Ulasan The Haunting Of Hill House Di Netflix
Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix | Netflix hadir dengan sebuah lagi siri hebat yang ditayangkan sempena Halloween lalu bertajuk The Haunting of Hill House. Kisah seram ini di adaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Shirley Jackson. Menariknya, ia bukan sekadar naskah seram biasa. Tetapi lebih daripada itu.
The Haunting of Hill House (THOHH) diarahkan oleh Mike Flanagan, iaitu pengarah yang tidak asing lagi dalam arena seram. Beliau sebelum ini pernah mengarahkan Hush, Ouija: Origin of Evil, dan Gerald's Game.
Sinopsis The Haunting of Hill House
Mengisahkan lima beradik Crain yang melalui pengalaman menyeramkan di rumah agam Hill House sewaktu kanak-kanak. Menginjak dewasa, mereka bagaikan tidak boleh lupa akan tragedi yang berlaku di Hill House. Peristiwa hitam masih menghantui minda mereka.
Baca: Cara Daftar Netflix Malaysia
Pengarah: Mike Flanagan
Pelakon: Michiel Huisman, Carla Gugino, Kate Siegel, Elizabeth Reaser, Henry Thomas, Timothy Hutton,
Genre: Drama/seram
*Ulasan ini TIDAK mengandungi spoilers.
Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
This is without a doubt, one of the best horror out there. THOHH bukan sahaja sebuah naskah seram yang hebat, tetapi karya perfileman yang bijak. Ia seimbang dari segenap sudut. Baik dari segi plot, lakonan, mahupun teknikal.
Siri THOHH mengingatkan saya kepada filem Hereditary dan The Autopsy of Jane Doe iaitu cara bagaimana mereka menerapkan elemen seram secara effortless.
Penonton tertunggu-tunggu kemunculan kelibat hantu, but nothing showed up. Kemudian jump scares muncul tanpa disangka-sangka dan ia diletak di tempat yang sepatutnya.
Senang cerita THOHH bukanlah karya yang cuba memperbodohkan penonton dengan false jump scares yang memualkan.
Sebaliknya, Flanagan bijak mencipta mood seram yang tidak hanya bergantung pada kelibat hantu dan jump scares semata-mata. Elemen seram boleh dirasai pada naratif dan penceritan dari episod pertama hingga akhir.
Baca: Ulasan Siri Stranger Things
Nadi penggerak THOHH terletak pada storyline dan persembahan lakonan yang memukau. Oleh kerana terlalu 'attached' dengan nasib malang yang menimpa keluarga Crain, anda tidak sedar akan kemunculan hantu.
Bijak bermain dengan timeline
This is the horror version of NBC's hit show, This Is Us. I could not help my self from seeing the resemblance between this show and This Is Us. Persamaan antara kedua-dua siri ini cukup ketara terutama bagaimana ia bermain dengan susur masa. Seperti kepingan puzzle, penonton perlu menyusun setiap insiden yang berlaku kerana setiap babak flashback dan masa kini berkait antara satu sama lain.
Penonton sudah tahu apa yang berlaku berdasarkan present time, tetapi bila dan bagaimana itulah yang menjadi tanda tanya.
THOHH lebih menitik beratkan soal jalan cerita, perkembangan watak dan mutu lakonan. Ia sarat dengan dialog di mana setiap bait-bait ayat yang diucap oleh karakter adalah penting. Bahkan anda tidak boleh terlepas walau satu babak sekalipun.
Pemilihan pelakon yang tepat
Pada saya pemilihan pelakon baik versi kanak-kanak dan dewasa amat tepat. Mereka bukan sahaja berjaya menghidupkan watak dengan baik. Bahkan, adik-beradik perempuan Crain dan ibu mereka, Olivia mempunyai wajah yang seiras.
I would not say it is important to cast pelakon yang mempunyai wajah seiras. Tetapi ia sedikit sebanyak menambahkan rencah drama keluarga Crain.
Episod 6 The Haunting of Hill House cemerlang
Pada saya, episod 6 paling menyerlah. Bukan kerana terlalu seram tetapi cemerlang dari aspek skrip, arahan, lakonan, dan pergerakan kamera. Without spoiling anything, episod enam cuma mempunyai empat babak tanpa suntingan. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya?
Episod 6 mengangkat standard siri televisyen ke satu tahap yang cukup membanggakan.
Saya berani meletakkan THOHH pada kedudukan yang cukup tinggi. Bukan kerana ia mempunyai nilai extravaganza. Tetapi kerana bukan sebuah karya seram tipikal seperti pernah ditonton kita tonton sebelum ini.
The Haunting Of Hill House 9/10
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2018/12/ulasan-haunting-of-hill-house-di-netflix.html