Ulasan Penuh Strangers Things 4 Kematian Watak Yang Tidak Dijangka
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penantian selama hampir 1 bulan lebih akhirnya berakhir juga apabila dua episod terakhir bagi siri popular Stranger Things 4 ditayangkan secara rasmi di laman pengstriman Netflix. Musim ke 4 bagi siri ini mengandungi sebanyak 9 episod. Untuk episod 1 sehingga 7 aku dah buat ulasan dalam artikel lain, manakala kali ini aku nak ulas dan review baki dua episod terakhirnya
ULASAN PENUH STRANGER THINGS 4 (VOLUME 2)
BACA JUGA: ULASAN STRANGER THINGS 4 (VOLUME 1)
BARISAN PELAKON STRANGER THINGS (VOLUME 2)
Winona Ryder sebagai Joyce ByersDavid Harbour sebagai Jim HopperMillie Bobby Brown sebagai Eleven / Jane HopperMartie Blair sebagai Young ElevenFinn Wolfhard sebagai Mike WheelerGaten Matarazzo sebagai Dustin HendersonCaleb McLaughlin sebagai Lucas SinclairNoah Schnapp sebagai Will ByersSadie Sink sebagai Max MayfieldNatalia Dyer sebagai Nancy WheelerCharlie Heaton sebagai Jonathan ByersJoe Keery sebagai Steve HarringtonMaya Hawke sebagai Robin BuckleyBrett Gelman sebagai Murray BaumanPriah Ferguson sebagai Erica SinclairMatthew Modine sebagai Martin BrennerPaul Reiser sebagai Sam OwensJamie Campbell Bower sebagai Henry Creel / Peter Ballard / One / VecnaRaphael Luce sebagai Young Henry CreelCara Buono sebagai Karen WheelerEduardo Franco sebagai ArgyleJoseph Quinn sebagai Eddie Munson
SINOPSIS STRANGER THINGS 4 (VOLUME 2)CHAPTER EIGHT: PAPA
Pengarah : The Duffer BrothersLakonlayar : The Duffer Brothers
Vecna menunjukkan Nancy visi masa depan di mana Hawkins diterbelah dan retak sebelum melepaskan dia. Nancy mengimbas kembali apa yang ditunjukan kepada yang lain, dan mereka mendapati Vecna memerlukan empat pintu untuk selesaikan rancangannya; Max menawarkan untuk menjadi umpan terhadap Vecna supaya orang lain boleh menyerangnya semasa dia terganggu. Eleven, menggunakan kuasanya, mengetahui rancangan ini, dan meminta Owens mengatur transit ke Hawkins.
Walau bagaimanapun, Brenner memerangkap Owens dan menangkap Eleven, menegaskan dia perlu melengkapkan latihannya. Eleven menyedari bahawa Brenner telah menggunakan dia selama bertahun-tahun untuk cuba memulihkan Henry dari Upside Down. Sullivan dan pasukannya tiba di tapak dan membunuh semua kakitangan; Brenner melarikan diri bersama Eleven tetapi ditembak. Eleven mengeluarkan kenderaan Sullivan sebaik kumpulan Mike tiba. Dia enggan memaafkan Brenner sebelum dia mati. Di Rusia, Hopper, Joyce, Murray, Yuri, dan Antonov melarikan diri dari pangkalan selepas menemui beberapa lagi makhluk dari Upside Down yang sedang dikaji di penjara
BACA JUGA: SENARAI FILEM TAHUN 2022 APLING DINANTIKAN
CHAPTER NINE: THE PIGGYBACK
Pengarah : The Duffer BrothersLakonlayar : The Duffer Brothers
Kumpulan itu merancang rancangan mereka: Max, Lucas dan Erica pergi ke rumah Creel; Steve, Nancy, dan Robin ke bahagian yang sama di Upside Down untuk menyerang Vecna; dan Dustin dan Eddie mengalihkan perhatian kelawar. Eddie mengorbankan dirinya untuk menjauhkan kelawar. Eleven, Mike, Will, Jonathan, dan Argyle mencipta tangki pengasingan yang melaluinya Eleven memasuki fikiran Max untuk melawan Vecna. Walau bagaimanapun, Vecna mengatasinya dan memiliki Max; dia mendedahkan kepada Eleven bahawa dia telah mengawal Upside Down dan bertindak sebagai "minda sarang" sejak dia menghantarnya ke sana.
Mike menyatakan cintanya kepada Eleven, memberinya kekuatan untuk melarikan diri dari Vecna dan mematahkan kawalannya ke atas Max sebelum dia boleh mendapatkan pukulan membunuh, tetapi Max mati akibat kecederaannya. Hopper, Joyce, dan Murray masuk semula ke penjara dan membunuh Demogorgon, seterusnya melemahkan Vecna. Steve, Nancy, dan Robin membakar bentuk fizikal Vecna dan menembaknya, akhirnya membunuhnya. Eleven menggunakan kuasanya untuk menghidupkan semula Max, tetapi kematian singkat yang terakhir membenarkan pintu Vecna terbuka, merebak ke seluruh Hawkins. Dua hari kemudian, bandar itu pulih daripada "gempa bumi". Semua orang bersatu semula, manakala Max kekal dalam keadaan koma. Will merasakan Vecna masih hidup, dan Upside Down mula menyusup ke bandar
ULASAN & REVIEW PENUH STRANGER THINGS 4 (VOLUME 2)
Seperti yang dijangkan siri ini menjadi fenomena di seluruh dunia sehinggakan pada 1 Julai 2022, tarikh tayangan Volume 2 ini, aplikasi Netflix tidak dapat dibuka kerana akses terlalu ramai pada masa yang sama. Lebih kurang sejam selepas itu barulah aku boleh tonton dua episod terakhir ini.
Desas-deses tentang kematian watak memang sudah didengari tetapi aku masih tak dapat jangka watak manakah yang akan mati dan selesai menonton dua episod ini, aku memang terkejut dan penuh dengan perasaan yang bercampur-campur
Jalan cerita bagi episod penghabisan ini memperlihatkan graf yang semakin menaik. Setiap kumpulan (Hawkins, Russia & California) mempunyai tugas tersendiri untuk melawan musuh yang sama iaitu Vecna. Boleh dilihat tahap kekejaman watak pengjahat yang semakin kuat berbanding dengan musim sebelumnya.
Banyak adegan-adegan yang aku suka dan kalau aku nak senaraikan mungkin banyak, tapi salah satunya adalah ketika Eddie Munson dan Dustin menjauhkan kelawar dengan bermain muzik black metal. Memang terbaik! Visual yang sangat mantap! Itu antaranya sahaja, ada banyak lagi adegan-adegan yang aku suka
Baiklah, kematian yang tidak disangka adalah watak Eddie Munson. Watak yang baru dicipta untuk musim ini, digemari ramai dan akhirnya dibunuh ketika episod terakhir. Ramai juga yang sedih tentang kematian Eddie ini. Aku sendiri tak sangka watak ini akan dibunuh seawal itu sebab aku berharap watak ini akan dikembangkan dan mungkin Eddie dapat jelaskan kepada penduduk di Hawkins perkara yang sebenar, tapi apakan daya, maut yang menjemput
Lakonan untuk musim ini memang sangat terbaik! Pujian perlu diberikan kepada Sadie Sink, Millie Bobby Brown, Caleb McLaughlin dan Gaten Matarazzo kerana lakonan mereka terutamanya pada adegan yang bermain dengan perasaan dapat dilihat dengan jelas! Boleh nampak mutu lakonan mereka sememangnya lebih baik dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Mungkin juga kerana musim ini watak mereka bawa lebih berat seiring dengan usia mereka
Mungkin ramai yang tidak dapat menerima beberapa plot yang dibawa tetapi bagi aku dua episod ini memberi mesej yang jelas tentang apa yang akan terjadi di musim ke 5 iaitu musim terakhir. Vecna sememangnya sangat kuat, dapatkah mereka mengalahkannya untuk musim terakhir? Adakah akan ada lagi watak-watak utama yang terbunuh? Itu semua adalah pertanyaan yang menjadi persoalan bagi semua orang. Untuk itu, aku memberikan :
BINTANG:⭐⭐⭐⭐⭐/5
BACA JUGA: REVIEW FILEM DON'T LOOK UP (2021)
RUJUKAN :WikipediaNetflixGoogle Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/07/ulasan-penuh-strangers-things-4-volume.html