Ulasan Samsung Galaxy A30 Sukar Untuk Diabaikan


Dulu kalau ada yang minta pendapat Samsung apa yang best tapi harga kurang dari RM1k, saya tanpa berfikir panjang terus membalas tak ada yang best kalau bajet begitu. Baik beli Xiaomi, Asus atau Honor. Tapi tahun ini abang besar K-Pop ni nampaknya nak kacau market yang selama ini selesa didiami jenama-jenama dari China.

Dengan tanda harga RM799, Galaxy A30 dengan senang hati tampil dengan ciri-ciri menarik yang tak ada pada model lain yang seharga dengannya. Kalau nak tau ciri yang disebutkan itu adalah paparan Super AMOLED yang cantik, menarik, tertarik dan sangat jarang dilihat pada segment mid-range sebegini.
Jom kita jenguk dulu spesifikasi penuh Samsung Galaxy A30.
SpesifikasiSamsung Galaxy A30SM-A305F/DSSkrinSuper AMOLED 6.4″ FHD+ 2340 × 1080
408 ppi / notch
19.5:9 aspect ratio
84.9% screen to body ratioSoCSamsung Exynos 7 Octa
14nm / 8-core
6 × Cortex-A53 @ 1.6 Ghz /
2 × Cortex-A73 @ 1.8 GhzGPUMali-G71 MP2RAM4GBStorage64GB internal
Slot micro SD max 512GB (berasingan)Kamera Belakang16MP f/1.7
PDAF
Flash LED tunggalKamera kedua 5MP f/2.2
123° ultra-wide angleKamera Hadapan16MP f/2.0
Face recognitionBateri4,000 mAhOSAndroid 9 Pie
One UI 1.1Lain-lainLTE Band 1,3,5,7,8,20,38,40,41
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
USB Type C
Pengecasan pantas 15W
NFC
Samsung PayAksesori didalam kotakAdaptor 15W
Earphone
Silicone case
Kabel USB ke type-C
Pin SIM ejectorRekaan dan binaanSamsung menawarkan 3 pilihan warna untuk A30. Ada hitam, biru dan juga warna yang ada pada saya untuk review ini, putih. Bahagian depan kelihatan sama bagi semua warna kerana Samsung menggunakan bezel hitam untuk kesemuanya. Panel belakang ini diperbuat dari plastik yang diberikan coating istimewa yang membuatkannya kelihatan seperti kaca yang memantul siap dengan efek beralun yang dapat dilihat pada sudut tertentu.

Reka bentuk belakang cukup kemas dan yang lagi best kedudukan sensor fingerprint yang sama aras dengan keseluruhan panel, buatkan A30 ada feel premium sedikit. Frame di bahagian tepi dan button power serta volume semuanya plastik tapi dipasang kemas dan seamless, yang saya tak boleh nak complain apa-apa tentang ini. Semuanya terasa ok dan kena pada tempatnya.
Galaxy A30 mempunyai tubuh badan ramping, disebabkan baterinya yang tidak begitu besar jadi ia hanya 7.7mm. Atas sebab ini memegang smartphone ini rasa sangat-sangat selesa.

Hampir 85% dari permukaan depan ini dimonopoli oleh skrin sAMOLED yang bertakuk diatasnya. Samsung lebih gemar memanggilnya dengan trademark Infinity-U. Dibawah skrin pula ada bezel “dagu” yang boleh tahan juga lebarnya, hampir 8mm. Tapi tu biasa bagi mid-range. Tiada LED notifikasi tapi takde hal sebab ada always-on display, kan AMOLED.
Hardware dan PerformanceMula dengan skrin. Samsung menggunakan skrin keluaran mereka sendiri iaitu Super AMOLED yang bersaiz 6.4″ dan aspect ratio 19:9 ikut trend 2019. 4 bucu sudut bulat dan juga notch Infinity-U di tengah-tengah untuk memberi ruang kepada kamera selfie. Rasanya semua dah sedia maklum macam mana terangnya warna pada paparan Super AMOLED ni. Hitamnya pula pekat
Pixel density 403 ppi cukup untuk membuatkan imej dipapar lengkap dengan tahap detail yang tinggi. Setiap pixel menghasilkan cahaya yang cukup terang jadi melihat pada skrin A30 tidak menjadi masalah walaupun dibawah terik matahari.
Loudspeaker tunggal yang menghala kebawah bagi saya di tahap memuaskan. Dengan earphone dipasang, Galaxy A30 mampu memproses Dolby Atmos untuk menghasilkan bunyi surround.
Galaxy A30 menggunakan chipset Exynos 7904 buatan Samsung sendiri yang menggunakan teknologi proses pembuatan 14 nm. Dari segi performance, memandangkan kita semua lebih familiar dengan Snapdragon, boleh dikatakan Exynos 7904 hampir dengan Snapdragon 636 yang digunakan pada banyak smartphone termasuk Asus Zenfone Max Pro M1.
Bezanya GPU pada Exynos menggunakan Mali-G71 MP2 manakala Snapdragon menggunakan Adreno 509. Hasilnya Snapdragon jauh lebih unggul pada pemprosesan 3D. Boleh lihat pada score 3DMark yang A30 lebih rendah berbanding Max Pro M1.

Jangan risau, Galaxy A30 masih sebuah mid-range yang capable untuk gaming. Setakat PUBG pada setting medium, takde hal. Mobile Legend, Asphalt 9, PES 2019 semuanya tested and proven. Semestinya suhu akan meningkat, tapi yang best kat fon ni performance maintain walaupun suhu naik mencecah 45°C jika diukur di panel balakang.
Bateri4,000 mAh bunyi macam ok. Tapi entah kenapa A30 yang saya guna susah untuk bertahan sehari suntuk. Saya selalu dapat screen-on-time paling lama cuma 5 jam. Tapi waktu pengecasan sangat tidak mengecewakan. Dengan menggunakan adaptor 15W yang dibekalkan, cas penuh hanya memerlukan masa 1 jam 45 minit.

 
 
One UI 1.1 / Android 9 PieUI Samsung berevolusi dari Touchwiz yang ditamatkan 2 tahun lalu, diganti dengan Samsung Experience dan akhirnya Samsung menamakan UI baru mereka dengan nama One UI. Ia masih baru dilancarkan bersama-sama Galaxy S10 April lalu.

Sekali lihat UI baru ni masih membawa DNA Samsung tapi diringkaskan berbanding Experience terutamanya pada Setting. Yang unik “splash screen” singkat yang dipaparkan untuk masuk ke Setting, Phone, Contact dan juga Gallery, ala-ala Windows, nampak kemas, tapi tak rasa annoying.
Dark Mode atau pada One UI dipanggil Night Mode boleh dihidupkan cuma melalui toggle pada notification. Walaupun Android Pie masih belum menyediakannya, Samsung dah ada dengan One UI. Setelah dihidupkan, kesemua apps build-in akan jadi gelap, tambah pula dengan skrin AMOLED, selain kelihatan lebih menarik, boleh juga jimatkan bateri. Sayangnya Night Mode ni tak beri efek pada apps lain.
Tapi kalau nak bandingkan dengan UI lain seperti MIUI atau ColorOS, One UI ni masih kurang fungsi tambahan seperti App Lock, call recording dan Dual Space (MIUI sahaja). Yang ada cuma Clone Apps atau pada One UI, Dual Messenger yang membolehkan apps di’klon’ jadi dua.

Digital Wellbeing oleh Google turut disertakan untuk anda monitor penggunaan seharian atau habit penggunan anda. Yang paling best fungsi Wind Down yang anda boleh set masa untuk “Do Not Disturb” dan turut menghitam putihkan skrin telefon untuk anda bersedia untuk tidur.
Dalam banyak-banyak Android “skin”, MIUI lah yang paling saya suka. Sebabnya, ia ada imej tersendiri dengan fungsi-fungsi tambahan yang bukan sekadar gimik tapi pada masa yang sama tidak terlalu jauh beza dengan stock Android dari segi user experience.
Face Unlock pula, One UI ada option Faster Recognition dimana proses pengecaman akan lebih cepat tapi sedikit kelonggaran dari segi sekuriti. Saya ok dengan option begini tapi tertanya juga kenapa smartphone mid-range lain boleh je pengecaman wajah pantas tanpa perlu mengurangkan tahap sekuriti.

Keseluruhannya One UI masih belum perfect tapi hampir. Yang paling saya suka adalah design. Minimalist dan clean. Dan ketelitian dalam memfokuskan pada penggunaan contohnya dalam gambar diatas dimana susunan sebegitu bertujuan untuk memudahkan penggunaan.
KameraDi belakang ada satu kamera utama 16MP f/1.7 dan satu lagi kamera ultra-wide angle 5MP 123° fixed focus.

Performance kamera belakang ni secara ringkasnya – lebih dari jangkaan. Walaupun kadangkala nampak sedikit overexposed, tapi performance low light dalam mode Auto dengan bantuan AI (Samsung guna nama Scene Optimizer), end up gambar akan kelihatan sedikit “artificial” tapi untuk kegunaan media social, ramai akan menyukainya.
Contoh gambar low-light
Tahap “noise” pada gambar sangat memuaskan tapi dari segi detail, agak kurang.
Kamera kedua yang sangat berguna disini, ada masa kita mahu sudut pandang yang lebih luas, inilah perbandigan kamera pertama (kiri) dan wide angle (kanan).
Aperture f/2.2 pada kamera wide-angle ni membuatkan noise kelihatan lebih jelas pada low light.
Seterusnya kamera selfie, not bad juga sebenarnya kamera depan A30 ni. Tapi kalau indoor tu agak struggle sikit. Tengok la sendiri, ok tak.
Kamera selfie Galaxy A30Begitulah lebih kurang serba sedikit tentang kamera. Bab video pula, A30 tak menyokong sebarang stability. Kalau tangan tak stabil tu bersedia la untuk video bergegar ye. Smartphone ini mampu merakam video maksimum Full HD 30 fps sahaja. Tiada 4k dan 60 fps. Kesemua kamera termasuk wide-angle mampu merakam video.
KesimpulanSamsung Galaxy A30 adalah sebuah smartphone yang cukup kuat untuk memberi cabaran dalam segmen mid-range. Walaupun performance tak seberapa tapi Super AMOLED dan kamera wide-angle saja cukup sebagai alasan kukuh untuk anda menolak Xiaomi, Redmi dan Honor ketepi.
The post [Ulasan] Samsung Galaxy A30 – Sukar Untuk Diabaikan appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lepakcc.com/ulasan-samsung-galaxy-a30-sukar-untuk-diabaikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Samsung Galaxy Tab S5e Tablet Paling Nipis Tetapi Kurang Berkuasa

Ulasan Samsung Galaxy Tab S5e Tablet Paling Nipis Tetapi Kurang Berkuasa

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 260 hits
Samsung Galaxy bukan sahaja mempunyai telefon pintar tetapi turut mempunyai siri tablet Seperti telefon pintar tablet tablet Samsung turut mempunyai kategori tertentu seperti Tab A atau juga Tab S Tab A adalah siri kelas permulaan dan kelas...
Samsung Galaxy Fold Edisi Game Of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah Rm 34 000

Samsung Galaxy Fold Edisi Game Of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah Rm 34 000

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 243 hits
Siri TV epik Game of Thrones menamatkan siarannya pada Isnin lalu Siri fantasi ini memegang rekod sebagai rancangan yang paling banyak dicetak rompak dan antara yang paling mahal Bagi peminat GoT yang masih belum bersedia untuk mengucapkan ...
Samsung Galaxy S10 Dan S10 Akan Ditawarkan Dalam Warna Baharu Cardinal Red

Samsung Galaxy S10 Dan S10 Akan Ditawarkan Dalam Warna Baharu Cardinal Red

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 378 hits
Strategi pemasaran yang kerap kami lihat digunakan oleh pengeluar ialah menawarkan warna baharu selepas beberapa bulan peranti dipasarkan Bagi peminat peranti Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 nampaknya bakal ditawarkan dalam warna baharu C...
Perbandingan Google Pixel 3a Xl Samsung Galaxy A70 Dan Vivo V15 Pro

Perbandingan Google Pixel 3a Xl Samsung Galaxy A70 Dan Vivo V15 Pro

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 387 hits
Minggu ini Google Pixel 3a dan 3a XL telah dilancarkan ketika acara Google I O Peranti kelas pertengahan ini mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Pixel 3 cuma dengan spesifikasi kelas pertengahan Ini adalah usaha Google untuk menghasilk...
Samsung Galaxy M10 M20 Bakal Menerima Kemaskini Android Pie Bermula Jun Ini

Samsung Galaxy M10 M20 Bakal Menerima Kemaskini Android Pie Bermula Jun Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 323 hits
Samsung telah melancarkan Galaxy M10 Galaxy M20 di Malaysia pada awal tahun ini namun ia hanya menjalankan Android Oreo sewaktu ia dilancarkan Namun bermula Jun ini kedua dua peranti ini bakal menerima kemaskini untuk menikmati sistem opera...
Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Akan Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Secara Menegak

Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Akan Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Secara Menegak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 356 hits
Susunan kamera secara melintang telah mula digunakan pada Samsung Galaxy Note 8 dan kemudiannya diikuti oleh Note 9 dan siri Galaxy S10 Namun untuk peranti Galaxy Note 10 akan datang sususan kamera pada peranti ini dijangka akan hadir secar...
Samsung Galaxy S10 Edisi Olimpik Dilancarkan

Samsung Galaxy S10 Edisi Olimpik Dilancarkan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 285 hits
Samsung adalah antara penaja Sukan Olimpik 2020 Sempena temasya empat tahun sekali ini Samsung Galaxy S10 edisi Sukan Olimpik telah dilancarkan di Jepun Peranti ini adalah sebuah Galaxy S10 Prism White dengan logo Sukan Olimpik pada bahagia...
Perbandingan Oneplus 7 Pro Huawei P30 Pro Dan Samsung Galaxy S10

Perbandingan Oneplus 7 Pro Huawei P30 Pro Dan Samsung Galaxy S10

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 306 hits
OnePlus 7 Pro dilancarkan semalam serentak dengan OnePlus 7 Ini ialah peranti mercu terkini mereka dengan spesifikasi yang paling premium Peranti akhirnya menyokong resolusi QHD dengan rekaan hampir semua skrin nirtakuk dan kadar segar semu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih