Umat Islam Otak Dijajah Ada 2 Pendekatan Presiden Pas



Ketegasan berjenama Islam

SELEPAS hilangnya pengaruh Islam dalam arena politik antarabangsa apabila tiada negara yang mendaulatkan Islam setelah dijajah tanah airnya dan tiada negara Islam berkuasa besar memayunginya, menyebabkan Islam dikepung di segenap penjuru, termasuk oleh umat Islam sendiri yang jahil dan terjajah pemikirannya, sehingga ada yang menghilangkan jenama Islam, khususnya di negara komunis atau negara sekular keras sehingga disusahkan beribadat seperti Turki dan Tunisia.Namun, ada yang sangat sebati dengan ajaran Islam tidak menyerah kalah, sehingga tiada membezakan bangsa bersama Islam, seperti di Tanah Melayu yang menetapkan perkataan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, serta perkataan agama itu Islam, bukan Islam itu bukan agama. Begitu juga di Yaman, Sudan, Algeria dan Afghanistan yang fanatik mazhab sehingga mazhabnya sahaja Islam.Terdapat juga kalangan yang sangat terpengaruh dengan Barat dan teorinya dalam pendidikan, tetapi masih tetap beragama Islam, sehingga menganut ideologi komunis yang asasnya tidak percayakan Tuhan dan semua agama, tetapi masih bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji, kerana fahamannya bahawa Islam tiada kaitan dengan urusan dunia, seperti politik, ekonomi dan lain-lain.Bahkan ada yang memberi jenama Islam kepada ideologi Barat seperti Islam Liberal, Sosialime Islam, Nasionalisme Islam, Komunisme Islam dan seumpamanya, laksana Islam anak yatim yang dijadikan anak angkat kepada sesiapa yang kuat dan berpengaruh, sehinggalah Islam yang cantik dirobek oleh kera yang mengoyakkan bunga kerana tidak mengenali kecantikan bunga itu.Keadaan tersebut mempengaruhi kebangkitan semula Islam sehingga ditubuhkan parti Islam yang melangsungkan semula perjuangan Islam di tanah air masing-masing.Ada yang terpaksa menghadapi undang-undang negara yang mengharamkan perkataan Islam kepada parti politik pada zaman diwujudkan Islamofobia yang menakutkan sehingga kini, seperti di Tunisia dan Turki. Maka dicarilah perkataan yang munasabah dengan mana-mana konsep yang ada dalam ajaran Islam, seperti perkataan kebajikan, keadilan dan lain-lain kerana keadaan yang memaksakan dengan izin Allah:﴿مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٦﴾“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar”. (Surah An-Nahl: 106)Berpandukan firman Allah ini, para ulama’ membahagikan dua pendekatan, iaitu; 

Pertama, ‘azimah adalah pendekatan tegas menyatakan Islam secara terbuka dan bersedia menghadapi segala kemungkinan sehingga mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir. Kedua, rukhsah adalah kemudahan yang diizinkan tanpa rela hati.‘Azimah adalah lebih afdhal dan wajib kepada para Rasul dan ulama’ yang mewarisi ajarannya, supaya Islam tidak disembunyikan sehingga lenyap dan padam cahayanya.Adapun asas penting kepada perjuangan Islam adalah menyatakan Islam secara terbuka. Inilah pendekatan yang diwajibkan kepada para Rasul A.S. termasuk Rasulullah S.A.W. dan kumpulan Islam selepas kewafatannya, bagi membezakan Islam dengan yang lain, secara nyata dan terbuka.Fiirman Allah:﴿وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ٣٣﴾“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (Islam) dan dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri kepada Allah (menganut dan menegakkan Islam)”. (Surah Fussilat: 33)Ayat ini menerangkan tentang pujian Allah kepada mereka yang berdakwah kepada Islam dan menegakkannya, memulakan diri sendiri beramal dengan ajaran Islam dalam perkara yang boleh dilaksanakan, berusaha meneruskan cita-citanya dalam perkara yang belum ada kemampuan dan menghadapi halangan, serta ketegasan mengisytiharkan dirinya adalah Islam.Maka pendekatan kumpulan yang mengambil langkah tidak menyebut Islam adalah pendekatan orang-orang yang sangat lemah dan hanya diizinkan kepada mereka yang lemah iman serta tidak layak menjadi peserta barisan hadapan perjuangan Islam yang menjadi fardu kifayah, iaitu sebahagian kumpulan daripada umat Islam yang dipilih Allah sepertimana dinyatakan dalam firman-Nya:﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang berjaya”. (Surah Aali ‘Imraan: 104)Penegasan tersebut ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. apabila bapa saudaranya, Abu Thalib memberitahu cadangan para pemimpin musyrikin Makkah:يا عم، والله لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه، ما تركته. (سيرة ابن هشام)“Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) Islam ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati kerananya, nescaya aku tidak akan meninggalkannya”.Dalam kisah yang terkenal di dalam Al-Quran juga, Allah memuliakan para pemuda yang menyelamatkan imannya, lalu ditidurkan di dalam gua:﴿نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى١٣ وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهٗاۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذٗا شَطَطًا١٤﴾“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami menambahkan untuk mereka petunjuk. (13); Dan Kami teguhkan hati mereka pada waktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”. (14) (Surah Al-Kahfi: 13-14)Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. dan pengikutnya supaya menegaskan kepada ahli Kitab:﴿قُلۡ يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ كَلِمَةٖ سَوَآءِۢ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡ‍ٔٗا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ٦٤﴾“Katakanlah: “Hai ahli Kitab! Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tiada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita menyembah kecuali Allah dan tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian daripada kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang Islam (berserah diri kepada Allah)”. (Surah Aali ‘Imraan: 64)Perkataan yang menegaskan prinsip Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah, berbeza dengan teori teokrasi dan ‘Kingdom of God’ apabila para paderi dan pendeta boleh meminda hukum Allah atau mencipta hukum yang berlainan daripada kitab suci, seperti menghalalkan arak dan daging khinzir yang diharamkan oleh kitab suci yang asal bagi mereka.Apa yang menjadi masalah adalah wujudnya kumpulan yang bebal berkenaan politik Islam, Fiqh Dakwah dan Fiqh Jihad. Ada yang melampau keras merosakkan imej Islam yang indah di atas nama berjihad, sehingga melampau membunuh sesiapa sahaja dan meletupkan apa sahaja termasuk gereja, masjid dan pasar yang diharamkan oleh Islam.Ada pula yang lembut dan hanyut menghancurkan syariat Islam dengan slogan Rahmatan Lil ‘Aalamin, sehingga mengasihi penjenayah lebih daripada mangsa dan mempertahankan hak binatang lebih daripada hak asasi manusia.Allah berfirman:﴿فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ١١٣﴾“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar (beristiqamah), sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat termasuk kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112); Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. (Surah Hud: 112-113)ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 15 Rabi’ul Akhir 1441 / 12 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 12/12/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai pemimpin umat Islam yang 'otaknya dijajah' di seluruh dunia, di depan kita hanya ada dua pendekatan dalam menghadapi penjajah musuh-musuh Allah..Pertama, ‘azimah adalah pendekatan tegas menyatakan Islam secara terbuka dan bersedia menghadapi segala kemungkinan sehingga mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir. Kedua, rukhsah adalah kemudahan yang diizinkan tanpa rela hati.Kamu pilih yang mana? Termasuk kepada pemimpin umat Islam yang ada di Malaysia ini...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/umat-islam-otak-dijajah-ada-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Tamadun Materialistik Bukan Punca Kejayaan Umat Islam Terdahulu

Bukti Tamadun Materialistik Bukan Punca Kejayaan Umat Islam Terdahulu

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 390 hits
Ibnu Khaldun dalam salah satu kajian ketamadunannya mengatakan bahawa bangsa yang lemah akan mencontohi bangsa yang kuat Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Amr bin Luhay yang membawa sang Hubal kerana takjubnya dan berh...
Ingatan Buat Umat Islam

Ingatan Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 453 hits
Antara peristiwa besar berlaku pada bulan Ramadan adalah Perang Badar pada tahun kedua Hijrah Perang Badar tercetus ketika Nabi Muhammad SAW belum mempunyai persiapan berikutan Baginda baru masuk dan bertapak di Madinah Imam Ibnu Hisham di ...
Dialog Antara Agama Presiden Pas Julian Leow Beng Kim

Dialog Antara Agama Presiden Pas Julian Leow Beng Kim

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 419 hits
Bertukar cenderahati Presiden PAS menghadiahkan buku tulisan beliau Bicara ini demi Perpaduan kepada peserta penganut Kristian KUALA LUMPUR Budaya berdialog tentang keagamaan khususnya melibatkan wakil agama yang diamalkan di negara ini tel...
Presiden Pas Bersama Delegasi Pas Hadir Perhimpunan Agung Umno

Presiden Pas Bersama Delegasi Pas Hadir Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 328 hits
Saya bersama delegasi PAS menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini dalam suasana penuh ukhuwwah dan mahabbah Terima kasih diucapkan kepada YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan kepimpinannya atas je...
Kl Summit Presiden Pas Sambut Baik Inisiatif Malaysia

Kl Summit Presiden Pas Sambut Baik Inisiatif Malaysia

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 274 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyahut inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah untuk membincangkan isu isu yang menghimpit umat Islam di serantau dunia Katanya Malaysia sesuai sebagai tuan rumah kerana ...
Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 393 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang BANYAK kesilapan tafsira...
Quran Dibakar Masjid Ditutup Ulama Dibunuh Namun Umat Islam Semua Berdiam Diri Mesut Ozil

Quran Dibakar Masjid Ditutup Ulama Dibunuh Namun Umat Islam Semua Berdiam Diri Mesut Ozil

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 657 hits
Bintang Arsenal Mesut zil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan China Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertajuk East Turkistan Bleeding Wound of Islamic Ummah yang ...
Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 324 hits
KENYATAAN MEDIAISU TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF DARIPADA PRESIDEN PARTIKEADILAN memandang serius kenyataan segelintir pemimpin KEADILAN yang mendesak agar Datuk Seri Anwar bin Ibrahim memohon maaf di atas keputusan pemecatan dua anggota parti S...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online