Umar Khalifah Hebat Part 1



 
 Setiap kali aku nampak nombor telefon strangers, aku berdebar. Aku tau tu Hospital. Aku jadi anxiety. Setiap kali duduk sorang aku akan terngiang-ngiang. 
 "Ni Ibu kepada Umar bin Safaruddin ke?
Ah sudah. Apa lagi kalini. 

Dan semuanya bermula dari sini. 
Kejadian yang bermula 10 Jun 2020, lepas ambil vaksin 2 bulan.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)
 Lepas jab, darah tak berenti, check fungsi hati semua nya abnormal, deranged. Hati adik bengkak. Andorra referred to Serdang. Aku dah macam pesalah, doktor kerumun dan tanya macam-macam. How everything started. Yes everything seems normal since Umar lahir. Cuma Umar ada G6PD deficiency, yang lain all normal and expected that his jaundice will take time to disappear. 2 doktor pakar kanak-kanak aku dah jumpa, they say nothing to worry. 

Yes, until that very day, 10 Jun 2020. 
Aku-- sebenarnya tak suka nak throwback tarikh ni. 7 hari warded di Hospital Serdang betul-betul menduga aku. Hari-hari pukul 5 pagi kena kejut sebab doktor nak ambil darah adik. Siang malam adik kena cucuk. Kat tangan, kat lengan, kat kaki.Kuatnya wahai anak, sekecil ini tubuh kamu diuji. Apakah besarnya darjat mahu dibagi, Allah.. yang paling mengetahui. 


 7 hari yang menduga, 7 hari juga tak putus aku buat solat hajat kat wad. 7 haritu aku stress sebab aku faham all the medical terms yang jadi kat Umar, bila setiap kali doctor round dan cakap sesama sendiri, menambah sesak dada sebab aku dengar dan aku faham. Allah... 
Paling tak sangka tetiba aku pandai biology, padahal masa sekolah biology tak pernah lulus, SPM pun dapat C, tu pun pelik macam mana boleh dapat C LOL.

Dipendekkan cerita..  
 “Puan boleh datang balik ke Hospital untuk ambil darah lagi sekali? Kami suspect anak Puan ada Galactosemia”
Galaktosemia. Apa tu? Ia adalah disebabkan mutasi dalam gen, dan kekurangan enzim. Ia adalah masalah metabolik. Bila ada masalah ni, badan tak boleh hadam lactose (gula). Penyakit yang diwarisi, boleh jadi parents carrier tapi anak akan jadi penghidap. Penyakit rare, kalau betul Umar ada, means aku dan suami keduanya adalah carrier. Sebab kami bukan penghidap. 





25 Jun 2020 kami datang balik ke Hospital Serdang. 2 minggu lepas Umar discharged dari ward. Pagi-pagi dah sampai ambil darah untuk hantar ke makmal sebab nak confirm kan pasal galactosemia. 
 

Lepas ambil darah, jumpa doktor. Doktor cakap, “GALT level Umar rendah. Mungkin ada galactosemia. Kebetulan minggu tu berat badan Umar tak naik. Kuning masih tak hilang, dah almost 3 months. Liver bengkak sikit. Semua ciri-ciri galactosemia.”

“Jadi apa penyelesaiannya doktor?”

Aku dah berdebar. Tak pernah seumur hidup dengar pasal galactosemia.

“Takde ubat. Cuma satu je cara penyelesaian. Tukar susu. Tak boleh langsung breastfeed. Kena minum susu soya. Sebab orang yang ada galactosemia tak boleh minum susu yang ada lactose. Sebab badan mereka kekurangan enzim untuk hadam lactose. So jadi bahaya dan racun pada mereka sebab lactose tu nanti mungkin termendap dalam darah / otak / mata / tempat lain yang kita taktau.”



Dunia aku gelap gelita. Meraung aku kat lantai. Aku peluk  Umar. Aku nangis.

“Susu saya banyak doktor. Takkan anak saya tak boleh minum susu saya?”

Aku peluk  kuat Umar. Sekuatnya. Tidak mengerti dia kenapa kali ni Mummy begitu sedih.

“Sampai bila anak saya tak boleh minum susu saya doktor?”

Doktor pandang aku. Pandang suami. Serba salah mungkin.
 
“Selamanya.”

Allah. Allah. Apa kah ujian kali ni? Berat bagi aku. Lembik. Serasa besar sekali batu menghempap kepala.

