Umi Ayah Dah Meninggal Arwah Sempat Pesan Pada Anak Sulung Supaya Jaga Ibu Adik


“Umi (ibu), ayah dah meninggal.” Itu yang mampu diungkapkan, Muhammad Nabil Khalaf. Anak kecil berusia lima tahun itu adalah anak sulung kepada Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41, yang meninggal dunia akibat dihempap pokok ketika menjalani operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik, Perak.

Seolah-olah mengerti apa yang berlaku, Muhammad Nabil Khalaf menuturkan kata-kata itu kepada ibunya, Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir, 29. Menurut Siti Nafishah, anak sulungnya mengetahui khabar duka kejadian menimpa arwah daripada perbualan datuknya yang menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian itu.
“Adik saya yang bertugas bersama Allahyarham di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Kem Sungai Ara, Pulau Pinang menghubungi bapa untuk memaklumkan kejadian berkenaan, 10 pagi kelmarin.
“Muhammad Nabil Khalaf mendengarnya dan terus memberitahu saya sebelum dia menangis teresak-esak,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumah keluarga di Taman Ria Jaya, malam tadi.
Siti Nafishah yang juga anggota tentera dan bertugas di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arwah sehari sebelum suaminya itu mahu melaporkan diri di Kem Sungai Ara.
“Allahyarham lapor diri pada 30 Jun lalu dan sepatutnya pulang 1 September depan. Dia sempat berpesan kepada anak sulung supaya menjaga saya, adik, datuk dan ahli keluarga lain dengan baik.
“Malah, Allahyarham juga seperti biasa sempat memberitahu dan meminta saya supaya menunggu kepulangannya nanti,” katanya yang reda dengan pemergian suami.
Katanya, Allahyarham adalah suami yang sangat baik dan disenangi ahli keluarga.
Siti Nafishah berkata, dia akan menjaga dua anak hasil perkongsian hidup mereka. Selain Muhammad Nabil Khalaf, arwah turut meninggalkan seorang lagi anak berusia dua tahun, Muhammad Nur Fariman.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Shamsiah Awan Ludin, 75, berkata dia mendapat berita mengenai anaknya yang meninggal dunia jam 11 pagi selepas menerima panggilan daripada pihak Tentera Darat Malaysia (TDM).
“Sebaik mendapat berita itu, saya bersama anak dan saudara yang lain bertolak daripada Negeri Sembilan dan tiba di Kedah jam 9 malam tadi.
“Allahyarham anak keempat daripada tujuh beradik seorang yang gemar bergurau dan kali terakhir kami bertemu sebelum Ramadan lalu,” katanya yang berasal dari Felda Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan.
Terdahulu, jenazah arwah tiba di rumah mentuanya di Taman Ria Jaya jam 1 pagi untuk tatapan terakhir isteri, ibu dan ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan 45 minit kemudian.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa dengan penuh istiadat ketenteraan jam 2.30 pagi, dengan dihadiri hampir 150 ahli keluarga, sahabat dan rakan setugas.
 


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post “Umi, Ayah Dah Meninggal” Arwah Sempat Pesan Pada Anak Sulung Supaya Jaga Ibu & Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/umi-ayah-dah-meninggal-arwah-sempat-pesan-pada-anak-sulung-supaya-jaga-ibu-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Kena Tahu 8 Perkataan Pertama Penting Anak Kena Kuasai Menjelang Usia 2 Tahun

Ibu Ayah Kena Tahu 8 Perkataan Pertama Penting Anak Kena Kuasai Menjelang Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 276 hits
Bila anak mula pandai mengeluarkan perkataan pertama ibu ayah adalah orang yang paling teruja sekali Jika boleh ingin dirakamkan momen tersebut untuk dijadikan kenangan paling berharga Perkataan pertama anak adalah penunjuk aras kemahiran b...
Anak Sopir Angkot Lolos Jadi Polisi Dengan Nilai Tertinggi Ini Pesan Haru Sang Ayah

Anak Sopir Angkot Lolos Jadi Polisi Dengan Nilai Tertinggi Ini Pesan Haru Sang Ayah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 194 hits
Dalam potongan video yang lain ia memberikan pesan agar anaknya bisa terus belajar dan menjadi polisi yang profesional serta menjaga integritas
Sweet 17 Anak Dara Norman Abby Untung Dania Dapat 2 Ibu Ayah Sporting

Sweet 17 Anak Dara Norman Abby Untung Dania Dapat 2 Ibu Ayah Sporting

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 253 hits
Setiap kali melihat anak membesar perasaan sebak pasti akan dirasai oleh setiap ibu bapa Lagi lagi bila dulunya anak itu seorang yang manja kini dah pandai berdikari dan boleh diharap Sama juga situasinya pada pelakon Norman Hakim apabila a...
Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

Awas Kanak Kanak Normal Pun Boleh Ada Tanda Autisme Ibu Ayah Pantau Anak Ya

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 328 hits
Kanak kanak normal pun boleh ada tanda tanda autisme Jangan terkejut dengan kenyataan ini ya ibu ayah Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku pada anak anda yang lahir normal sekiranya tidak dipantau sejak awal Autisme adalah spektrum...
Ibu Dan Adik Ayu Anjani Meninggal Dunia Dalam Insiden Kapal Tenggelam Di Labuan Bajo

Ibu Dan Adik Ayu Anjani Meninggal Dunia Dalam Insiden Kapal Tenggelam Di Labuan Bajo

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 215 hits
Jenazah ibu dan adik pesinetron tersebut ditemukan di dasar laut perairan Pulau Kambing dan rencananya akan disemayamkan di Jakarta
Anak Lelaki Nak Sesuatu Dia Banyak Diam Ibu Ayah Kena Faham Baru Mudah Tackle

Anak Lelaki Nak Sesuatu Dia Banyak Diam Ibu Ayah Kena Faham Baru Mudah Tackle

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 274 hits
Selalu orang cakap anak lelaki jangan dimanjakan sangat kena ajar dia berdikari supaya dewasa akan jadi kuat Bukan itu saja ada juga berpendapat anak lelaki tak boleh dibiar manja Bagaimanapun semua ini silap sebab anak lelaki pun mempunyai...
Hiburan Mulut Lancang Adik Bongsu Stress Kakak Asyik Perlekeh Gaji Tapi Lepas Tangan Bab Jaga Mak Ayah

Hiburan Mulut Lancang Adik Bongsu Stress Kakak Asyik Perlekeh Gaji Tapi Lepas Tangan Bab Jaga Mak Ayah

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 242 hits
Hubungan adik beradik tidak semestinya sentiasa dalam keadaan baik walaupun mempunyai kaitan yang kuat antara satu sama lain Apa yang lebih membimbangkan apabila ada antara adik beradik yang berbalah akibat salah seorang daripadanya merasak...
Kabel Senilai Ratusan Juta Dicuri Kapolda Riau Minta Anak Buah Jaga Ketat Aset Pln

Kabel Senilai Ratusan Juta Dicuri Kapolda Riau Minta Anak Buah Jaga Ketat Aset Pln

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 166 hits
Belajar dari pengalaman itu Kapolda Riau Irjen Pol Mohammad Iqbal langsung mendatangi Kantor PLN Wilayah Riau dan Kepri di Jalan Tuanku Tambusai Kelurahan Labuh Baru Barat Kota Pekanbaru
Saya Tak Mahu Menyesal Fikry Ibrahim Tak Kisah Ulang Alik Kampung Demi Jaga Ibu Sakit

Saya Tak Mahu Menyesal Fikry Ibrahim Tak Kisah Ulang Alik Kampung Demi Jaga Ibu Sakit

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 178 hits
PELAKON Fikry Ibrahim tidak pernah melihat menjaga ibunya yang diser4ng peny4kit ang1n ahm4r sejak dua tahun lalu sebagai satu pengorbanan sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang anak Atas sebab itu juga Fikry sa...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025