Umat Islam Ada Pilihan Tak Makan Daging Import


fazleensafina Masih terlalu awal Jakim buat rombakan besar-besaran KUALA NERUS – Umat Islam mempunyai pilihan sendiri untuk tidak memakan daging import khususnya lembu sekiranya mempunyai keraguan status halal daging tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Sepertimana yang disebut dalam hadis, tinggalkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.
“Sebab itu saya sendiri telah pergi ke dua tempat (kilang menyimpan daging beku) dua hari lepas untuk memastikan daging import yang benar-benar ikut piawaian dan garis panduan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim, yang dilapor menyarankan umat Islam menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.
Dr Zulkifli berkata, ia adalah pandangan dan saranan oleh Zamri sebagai satu ikhtiar atau ‘jalan berhati-hati’ yang boleh dipilih umat Islam, sekiranya mereka mempunyai keraguan terhadap status halal daging import.
Bagaimanapun, katanya, pihak yang berkaitan dengan isu ini termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun memberikan penjelasan yang sebaiknya bagi meredakan keresahan dan keraguan masyarakat Islam.
Timbalan Menteri (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid dalam satu program semalam, berkata, tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal dan masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Dr Zulkifli berkata, masih terlalu awal bagi pihaknya memutuskan untuk melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap Jakim.
“Ini terlalu awal untuk kami katakan apa-apa, saya lebih suka menambah kualiti dan kebaikan…kami akan melihat dengan lebih meluas lagi dari pelbagai aspek.
“Seperti yang saya katakan kita akan kerjasama dengan beberapa pihak dan kemas kini SOP (prosedur operasi standard) Jakim dan beberapa yang terkait dengan cara import daging dan pelaksanaannya. Insya-Allah kita akan tengok dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu Tun Hanif Omar yang dilapor mencadangkan Jakim dirombak secara besar-besaran, bertujuan untuk melantik mereka yang lebih kompeten, berkebolehan dan berintegriti untuk menerajui jabatan itu. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/umat-islam-ada-pilihan-tak-makan-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 307 hits
Berhenti beli produk jenama diragui mula sokong gerakan BMF BANGI Pihak berkuasa diminta mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya yang dijual di pasaran tempatan Saran...
Kerajaan Mesti Wajibkan Hanya Syarikat Milik Islam Diberi Lesen Import Daging Halal

Kerajaan Mesti Wajibkan Hanya Syarikat Milik Islam Diberi Lesen Import Daging Halal

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 324 hits
Sejak terdedahnya berita berkenaan daging import yang dicampur antara lembu yang disembelih dengan tidak disembelih berikutan serbuan terhadap sebuah gudang baru baru ini ramai kini mengharamkan diri mereka daripada memakan daging sebagai h...
Kerajaan Tambah Baik Piawaian Halal Daging Import

Kerajaan Tambah Baik Piawaian Halal Daging Import

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 312 hits
Kerajaan tambah baik piawaian halal daging import Kuala Lumpur Kerajaan akan menambah baik piawaian halal terutamanya membabitkan daging dan produk daging yang diimport kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli
Resipi Mihun Sup Daging Lengkap Sambal Kicap Puas Makan Bila Buat Sendiri

Resipi Mihun Sup Daging Lengkap Sambal Kicap Puas Makan Bila Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 335 hits
Sekarang ni musim hujan sedap juga makan yang berkuah seperti sup Kalau bukan nasi dimakan dengan sup enak juga buat mihun sup daging Stok daging yang dibeli di pasar tani pun masih ada Apa lagi jom lah kita buat MIHUN SUP DAGINGBahan bahan...
Penahanan Bekas Setiausaha Politik Ada Kaitan Dengan Kartel Daging Import

Penahanan Bekas Setiausaha Politik Ada Kaitan Dengan Kartel Daging Import

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 323 hits
BORHAN AHMADBekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan siasatan dan penahanan terhadap bekas Setiausaha Politik beliau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ada kaitan dengan ka...
Daging Import Ramly Burger Halal Dipantau Jakim

Daging Import Ramly Burger Halal Dipantau Jakim

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 478 hits
Oleh Foto ihsan Facebook Ramly Burger Official KUALA LUMPUR Pengeluar makanan proses Ramly Food Prosessing Sdn Bhd mengesahkan tiada pembabitan orang tengah dalam urusan mengimport daging dan bahan mentah Pengarah Urusannya Datuk Dr Ramly M...
Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 276 hits
Astro AwaniAsyraf Wajdi berkata enam cadangan itu wajar diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi memastikan keyakinan terhadap logo Halal Malaysia tidak terjejas ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
5230 Isu Daging Import Ppim Mahu Tubuh Pasukan Petugas Khas Berita Harian 31 12 2020

5230 Isu Daging Import Ppim Mahu Tubuh Pasukan Petugas Khas Berita Harian 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membantu menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyeludupan daging import yang diragui status halal ke negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Tauhu Sumbat Daging Dengan Sambal Kicap Makan Panas Panas Rasanya Cukup Kick

Tauhu Sumbat Daging Dengan Sambal Kicap Makan Panas Panas Rasanya Cukup Kick

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 441 hits
Teringin nak makan tauhu begedil yang penuh dengan inti resipi ini sangat mudah untuk anda cuba Makan pula dengan sambal kicap rasanya cukup kick Ramai yang anggap tauhu sumbat daging ni sama seperti tauhu begedil tetapi sebenarnya tak sama...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua