Ulasan Xiaomi Smart Band 9 Masih Lagi Raja Smart Band Di Pasaran


Buat peminat Smart Band dan alat penjejak kecergasan, pasti tidak asing lagi dengan siri Xiaomi Smart Band. Mana tidaknya, Xiaomilah yang memulakan revolusi alat penjejak kesihatan bajet di pasaran global. Dengan Mi Band 1, boleh dikatakan jenama penjejak kecergasan global terkemuka seperti Garmin dan FitBit mula garu kepala dan terpaksa turunkan harga mereka yang terlalu premium.

Kini, Xiaomi melancarkan entri terbaru dalam siri Smart Band mereka dengan Xiaomi Smart Band 9. Sebagai bekas pengguna Mi Band 1, Mi Band 2 dan Mi Band 3, ketika kali pertama memegang Smart Band 9 ini saya dapat lihat perubahan dan kemajuan teknologi yang ketara pada Smart Band 9. Jika anda masih lagi menggunakan siri lama Mi Band, ini adalah masa yang tepat untuk anda ‘upgrade’.
Kualiti Binaan Rekaan Smart Band 9 tidak berubah daripada generasi terdahulu. Masih lagi menggunakan bentuk bujur dan tali getah.Walau bagaimanapun, ada sedikit penambahbaikan seperti saiz paparan yang lebih besar dan tali pemegang yang lebih kemas dan susah terbuka. Ini adalah penambahbaikan yang sangat bagus kerana lebih memudahkan anda melihat maklumat pada paparan dan memastikan tali jam tidak mudah terbuka terutama sekali ketika anda sedang aktif melakukan aktiviti fizikal.

Penderia pada Smart Band 9 juga lebih baik dan tepat. Menurut Xiaomi, penderia jantung pada Smart Band 9 ini ada gred kesihatan dan mampu memberikan hasil yang lebih tepat berbanding generasi yang sebelumnya. Pengecas 2-pin nya juga masih lagi mengekalkan jenis magnet. Selain daripada penderia optik jantung, ia juga dilengkapi dengan giroskop dan accelerometer untuk mengesan pergerakan. Di skrin hadapan, diletakkan juga penderia cahaya ambien untuk mengesan kecerahan persekitaran. Smart Band 9 tidak memiliki penderia GPS.

Paparan Smart Band 9 sangat cemerlang bagi saya. Dengan 1200 nits kecerahan maksimum, segala info boleh dibaca dengan jelas walau di luar rumah. Skrin AMOLED 1.62 inci bermakna anda juga boleh menggunakan paparan sentiasa nyala (AOD). Ada 3 mod AOD iaitu mati, jadual atau mod pintar di mana ia akan diaktifkan apabila jam dipakai di tangan anda. Setiap AOD adalah unik bergantung kepada setiap jenis muka jam yang anda piilih.

Ciri Tambahan dan Penjejak Kitaran Tidur Xiaomi Smart Band 9 menggunakan aplikasi Mi Fitness. Oleh kerana Smart Band 9 tidak mempuyai GPS terbina dalam, anda perlu menyambung dahulu jam ke telefon sebelum dapat menjejak status aktiviti fizikal anda. Smart Band 9 juga tiada altimeter terbina dalam dan ini menjejaskan pengesanan aktiviti fizikal yang melibatkan ketinggian seperti mendaki bukit. Anda perlu bergantung sepenuhnya kepada penderia pada telefon anda. Smart Banda 9 memiliki mod khas iaitu Mod Larian yang membolehkan ia digunakan bersama aksesori lain untuk dipakai di kasut.

Untuk penjejakan tidur pula, saya dapati Smart Band 9 agak mengecewakan. Data ditunjukkan dengan lengkap pada aplikasi Mi Fitness tapi pada jam, data hanya ditayangkan dalam bentuk peratusan. Saya juga dikatakan mempunyai kualiti tidur Deep Sleep yang lama berbanding dengan data daripada Mi Watch S1 saya. Mungkin Xiaomi boleh membaiki pengesanan kitaran tidur agar lebih tepat melalui kemaskini firmware akan datang. Untuk pengesanan tidur siang, data daripada Smart Band 9 tiada dalam Mi Fitness saya.
Bateri Xiaomi mendakwa bateri Smart Band 9 boleh bertahan sehingga 21 hari. Penggunaan sebenar saya yang menggunakan AOD dan mengaktifkan semua ciri pengesanan tambahan termasuk kadar degupan jantung, stress, dan tidur mampu memberikan kuasa bateri selama 7 hari. Yang mana, sangat-sangat bagus untuk sebuah penjejak kecergasan termurah di pasaran. Pengecasan penuh hanya dalam masa lebih kurang 1 jam.
Kesimpulan Xiaomi Smart Band 9 adalah pilihan mudah buat anda yang masih belum memiliki sebarang jam pintar atau penjejak kesihatan. Ia mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang, sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam menggunakan jam pintar daripada jam tangan konvensional. Saya ingat pengalaman pertama saya menggunakan jam pintar, untuk mendapatkan disiplin dan rutin baru mengecas jam tangan agak kekok dan kerap juga saya pakai jam yang sudah habis bateri. Jadi, degan jangka hayat bateri 21 hari pada Smart Band 9 ini, setidaknya anda ada banyak masa dan ruang untuk mengelakkan kejadian pakai jam habis bateri.
Dengan skrin yang terang dan jelas, ia juga sangat membantu dalam produktiviti. Jam pintar boleh dikatakan sebagai keperluan baru masa kini kerana ia dapat memberikan anda info dengan lebih pantas. Untuk petugas pejabat pula, anda dapat membaca mesej dan lebih cakna dengan panggilan masuk kerana maklumat amaran dapat dipaparkan terus pada jam. Dalam mesyuarat, saya dapat membaca WhatsApp yang masuk tanpa melihat telefon dan ini satu ciri yang susah saya hentikan kerana ia sangat memudahkan.
Bagi saya, Smart Band 9 sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah jam pintar yang berguna dan boleh diharapkan. Ia sempurna sebagai sebuah aksesori gaya hidup terkini dan sangat cocok buat anda yang cakna dengan kesihatan anda. Ia bukan hanya sesuai untuk mereka yang aktif sahaja, malah perlu juga digunakan oleh mereka yang sedentari untuk lebih memupuk gaya hidup yang lebih aktif. Untuk pelari serius, anda mungkin perlu melihat ke arah lain.
1 daripada 10

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ulasan-xiaomi-smart-band-9-masih-lagi-raja-smart-band-di-pasaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 426 hits
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kembali menjadi perbualan hangat di kalangan ahli politik dak rakyat di negara ini Walau pun kedudukan Bahasa Melayu sebagai baha...
Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 118 hits
TAHNIAH HASSAN KARIM 1 December 2024Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim MPP ad...
Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 130 hits
Di sebalik kesediaan banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370 salah satunya adalah Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin Menggunakan bubu mata pancing dan teropong kuning mati beragan aksi Ibrahim mendapat ...
De Fam Anak Raja Chord

De Fam Anak Raja Chord

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 240 hits
C m C m Cara macam mufasah Ikut rentak kita jaga jaga A Sekali lagi ada bersuara Hanya kasi bisikkan ditelinga C m Ramai yang nak kayuh Belum sampai separuh dah mengeluh A Gerak sana gerak sini kita mula Apa nak tunggu lagi kita go C m Mafi...
Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 293 hits
Cara macam mufasahIkut rentak kita jaga jagaSekali lagi ada bersuaraHanya kasi bisikkan ditelingaRamai yang nak kayuhBelum sampai separuh dah mengeluhGerak sana gerak sini kita mulaApa nak tunggu lagi kita goMafimusykilaApa yang dikejar pas...
Masih Berjuang Melawan Kanker Vidi Aldiano Ungkap Kondisi Terbarunya

Masih Berjuang Melawan Kanker Vidi Aldiano Ungkap Kondisi Terbarunya

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 119 hits
Tetap sibuk beraktivitas di industri hiburan para penggemar sempat khawatir dengan kondisi Vidi saat ini
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 267 hits
Hanipa MaidinIsu Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur melancarkan operasi berskala besar yang dikatakan menyasarkan papan tanda tidak memaparkan bahasa Melayu di pelbagai kawasan termasuk Segambut Pudu dan Jalan Silang di pusat bandar tiba tiba m...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu