Dari Pelakon Hebat Ke Plot Unik 5 Sebab Siri Netflix Our Blues Bakal Jadi K Drama Fave Anda
Sekian lama menunggu, akhirnya para penonton akan dapat menyaksikan kehebatan drama “Our Blues” di Netflix nanti.
Ianya merupakan drama omnibus yang membawa kisah manis dan pahit pelbagai watak di kepulauan Jeju.
Sebelum menonton, kami sempat menyertai sidang media “Our Blues” bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai drama ini. Jom!
Kredit: Netflix
Gandingan omnibus dan Jeju
Menariknya “Our Blues” kerana ia menggabungkan konsep omnibus bersama kecantikan kepulauan Jeju. Malah ia merupakan sesuatu yang mahu dicuba oleh penulis Noh Hee-kyung sejak 10 tahun ini,
Saya penat melihat hanya hero dan heroin. Awak tahu, setiap orang adalah watak utama dalam kehidupan masing-masing tapi kenapa semuanya hanya berputar antara dua orang sahaja di dalam drama? Persoalan itu membawa saya untuk memilih gaya omnibus.
Kredit: Netflix
Ulasnya mengenai pemilihan Jeju pula,
Saya percaya Jeju ialah tempat di mana orang Korea dan sentimen tempatan kekal utuh. Di Jeju, seluruh kejiranan mungkin adalah saudara tak pun sangat rapat antara satu sama lain. Hubungan yang rapat itu adalah sesuatu yang boleh digunakan oleh saya untuk menggambarkan budaya Korea.
Fokus episod berbeza
“Our Blues” ternyata menggunakan konsep penceritaan yang unik dan berbeza dalam dunia K-Drama.
Setiap episod menceritakan kisah berdasarkan pandangan satu atau dua watak utama dengan 14 watak lain turut berada dalam dunia yang sama. Jadi, setiap episod, anda akan dapat menyaksikan sedikit sebanyak kehidupan watak yang menjadi fokus utama dalam episod sebelumnya lantas membantu penonton menjauhkan diri darinya dan memerhatikan watak tersebut dalam cara tersendiri.
Kredit: Netflix
Dari ‘Here’ ke ‘Our Blues’
Kalau anda nak tahu, penghasilan “Our Blues” terjadi kerana naskhah asal “Here” yang terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana penggambaran luar negara yang terganggu akibat situasi COVID-19 yang teruk beberapa tahun ini.
Mengambil pelakon yang sama dari “Here”, penulis Noh Hee-kyung berjaya menggarap sebuah cerita baru dek Lee Byung-hun yang betul-betul mahu kesemua pelakon ini berjumpa dalam drama yang sama.
Kredit: Netflix
Jelas Lee Byung-hun,
Kami berkumpul suatu hari dan diberitahu bahawa ‘Here’ tak dapat diteruskan. Lantas saya berseloroh dan bertanya, ‘Penulis ada karya lain tak?’. Saya hanya bergurau namun penulis Noh Hee-kyung benar-benar mengambil serius pertanyaan itu.
Tambahnya,
Dia mengambil para pelakon ini dan menulis sebuah cerita baru. Saya sangat kagum daripada awal membaca skrip dan sepanjang penggambaran.
Barisan pelakon mantap
Tarikan utama “Our Blues” sudah semestinya barisan pelakon yang menyertai drama ini. Melihatkan kesemua pelakon ternama ini berdiri di tempat yang sama, terasa seperti berada di majlis anugerah berprestij!
Dengan menonton drama ini, anda dapat melihat pelbagai watak dan kehidupan yang berbeza.
Kredit: Netflix
Antaranya ialah Lee Byung-hun sebagai Lee Dong-suk iaitu cinta pertama Min Seon-ah, Shin Min-ah sebagai Min Seon-ah iaitu seorang ibu tunggal yang menyimpan luka mendalam, Cha Seung-won sebagai Choi Han-soo, seorang ayah yang melepaskan keluarga hidup di luar negara, Lee Jung-eun sebagai pemilik kedai ikan yang ceria, Uhm Jung-hwa sebagai Go Mi-ran iaitu wanita bandar kembali ke kampungnya, Han Ji-min sebagai Lee Young-ok iaitu haenyeo (penyelam) baru yang penuh rahsia, Kim Woo-bin sebagai Park Jung-joon iaitu kapten kapal yang baik dan banyak lagi.
Drama comeback Kim Woo-bin
Umum mengetahui bahawa Kim Woo-bin baru sahaja kembali aktif dalam dunia lakonan selepas berehat lama dek sakit kanser sebelum ini. Bahkan “Our Blues” merupakan drama pertamanya selepas 6 tahun.
Kongsi Kim Woo-bin,
Saya berasa sangat gementar. Sudah agak lama, jadi saya sedikit janggal. Saya ada muncul dalam program hiburan dan iklan, namun saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai drama dan menyapa anda semua.
Kredit: Netflix
Mesej harapan
Apabila bertanya mengenai mesej yang mahu ditinggalkan buat penonton “Our Blues”, jawab penulis Noh Hee-kyung,
‘Blues’ adalah lagu di mana orang kesakitan menyanyi untuk menghilangkan rasa sakit. Saya berharap ia menjadi seperti festival. Walau pun ada luka, saya harap ianya menyeronokkan seperti keramaian.
Tambah pengarah Kim Kyu-tae,
Apabila menonton drama ini, anda akan menjumpai ‘awak’ yang mahu menjadi lebih bahagia. Saya berharap drama ini akan menjadi sesuatu yang menyejukkan hati dan menggembirakan.
Kredit: Netflix
Bersedia untuk gembirakan hati bersama “Our Blues”? Jangan lupa saksikan drama hebat ini di Netflix bermula 9 April. Pasti tak menyesal!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dari-pelakon-hebat-ke-plot-unik-5-sebab-siri-netflix-our-blues-bakal-jadi-k-drama-fave-anda/