Umat Islam Chechen Sketsa Pilu Di Warsaw Dr Ridwan Mohamad Nor




POSTUR tubuh mereka tegap dengan alis mata yang tebal, rata-rata mereka berkulit putih kemerahan namun dalam rangka tubuh etnik ini menyimpan salju kedukaan yang pilu. Sebagaimana nasib Muslim Uyghur yang dibantai oleh pihak rejim China, begitulah nasib bangsa ini yang pernah merakam sejarah sebagai satu bangsa yang hebat. Penulis kali ini dalam kesempatan kedua menyantuni mangsa peperangan dan pengusiran beruang merah Russia di Poland.Salju seperti kapas-kapas putih yang sedang runtuh daripada langit saat kami usai solat berjemaah di Blue Mosque yang berada di pinggir bandar Warsaw, Poland. Hari pertama tiba di bandar yang merakam sejarah pertempuran hebat dalam Perang Dunia kedua dan pernah ditawan oleh tentera Jerman itu. Warsaw juga menampung 25,000 etnik Chechen yang terusir, di samping komuniti Islam yang terdiri daripada bangsa Turki dan juga daripada Asia Selatan. Semenjak berlakunya krisis Syria tujuh tahun lepas, negara itu juga menampung segelintir pelarian Syria yang mencuba nasib di tanah Eropah sehingga kewujudan Islamic Center menjadi salah satu keperluan.Suhu dingin menggigit tulang temulang sehingga mencecah minus dua darjah celcius, anggota misi Muslim Care Malaysia yang sebahagian besar akan meneruskan misi nembantu pelarian Syria di sempadan Turki, tapi perasaan ingin membantu teman-teman seakidah menyebabkan kami terlupa sebentar rasa sejuk menciut itu. Poland bukanlah negara yang bersahabat dengan Islam, fenomena Islamphobia masih merajai negara bekas komunis dan juga negara pertama disergap Perang Dunia Kedua sehingga Kota Warsaw musnah 80 peratus dibaham ledakan skala besar pihak Nazi Jerman. Poland juga antara sketsa berdarah "holocaust" yang dilakukan oleh Adolf Hitler dan bala tenteranya kerana kelompok Yahudi yang masih berbaki di negara yang bersempadan dengan Rusia itu.Saki baki etnik Yahudi di Poland hari ini juga terkenal sebagai kelompok tegar pembenci Islam termasuk tanpa berselindung menunjukkan rasa jengkel mereka terhadap pelarian Islam dari bumi Chenchen, Rusia. Masjid Biru (Blue Mosque) juga pernah diprovokasi jemaahnya sewaktu solat Jumaat diadakan, pembenci Islam berdemo kononnya membantah kehadiran migran beragama Islam serta mahukan kerajaan Poland tegas menyekat aktiviti-aktiviti Islam. Di kawasan premis Masjid Biru Warsaw juga terletaknya restoran halal dan juga menjual barang keperluan ummat Islam. Uniknya di negara Eropah Tengah ini ialah umat Islam terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka disatukan dengan kalimah syahadah.Muslim Care santuni pelarian Chechen semenjak 2014Kisah pilu muslim Chechen agak tersorok jika dibandingkan dengan kisah derita umat Islam di Palestin, Syria, Yaman, Rohingya, Uyghur dan lain- lain peta luka ummat Islam. Ini besar kemungkinan kerana pertempuran dan pengusiran ini berlaku dalam dekad 1990-an dahulu, jarak masa yang panjang sedikit sebanyak mengikis kepedulian ummah kepada Chechen.Berbeza dengan peta luka umat Islam yang lain, maklumat dan bantuan lebih cepat sampai dan digerakkan oleh NGO-NGO kemanusiaan dari Malaysia, sifat pemurah rakyat Malaysia dan keprihatinan jaringan sivil negara ini antara terbaik di dunia muslim. Derita umat Islam Chechen sangat jarang sampai ke telinga rakyat negara ini, penulis teringatkan sekitar pertengahan tahun 1990-an, beberapa kali demonstrasi membantah kezaliman rejim Russia diadakan. Segelintir pelajar-pelajar dari bumi Grozny dibawa belajar di Universiti Islam Antarabangsa ketika perang semakin memburuk di Chechen. Gerakan perlawanan dan jihad di Chechen juga kurang mendapat liputan media negara ini, berbanding dengan sorotan berita gerakan jihad di Afghanistan, Palestin, Syria dan Bosnia.Rejim Soviet dengan segala kelengkapan perang telah menyerang Grozny dan membunuh serta melakukan pelbagai bentuk kezaliman terhadap umat Islam Chechen. Ribuan terkorban, ribuan muslimah dirogol dan kampung-kampung muslim dikosongkan rejim komunis. Kesannya ramai yang cuba untuk berhijrah keluar negara, termasuk ke Poland yang berjiran dengan Russia. Di pinggir bandar Warsaw, pelarian muslim ini berada di khemah pelarian tertutup di mana mereka tidak dibenarkan untuk menerima tetamu luar serta disekat akses dengan pihak lain. Lebih menyayat hati, makanan haram seperti babi menjadi sumber protein mereka dengan alasan murah dan menjimatkan pihak pengurusan kem.Pada tahun 2014, Muslim Care Malaysia yang mendapat maklumat tentang keberadaan pelarian Chechen di Poland melalui Persatuan Pelajar, rakyat Malaysia di Poland dan juga mendapat kerjasama yang baik daripada pejabat Mufti Poland akhirnya menggerakkan kempen bantuan musim sejuk. Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga turut bekerjasama mengadakan kempen membantu pelarian serta merangka bentuk bantuan jangka pendek. Di tanah air kita , selain Muslim Care menggerakkan kempen melalui siber, para pendakwah selebriti seperti Ustaz Ahmad Dasuki Rani, Ustaz Halim Din turut membantu mendapatkan dana kempen. Sebanyak RM100,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada pelarian Chechen dalam kempen misi musim sejuk 2014.Rombongan Muslim Care akhirnya tiba di Poland setiap tahun untuk pelbagai aktiviti termasuk aktiviti korban, latihan kesukarelawanan mahasiswa, khidmat masyarakat pada pelarian Chechen serta memastikan Islamic Centre diimarahkan dengan baik. Antara mahasiswa kampus yang pernah mengadakan aktiviti di sini ialah daripada USIM, juga pelajar-pelajar kampus Eropah yang berasal dari Malaysia berprogram.Muslim Care Malaysia telah mengambil langkah membantu jangka panjang muslim tertindas ini dengan mengusahakan pembelian sebuah bangunan untuk dijadikan Pusat dakwah dan kebajikan merangkap masjid yang akan menampung pelbagai aktiviti umat Islam. Mulai tahun 2015 pimpinan Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan telah membentuk panitia pengumpulan derma dan wakaf bangunan sehinggalah sebuah bangunan berharga dua juta ringgit Malaysia berjaya dibeli. Kini telah dua tahun Islamic Centre itu telah beroperasi termasuk diadakan solat Jumaat, diadakan kelas al-Quran dan aktiviti keagamaan yang lain. Kehadiran anggota misi kami pada kali ini juga disertai oleh wakil kerajaan Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Hajah Zarani Osman telah mengunjungi khemah pelarian untuk menyampaikan bantuan, mengadakan jamuan makan di Islamic Centre, mengadakan mesyuarat untuk mengukuhkan kolaborasi dengan masyarakat tempatan. – HARAKAHDAILY 27/12/2018Penulis ialah aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dan Exco Muslim Care Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/umat-islam-chechen-sketsa-pilu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasdem Ajak Umat Islam Teladani Akhlak Rasul

Nasdem Ajak Umat Islam Teladani Akhlak Rasul

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 233 hits
Ketua DPP NasDem Bidang Agama dan Masyarakat Adat Hasan Aminuddin menyampaikan peringatan maulid kali ini diharapkan dapat menjadi momentum untuk kembali meneladani akhlak Rasulullah SAW
Kabinet Ph Sahkan Bnm Lge Menyelia Menjual Aset Th Umat Islam Diam

Kabinet Ph Sahkan Bnm Lge Menyelia Menjual Aset Th Umat Islam Diam

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan bahawa Bank Negara Malaysia akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh Beliau be...
Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 368 hits
Ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam Pemuda PAS tegah umat Islam sambut KrismasKetua Pemuda PAS yang juga ADUN Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut Hari Krismas esok k...
Hal Yang Menyebabkan Umat Islam Muflis Pada Hari Akhir4t Rileks Media

Hal Yang Menyebabkan Umat Islam Muflis Pada Hari Akhir4t Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 366 hits
Seperti roda yang berpusing manusia tidak akan pernah tahu tentang nasib yang bakal menimpa mereka Mungkin hari ini kita berada di atas dan mungkin esok di bawah Sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini ketahuilah setiap apa yang berlak...
Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 432 hits
tibalah saat kalian harus kembali dan bertaubat kepada Allah Tibalah saatnya kalian meninggalkan segala teriakan kekesalan dalam hidup kalian dan gigihlah Tibalah masanya untuk kalian membangunkan diri kalian lalu melaksanakan solat Subuh b...
Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 364 hits
McDonald s Malaysia di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100 dimiliki oleh umat Islam Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus ...
Umat Islam Dulu Hebat Kerana Dahaga Ilmu Kata Pm

Umat Islam Dulu Hebat Kerana Dahaga Ilmu Kata Pm

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 258 hits
Foto oleh The StarKUALA LUMPUR Bersempena sambutan ulang tahun ke 20 penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan muzium itu memberi peringatan mengenai tamadun Islam dan pencapaian umma...
Tulis Ujaran Kebencian Tentang Umat Islam Akun Facebook Putra Netanyahu Diblokir

Tulis Ujaran Kebencian Tentang Umat Islam Akun Facebook Putra Netanyahu Diblokir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 216 hits
Putra Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Yair Netanyahu mengatakan bahwa Facebook memblokir akunnya selama 24 jam karena menulis ujaran kebencian terhadap umat Islam Atas langkah tersebut Yair pun menyebut jaringan media sosial terke...
Mui Ingatkan Jangan Politisasi Poligami Bisa Lukai Perasaan Umat Islam

Mui Ingatkan Jangan Politisasi Poligami Bisa Lukai Perasaan Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 263 hits
MUI meminta tidak ada politisasi isu SARA khususnya tentang poligami untuk kepentingan politik Waketum MUI Zainut Tauhid mengatakan poligami merupakan fenomena sosial yang tidak bisa dipungkiri bahwa hal itu bersentuhan dengan keyakinan dan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut