Umat Islam Dilarang Sertai Aplikasi Sugarbook


Oleh SamadiAhmad DR Luqman Abdullah PUTRAJAYA: Umat Islam diingatkan untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan adalah jelas dilarang mengikut hukum syarak.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk tampil memberikan nasihat serta panduan hukum syarak kepada masyarakat umum, khususnya umat Islam di negara ini berkenaan isu aplikasi Sugarbook yang tular ketika ini.
Beliau berkata, larangan itu berdasarkan kepada dalil-dalil seperti yang terdapat dalam firman Allah dalam surah al-Isra' ayat ke-32 yang bermaksud; 'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)'.
Katanya, Rasulullah SAW juga menjelaskan dengan lebih mendalam berkenaan perbuatan menghampiri zina menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukari dan Muslim yang bermaksud; 'Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya'.
"Sejajar dengan itu, larangan ke atas umat Islam daripada menyertai aplikasi Sugarbook ataupun mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengannya adalah selaras dengan prinsip Sadd al-Dzara'i iaitu penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram di sisi Islam," katanya melalui satu kenyataan media di sini, hari ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan sebelum ini mendakwa aplikasi itu disertai seramai 14,000 pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby.
Bilangannya semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup pelajar universiti sejak kemunculan pandemik COVID-19 dan pada Januari 2021, bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby meningkat sebanyak 40 peratus.
Luqman berkata, aktiviti itu juga jelas bercanggah dengan norma masyarakat negara ini yang sentiasa memelihara tatasusila serta kesopanan dalam aspek pergaulan antara lelaki dengan wanita.
Katanya, pihaknya ingin menasihatkan kepada 'Sugar Daddy' dan 'Sugar Baby' serta mana-mana umat Islam yang terbabit dengan aktiviti ini agar segera bertaubat kepada Allah SWT dan berazam untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermoral ini.
"Ketika mengharungi musibah COVID-19 ini janganlah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kemungkaran, sebaliknya marilah kita bermuhasabah dan menginsafi serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh.
"Yakinlah bahawa rezeki yang dikurniakan Allah SWT itu amat luas dan janganlah sesekali berputus asa untuk mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup serta jauhilah daripada perkara haram, nescaya akan bertambah keberkatan dalam hidup," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan akibat buruk kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah zina antaranya dianggap sebagai dosa paling besar selepas syirik kepada Allah dan membunuh, dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/umat-islam-dilarang-sertai-aplikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesa Kerajaan Haramkan Aplikasi Sugarbook Bimbang Pelajar Islam Terjebak

Gesa Kerajaan Haramkan Aplikasi Sugarbook Bimbang Pelajar Islam Terjebak

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 206 hits
KPT perlu pandang serius babitkan moral generasi berpendidikan PENDEDAHAN mengenai pembabitan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia ke kancah hubungan sosial sugar baby sugar daddy menggambarkan budaya hidup Barat sedang cuba mengu...
Perlu Sekat Aplikasi Sugarbook

Perlu Sekat Aplikasi Sugarbook

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 296 hits
Kerajaan akan kenakan tindakan lebih tegas terhadap mereka yang terbabit KOTA BHARU Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dalam kegiatan haram sugar daddy kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary Timbalan Menteri d...
Thenoor Aplikasi Islam Percuma Dari Neelofa Jom Donwload

Thenoor Aplikasi Islam Percuma Dari Neelofa Jom Donwload

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 293 hits
TheNoor Aplikasi Islam PERCUMA Dari Neelofa Jom Donwload Aplikasi terbaik abad ini The merupakan aplikasi islamik yang dilancarkan oleh Neelofa Paparannya menarik warnanya menenangkan fungsinya simple namun memuaskan Puas hati Antara featur...
Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 242 hits
BANK Islam Malaysia Bhd menyasarkan untuk meraih sehingga 500 000 pelanggan baharu menerusi pelantikannya sebagai bank rasmi untuk aplikasi TheNoor TheNoor ialah aplikasi gaya hidup Muslim yang dibangunkan oleh Noor Luminous Sdn Bhd dan tur...
Semalam Kononnya Tutup Aplikasi Sugarbook Hari Ini Umum Buka Kedai Ekor

Semalam Kononnya Tutup Aplikasi Sugarbook Hari Ini Umum Buka Kedai Ekor

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 213 hits
February 16 2021 SEMALAM KONONNYA TUTUP WEB SUGARB K HARI INI UMUM BUKA KEDAI JUDI Hari ini 16hb Febuari Belum habis Tempoh PKP yang dijangka tamat 18 Febuari Semua Kedai Judi Toto Magnum gembira mengumumkan Pembukaan Itulah hebatnya Keraja...
5422 Mosti Ppim Bincang Isu Berkaitan Umat Islam Dan Vaksin Covid 19 Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim 18 02 2021

5422 Mosti Ppim Bincang Isu Berkaitan Umat Islam Dan Vaksin Covid 19 Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim 18 02 2021

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 337 hits
Tengahari tadi saya berkunjung ke PPIM Kuala Lumpur bertemu pemimpin pemimpin PPIM untuk membincangkan isu isu berkaitan ummat Islam termasuk Vaksin Covid 19 Sugarbook dan daging halal Antara yang hadir yang sempat saya kenali adalah Ketua ...
Soal Duit Ratusan Triliun Ma Ruf Harusnya Umat Islam Terima Kasih Ke Jokowi

Soal Duit Ratusan Triliun Ma Ruf Harusnya Umat Islam Terima Kasih Ke Jokowi

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 191 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin mengungkapkan bahwa seharusnya umat Islam berterima kasih kepada sosok Presiden Joko Widodo alis Jokowi Hal itu lantaran kata Maruf Presiden Jokowi telah memberikan fasilitas untuk umat Islam di tanah air agar mem...
Ustazah Tegur Ayda Jebat Muzik Video Memalukan Umat Islam

Ustazah Tegur Ayda Jebat Muzik Video Memalukan Umat Islam

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 208 hits
Ustazah Asma Harun KUALA LUMPUR Muzik video terbaharu Ayda Jebat berjudul Parah Parah menjadi trending di Youtube mendapat lebih satu juta tontonan tidak sampai dua hari Namun video klip yang memaparkan sekumpulan wanita menari mengikut ren...
Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 212 hits
Terdesak kewangan sekalipun jangan sehingga perjudi harga diri BANGI Sudah tiba masa semua pihak memikirkan solusi terbaik bagi mencantas segala platform yang boleh merosakkan anak anak bangsa Demikian saranan Aktivis Kelab Mahasiswa BERJAS...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco