line internet tak berapa nak cun hehehe. Vision Board Ummi dan target bulanan dalam bisnes Shaklee terpampang rapi disamping gambar-gambar pemangkin semangat. My BIG WHY untuk berjaya dalam Shaklee. SoHo ni Ummi share dengan Babah. Ruang untuk Babah buat editing album-album customer. Sekarang je Babah pencen sementara jadi photographer kerana kekangan masa. Harap kamera Babah tak mereput dalam box ekekeke. SoHo lokasi kedua.. setelah mendapat persetujuan daripada “partner for life” Ummi maka SoHo kami berpindah ke master bedroom.. nasib baik Babah nak layan permintaan Ummi tu. Siap tolong pasangkan wallpaper bagai. Wallapaper murah dari Kaison. Hiasan tambahan wall shelf dan bunga dari IKEA, doodle SoHo yang dah Ummi framekan, award Business Growth dari Shaklee dan botol Mealshake yang diubahsuai jadi tabung RM5 Ummi ekeke. Tak dilupakan gambar-gambar pemangkin semangat gitewww. Oleh kerana kawasan ni belakang pintu bilik nampak lagi sempit dan jauh dari power point, jadi Ummi berpindah ke bahagian tingkap belah kiri. Tapi masa tu masih mengekalkan meja, kerusia dan aksesori yang sama. Tetiba Ummi rasa nak berubah suasana sikit hehe. Nak menambah koleksi black and white katanya. Maka gigihlah Ummi make over sikit-sikit semalam. Bagi nampak “fresh look” gitu. Barulah bersemangat nak blogging and doodling. Jom tengok hasilnya. Taraaaaaaaaaaa! Inilah lah SoHo Ummi berwajah baru. Meja, kerusi, lack, Lerberg Shelf unit dan bunga kaktus comel dari IKEA. Semua harga dibawah bajet. Ummi kan sejenis “deko bajet” punya orang. So kena pandai-pandailah mix and match. Ikutkan meja dan kerusi tu nak beli baru, tapi kita guna preloved Mama Cu bagi je. Sama sebijik meja study Abang Ilham. Plan asalnya juga Ummi nak beli kerusi yang beroda untuk Ummi dan Abang Ilham, tapi cancel guna je apa yang ada. Lack tu letak printer. Lack lama yang asalnya jadi meja kat ruang tamu kedua. Oleh kerana ruang tamu kedua dah ada perubahan sikit maka lack tu kita bawa naik atas hehehe. Tingkat satu ada kaktus comel artificial je tu bukan real plant. Tingkat dua, frame doodle SoHo yang masih membantu dalam menghiasi SoHo Ummi hehehe. Tunggu tuan dia rajin nak mendoodle baru. Tak dilupakan Desert Mist Diffuser yang Ummi letak di tingkat tiga shelf tu. Senang sikit dekat dengan power point. CPU Ummi letakan di tingkat empat paling bawah. Lerberg ni Ummi pasang sendiri je. Mudah sesangat. Kalau susah memang suruh Babah la pasangkan hehehe. Masa nak pasang meja tu siap ada adegan merajuk oleh Abang Adik aka Syamil. Dia tak bagi Ummi pasang kaki meja tu, dia memang sejenis suka main kaki meja termasuk meja study dia. Kaki meja pun boleh jadi pedang tau hahaha. Meja ni pun mudah sangat nak pasang. Kacang jek! Ecehhhh. Ummi plan nak beli aksesori lain untuk bubuh kat dinding tu. Dah aim dah kat Mr. DIY hehehe. Ada masa kita terjahla ke sana. Mula-mula nak beli pegboard IKEA macam kat bilik Abang Ilham, tapi macam tak payah la. Ummi punya kita beli yang murah-murah je. Ok itu je nak cerita pasal SoHo Ummi kot ada make over lain akan datang Ummi share lagi hehehe. Ini je make over sesimple boleh yang mampu. Cara dan gaya deko Ummi yang tak seberapa untuk menaikkan semangat sendiri hehehe. Nanti Ummi share pula cerita make over bilik The Ilhams ya. Till then, selamat bercuti dan Salam Maulidur Rasul untuk semua. Jom perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herneenazir.com/2018/11/19/ummi-ilhams-soho-make-over-ecehhh-p/