Apa salah aku ya Allah. Kenapa mesti aku kali ini diuji seberat ini? 
Lepas keluar bilik doktor, aku rasa macam nak pitam. Hitam kejap dunia. Aku cari info pasal galactosemia, rupanya tu penyakit genetic yang rare. Kalau kat Malaysia, setahun mungkin ada 1-2 kes je. Bila doktor tanya, aku ada galactosemia ke? Husband? Adik beradik? 
Aku cakap takde. In fact, tak pernah dengar pun pasal tu. Allah. 
Keluar dari bilik doktor, dengan air mata bertumpahan. Taktau nak fikir apa dah. Macam mana nanti kalau bengkak susu? Berapa lama aku kena pam susu? Nak buat apa dengan semua stok susu? Macam mana nanti bila Umar nak tidur malam.

Kau faham tak?
Bila susu banyak, tapi anak kau tak boleh breastfeed. Dan anak kau menangis, kau hanya boleh tengok... 
Entah.. Satu apa pun aku tak dapat fikir masa tu..

Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hannamaruku.com/2020/10/umar-khalifah-hebat-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umar Khalifah Hebat Part 2

Umar Khalifah Hebat Part 2

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 72 hits
Lepas doktor cakap yang Umar kena terus tukar susu soya sebab suspect galactosemia aku sebenarnya still in denial On the way nak balik ke rumah aku menangis nangis dalam kereta sambil susukan lagi Umar Bayangkan betapa lah sedih masa nak be...
Dari Pelakon Hebat Ke Plot Unik 5 Sebab Siri Netflix Our Blues Bakal Jadi K Drama Fave Anda

Dari Pelakon Hebat Ke Plot Unik 5 Sebab Siri Netflix Our Blues Bakal Jadi K Drama Fave Anda

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 191 hits
Sekian lama menunggu akhirnya para penonton akan dapat menyaksikan kehebatan drama Our Blues di nanti Ianya merupakan drama omnibus yang membawa kisah manis dan pahit pelbagai watak di kepulauan Jeju Sebelum menonton kami sempat menyertai s...
Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai

Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 161 hits
Bila mereka bertanya Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai yang aku tahu tiga kedai saja Itupun tuk tuk bawa ke sana Di Satun atau Pak Bara lagilah tak ada Disana cuma ada pulau macam Koh Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Lebih...
Dune Part 2 Akan Mula Penggambaran18 Julai Ini Florence Pugh Austin Butler Sah Sertai Barisan Pelakon

Dune Part 2 Akan Mula Penggambaran18 Julai Ini Florence Pugh Austin Butler Sah Sertai Barisan Pelakon

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 94 hits
Menurut laporan SFF Gazette Warner Bros Pictures telah menetapkan tarikh penggambaran Dune Part 2 iaitu pada 18 Julai ini di Budapest Studio itu juga telah mengesahkan bahawa Florence Pugh dan Austin Butler secara rasmi menyertai barisan pe...
Buasir Otak Tv Tak Sabar Nak Buka Puasa Part 2

Buasir Otak Tv Tak Sabar Nak Buka Puasa Part 2

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 184 hits
Setiap kali ada orang tak sabar nak buka puasa bila dengar je azan Maghrib terus nak buka puasa Jom tonton animasi ini
Buasir Otak Tv Palestin Vs Israel Part 34

Buasir Otak Tv Palestin Vs Israel Part 34

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 142 hits
Tentera Israel menghalang orang Palestin beribadah di Masjid Al Aqsa dan telah menyerang mereka sehingga menyebabkan ramai orang cedera dan terbunuh Marilah kita bantu mendoakan kesejahteraan mereka dan memberi sumbangan agar orang Palestin...
Kebakaran Hebat Melanda Gudang Cat Di Duri Kosambi 19 Unit Pemadam Dikerahkan

Kebakaran Hebat Melanda Gudang Cat Di Duri Kosambi 19 Unit Pemadam Dikerahkan

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 95 hits
Dalam upaya pemadaman kebakaran tersebut petugas mengerahkan 19 unit mobil pemadam kebakaran dan 95 personel
Saya Tak Berharap Banyak Lalisa Money Cipta Pelbagai Rekod Hebat Ini Komen Lisa Blackpink

Saya Tak Berharap Banyak Lalisa Money Cipta Pelbagai Rekod Hebat Ini Komen Lisa Blackpink

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 274 hits
Siapa yang sampai sekarang masih dengar lagu solo Lisa BLACKPINK Lalisa atau Money ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu meskipun sudah hampir 6 bulan lagu solo Lisa BLACKPINK dikeluarkan ianya masih kekal mencipta rekod hebat di pelbagai ...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67