Umat Islam Dulu Hebat Kerana Dahaga Ilmu Kata Pm


Foto oleh The Star
KUALA LUMPUR — Bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan muzium itu memberi peringatan mengenai tamadun Islam dan pencapaian ummah serta bagaimana mereka boleh tergelincir ke jurang kejatuhan.

Menurut beliau, penubuhan muzium itu bukan semata-mata bertujuan untuk mengagung-agungkan kegemilangan Islam pada zaman lampau atau memandang rendah terhadap tamadun lain.

Sebaliknya, kata beliau, pameran yang diadakan di muzium itu juga perlu menjadi peringatan  tentang bagaimana Islam berjaya mencapai ke puncak kegemilangannya dan menjadi fenomena global, manakala pada zaman itu juga, ilmu dan sains Islam berjaya menerangi kegelapan yang menyelubungi dunia barat.

Loading...
“Pameran-pameran ini juga sepatutnya memberi kesedaran kepada kita mengenai bagaimana umat Islam telah menyimpang dan tergelincir daripada landasan apabila mereka mengasingkan diri ke dalam kepompong atas nama Islam.
“Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian terhadap karya dan artifak yang menunjukkan bahawa kepentingan duniawi dan sikap dahagakan semua jenis ilmu dan sains telah menjadikan Islam dan umatnya begitu hebat suatu ketika dulu,” kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 IAMM dan ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Albukhary di muzium itu di sini semalam.

Dr Mahathir mengaku beliau mempunyai ikatan peribadi dengan muzium itu kerana beliau  mengikuti pembangunannya dengan begitu teliti – sejak hari upacara pecah tanahnya pada 1997, hinggalah kepada majlis perasmian pembukaannya pada 1998.

Beliau berkata pihak pengurusan muzium itu terbukti bijak dalam mengenal pasti sumbangan penting para cendekiawan, ahli pertukangan dan penyumbang Islam serta sikap inovasi mereka dalam mempersembahkan karya dan artifak hingga berjaya menarik minat pengunjung tempatan dan asing.

“Sesungguhnya, Muzium Kesenian Islam Malaysia telah mengukir namanya sebaris dengan muzium dan galeri Islam lain yang terkenal dan ditubuhkan lebih dahulu di seluruh dunia hingga menjadi hub pendidikan bagi penyelidik serta tempat tumpuan peminat dan penggiat seni,,” katanya.

Beliau berkata muzium itu juga banyak berkongsi dengan dunia keindahan seni dan budaya Islam, menyerlahkan wawasan  tentang bagaimana Islam tersebar, falsafah serta sumbangannya dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, matematik serta sumbangan lain terhadap dunia intelek global.

“Ringkasnya, muzium ini berjaya menampilkan Islam sebagai ‘ad-deen’, suatu cara hidup dan apa yang menjadikannya mampu tersebar dan dianuti warga dunia daripada pelbagai latar belakang,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk menyokong segala usaha dilakukan muzium  tempatan, termasuk IAMM.

“Saya sedar tentang kesulitan yang dihadapi kurator untuk mendapatkan bahan pameran, terutama apabila ia melibatkan negara lain serta pihak berkuasa asing. Di mana mungkin, kerajaan bersedia untuk membantu,” katanya.

Pada majlis semalam, Dr Mahathir juga merasmikan Perpustakaan Cendekiawan Yayasan Albukhary di muzium itu, yang mempunyai koleksi lebih 20,000 naskhah buku dan jurnal dari seluruh dunia.

Dihasilkan dalam pelbagai bahasa dan meliputi beraneka disiplin, naskhah berkenaan meliputi  bidang kesenian dan seni bina Islam, sejarah, agama, bibliografi, sains perpustakaan, bahasa dan kesusasteraaan, yang turut memberi penekanan terhadap bidang falsafah, sains, perubatan, sosiologi, antropologi, ketenteraan serta sains dan teknologi.

Kemudahan baharu itu juga mempunyai bahagian khas yang menempatkan penerbitan nadir dan edisi terhad, termasuk buku yang dicetak pada awal abad ke-17.

“Saya juga dimaklumkan bahawa ia merupakan perpustakaan muzium terbesar dan paling komprehensif di Asia Tenggara, dengan misi utamanya untuk menyokong aktiviti kajian dan penyelidikan tentang koleksi yang terdapat di muzium ini,” kata beliau. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/umat-islam-dulu-hebat-kerana-dahaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 430 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan melihat projek projek yang dilaksana semasa zaman pentadbirannya tetap diteruskan meskipun sebelumnya didakwa projek tersebut seolah olah menjual negara Mengambil contoh projek pelabuh...
Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

Himpunan Ummah Bawa Pengertian Besar Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 473 hits
Published on December 4 2018 in by TASEK GELUGOR Himpunan Ummah pada Sabtu ini perlu terus diadakan bagi menandakan tanda syukur kerana nasib Islam dan Melayu terutama masih terbela di Malaysia Naib Ketua Pemuda Umno Tasek Gelugor Muhammad ...
Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

Kemat Ian Wanita Yang Terkenal Dengan Sikap Suka Bersedekah Ini Semestinya Akan Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 513 hits
aajal maaut seseorang semuanya di tangan Allah Dia yang menentukan masa dan tempat di mana kita akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya Namun kemaatian yang diimpikan seorang muslim sudah pastinya di tempat suci seperti Mekah ...
Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 481 hits
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titahnya mengklasifikasikan bangsa Melayu pada ketika ini semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Foto Bernama MELAKA Timbalan Yang Di Pertuan Ag...
Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 403 hits
December 7 2018Khutbah Jumaat meminta umat Islam tetap setia kepada raja selagi tidak melanggar syariah SHAH ALAM Khutbah Jumaat di Selangor hari ini mengingatkan umat Islam tentang status Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan men...
Ustaz Ebit Liew Sebak Lihat Himpunan Sejuta Umat Islam

Ustaz Ebit Liew Sebak Lihat Himpunan Sejuta Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 768 hits
Sebak tengok himpunan sejuta orang ini dipenuhi dengan kasih sayang solat berjemaah dan menyampaikan kebenaran Allah yang Maha Baik dan Maha Kaya Semoga kita orang Islam akan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan iman dan kasih sayang berg...
Subhanallah Kematian Mak Lang Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

Subhanallah Kematian Mak Lang Dicemburui Umat Islam Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 692 hits
Jenazah Siti Faridah dikebumikan di Perkuburan Baki Kota Madinah SUNGAI PETANI Kematian jemaah umrah Siti Faridah Ahmad 64 dari Kota Kuala Muda Kedah dicemburui umat Islam seluruh dunia yang dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan menuju ke ...
100 000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta Rileksmedia

100 000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 504 hits
JAKARTA Kira kira 100 000 ribu orang Islam menyertai perhimpunan di sekitar Monumen Nasional di Jakarta semalam membayangkan peningkatan pengaruh kumpulan Islam menjelang pilihan raya Presiden Indonesia pada tahun depan Perhimpunan itu juga...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked