Sempat Melawat Mercu Tanda Yang Terkenal Di Bangkok The Grand Palace
Pada minggu lepas, aku bersama keluarga berkesempatan untuk melawat dan bercuti di Bangkok, Thailand atas #ShakleeIncentiveTrip selama 4 hari. Jadi salah satu tempat yang kami sempat melawat di Bangkok ini adalah tempat wajib katanya bila tiba di sini iaitu melawat The Grand Palace.
Mungkin kita dah biasa dengar tetapi tidak dapat berkunjung lagi di tempat yang gah ini. Macam aku pun, sebelum ni aku dah biasa dengar dan ada baca-baca di google dan kali ni baru ada rezeki untuk aku datang dan tengok sendiri The Grand Palace yang bentuknya unik serta dan seni bina yang indah dan menarik.
sumber google
Pintu masuk ke kompleks Grand Palace
Di dalam kompleks Grand Palace terdapat banyak bangunan gah dan besar beserta reka bentuk yang mengkagumkan dan sudah pastinya yang mendapat tumpuan lebih pelancong adalah Wat Phra Kaew iaitu Kuil Buddha Emerald. Di dalam kuil ini terdapat 1 patung Buddha yang sebesar saiz manusia kalau tidak silap. Melalui penerangan daripada penduduk tempatan, patung Buddha ini akan bertukar 3 kali pakaian iaitu jubah mingikut musim di Thailand sama ada musim panas, musim hujan dan musim sejuk. Kalau nak cerita pasal sejarah Kuil Buddha Emerald ini terlalu banyak, jadi korang boleh google sendiri hehe Dalam kuil yang ada patung Buddha, korang tidak dibenarkan untuk tangkap gambar, mesti keadaan senyap dan tidak memakai kasut. Hormati tempat ibadah agama lain, seperti kita mahu mereka hormati tempat ibadah kita.
The Demon Guardian
Antara monumen yang berada di sekitar kuil
Antara patut yang berada di tepi Phra Ubosoth
Antara patut yang berada di tepi Phra Ubosoth
The Grand Palace adalah merupakan kompleks istana yang telah dibina sejak tahun 1782 lagi selepas pertabalan King Rama I pada tahun yang sama. Di sini selain daripada Istana dan kediaman Di Raja, terdapat juga beberapa pejabat kerajaan dan juga seperti yang diberitahu tadi iaitu kuil (Kuil Buddha Emerald)
Tetapi sekarang, terdapat banyak pengubahsuaian atau pembaik pulih yang sedang dijalankan di sekitar Grand Palace ni. So, banyak tempat yang ditutup yang tidak dapat dimasuki oleh pelancong lain. Jadi pada hari tersebut kami hanya dapat masuk kawasan Kuil Buddha Emerald sahaja dan juga bergambar di sekitar kawasan-kawasan istana.
Chakri Maha Prasat Hall sedang berlaku pengubahsuaian
Senibina dan reka bentuk yang digunakan di kuil ini sangat unik dan detail. Aku tak pasti ada dibina menggunakan molding atau totally hand-made (yang aku rasa memeng sepenuhnya menggunakan tenaga dan tangan manusia). Di sekitar kuil ini korang akan jumpa banyak monumen yang menarik antaranya adalah Phra Ubosoth (tempat dimana terletaknya Buddha Emerald, The Demon Guardian, patung Cheewok Komaraphat, Phra Bussabok dan banyak lagi la. Aku tak ingat sangat apa yang diterangkan oleh penduduk tempatan selama berada di sana.
Lensa daripada luar The Grand Palace
Aku melawat di The Grand Palace mungkin lebih kurang 1 jam 30 minit sebab tempat yang besar sekitar 218,000 per segi lebih kurang jam 10.30 pagi. Katanya tempat ini mula dibuka jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang dengan harga 500 baht. Kalau korang berminat dengan sejarah dan seni bina, inilah tempatnya dan pastikan kalau nak masuk Grand Palace kene berpakaian sopan. Jadi selepas selesai jelajah The Grand Palace kami terus ke pasar yang terkenal di Bangkok iaitu Chatuchak Weekend Market, Bangkok.
Ambil la gambar sekeping
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2018/11/sempat-melawat-mercu-tanda-yang.html