Umbrella Batal Showcase 25 Tahun Kerana Covid 19


Assalamualaikum dan salam sejahtera

UMBRELLA BATAL SHOWCASE 25 TAHUN KERANA COVID-19Batal hasrat untuk meraikan sambutan ulangtahun penubuhan demi keselamatan peminat-peminat
vKUALA LUMPUR, 20 Oktober 2020 - Sejak tampil dengan single terbaharu berjudul 'Hilang' karier seni Umbrella kembali rancak dan bersinar. Video muzik single ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dalam masa satu bulan menggambarkan penerimaan peminat-peminat dengan kemunculan semula Umbrella. Namun dalam kesibukkan mempromosikan lagu terbaharu ini, perjalanan seni Umbrella diduga dengan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 lantas melumpuhkan banyak perancangan yang telah mereka atur.
Menurut pengarah urusan Umbrella Music, Dato Rizal Shah, mengikut perancangan, Umbrella sepatutnya akan mengadakan sebuah sidang media bagi mengumumkan mengenai ‘Showcase 25 Tahun Umbrella’ yang bakal berlangsung pada bulan Disember nanti. Namun berikutan kenaikan kadar kes positif jangkitan Covid-19, Umbrella telah memutuskan untuk membatalkan sidang media dan showcase berkenaan. Dato Rizal Shah memberitahu keputusan yang diambil ini amat berat bagi pihak pengurusan dan Umbrella memandangkan banyak persiapan yang telah dibuat demi menaikkan semula populariti dan kerjaya seni Umbrella. 
Biarpun sedih dengan pembatalan showcase sambutan ulangtahun ke dua puluh lima penubuhan Umbrella, Saiful, pemain drum Umbrella, menyifatkan ini adalah langkah terbaik buat semua pihak yang terlibat terutamanya buat peminat-peminat Umbrella yang sememangnya menantikan persembahan daripada mereka. Saiful merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan kesemua ahli asal Umbrella untuk kemunculan semula Umbrella dalam arena seni Hiburan tanah air.
Selain Saiful, gitaris Umbrella bernama Hafiz turut menzahirkan kebimbangannya yang khuatir jika terdapat kluster baharu yang wujud dikalangan peminat-peminat yang hadir sekiranya showcase mereka tetap dianjurkan.
Bagi vokali Umbrella, Zarul, biarpun showcase dibatalkan, kesempatan yang ada sepanjang berlangsungnya perintah kawalan pergerakkan bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya digunakan sebaik mungkin oleh setiap ahli Umbrella untuk berlatih bagi memperbaiki mutu persembahan mereka di masa hadapan.
Selaku pemain bass Umbrella, Rizal berharap keadaan ekonomi akan kembali pulih apabila vaksin Covid-19 terhasil nanti. Tambah Rizal, dia menyeru agar penganjur-penganjur acara akan memberikan peluang kepada Umbrella untuk membuat persembahan bagi memeriahkan acara mereka. 
Selain mengumumkan pembatalan ‘Showcase 25 Tahun Umbrella’, Dato Rizal Shah turut berkongsi berita baik buat peminat-peminat Umbrella dan kumpulan-kumpulan muzik zaman 90an, bahawa pihak Umbrella Music turut merancang mengadakan sebuah konsert ‘Umbrella & Friends’ pada tahun 2021 nanti. Menurut beliau persiapan untuk konsert tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan Umbrella Music bakal membuat pengumuman rasmi mengenainya pada awal tahun 2021 nanti.
Saksikan video muzik Hilang daripada Umbrella, di: https://youtu.be/wijXnHd3V0o
Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Umbrella di akaun media sosial:Facebook: www.facebook.com/umbrellaband.myInstagram: www.instagram.com/umbrellaband.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/umbrella-batal-showcase-25-tahun-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Covid 19 Showcase 25 Tahun Umbrella Dibatalkan

Gara Gara Covid 19 Showcase 25 Tahun Umbrella Dibatalkan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 436 hits
Hasrat kumpulan Umbrella untuk meraikan sambutan ulangtahun penubuhan mereka terpaksa dibatalkan gara gara covid 19 Sehubungan itu Showcase 25 tahun penubuhan kumpulan itu yang telah dirancang terpaksa dilupakan demi keselamatan peminat mer...
Kes Covid Tinggi Tidak Mungkin Pru Tahun 2020

Kes Covid Tinggi Tidak Mungkin Pru Tahun 2020

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 360 hits
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan dalam masa terdekat biarpun PM Muhyiddin Yassin berjanji akan melaksanakannya jika Perikatan Nasional menang di Sabah Katanya ke...
Lelaki Pr 64 Tahun Korban Ke 28 S 039 Pura Angkara Komplikasi Jangkitan Covid 19

Lelaki Pr 64 Tahun Korban Ke 28 S 039 Pura Angkara Komplikasi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 253 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang Penduduk Tetap Singapura yang berusia 64 tahun menjadi individu ke 28 yang tewas kepada komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan COVID 19 kematian pertama di negara ini yan
Warga Emas 63 Tahun Positif Covid 19 Maut Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I

Warga Emas 63 Tahun Positif Covid 19 Maut Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 279 hits
Seorang pesakit wanita yang disahkan positif Covid 19 maut selepas terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I malam tadi Lapor kejadian itu berlaku pada jam 9 15 malam Rabu di mana wanita berusia 63 tahun itu dikatakan te...
Wisma Makara Ui Batal Jadi Lokasi Isolasi Otg Covid 19

Wisma Makara Ui Batal Jadi Lokasi Isolasi Otg Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 226 hits
Dari aspek bisnis pemerintahan sementara kontrak tidak kunjung tiba terang dia
Pakar Jangka Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Pakar Jangka Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 255 hits
Sejak diserang dengan wabak COVID 19 awal tahun ini Malaysia telah menghadapi gelombang pertama dan kedua Kali ini gelombang ketiga pula yang menjengah negara Untuk rekod sejak COVID 19 mula memasuki negara Malaysia telah mencatatkan lebih ...
Malaysia Bakal Terima Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Sepenuhnya Akhir Tahun Ini

Malaysia Bakal Terima Vaksin Covid 19 Dijangka Siap Sepenuhnya Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 331 hits
Kuala Lumpur Sebagai sebuah negara yang paling ke hadapan dalam penghasilan vaksin COVID 19 China juga akan bekerjasama dengan Malaysia Malaysia dapat keutamaan terima vaksin Covid 19 PM Malaysia menjadi negara mendapat keutamaan menerima v...
Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 736 hits
The Bank Islam employee from the Lahad Datu branch is now being treated at a government hospital PETALING JAYA Bank Islam Malaysia Berhad has temporarily closed its Lahad Datu branch in Sabah including its self service terminals from today ...
Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh Dari Covid 19

Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 270 hits
Nenek Berusia 100 Tahun Ini Berhasil Sembuh dari Covid 19 Hingga saat ini lebih dari satu juta orang di seluruh dunia telah meninggal akibat virus corona dengan orang lanjut usia yang paling berisiko Namun Thein Khin yang usianya menginjak ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida