Ulasan Oneplus 7 Pro Peranti Oneplus Terbaik Setakat Ini


OnePlus adalah jenama yang terkenal dengan moto ‘Flagship Killer‘. Namun sejak OnePlus 7 Pro diumumkan secara rasmi di Malaysia, ramai mula marah dan kecam jenama ini kerana harga jualannya yang lebih mahal dari jenama yang lebih terkemuka seperti Samsung Galaxy S10. Namun itu tidak menghalang peminat OnePlus sebenar, kerana pra-tempahan buat OnePlus 7 Pro dilaporkan kehabisan stok dalam masa kurang seminggu selepas tempahan dibuka.

Peranti OnePlus 7 Pro ini adalah peranti OnePlus yang paling unik dan mempunyai perubahan serius jika dibandingkan dengan peranti OnePlus lain sejak OnePlus One pada tahun 2014. Jadi apakah menarik dengan peranti OnePlus 7 Pro ini dan adakah ia berbaloi untuk dimiliki? Ini adalah ulasan penuh OnePlus 7 Pro.
SkrinOnePlus 7 Pro menggunakan skrin bersaiz 6.67-inci dengan resolusi sehingga QHD+. Panel yang digunakan adalah Fluid AMOLED jenis melengkung dan mempunyai kadar segar semula 90Hz. Kehebatan skrin OnePlus 7 Pro ini adalah sangat hebat sehingga peranti ini ditabalkan sebagai peranti dengan skrin terbaik oleh DisplayMate. Bukan itu sahaja, ia turut menerima pengiktirafan HDR10+ yang mana adalah satu format yang hebat untuk sesebuah peranti pintar.

Warna yang skrin ini hasilkan adalah sangat cantik dan tajam. Warnanya terang, tepat dan sedap mata memandang. Butiran daripada kandungan-kandungan video HDR sungguh mengagumkan dan menarik. Kandungan video HDR yang saya uji adalah daripada YouTube dan Netflix. Apabila menonton video-video ini, ia membuatkan saya tertanya – adakah ini benar peranti OnePlus?
Dynamic Range pada peranti ini juga sungguh hebat dan apa yang OnePlus telah buat pada skrin mereka adalah satu perubahan drastik. Setiap saat kandungan video ditonton sungguh mengasyikkan. Sejak OnePlus One pada tahun 2014, OnePlus menggunakan resolusi FHD/FHD+ sahaja dan akhirnya pada OnePlus 7 Pro resolusi sehingga QHD+ telah diberikan.

Tidak dinafikan yang OnePlus cuba meniru Samsung pada skrin mereka. Contohnya adalah kemampuan menetapkan resolusi skrin dari FHD+ kepada QHD+ secara manual atau terus menetapkan kepada tetapan auto-laras yang mana akan berubah-ubah dari salah satu resolusi mengikut kandungan yang terpapar pada skrin. Seterusnya adalah fungsi ‘Video Enhancer‘ yang mana adalah fungsi mempertingkatkan lagi warna skrin agar ia lebih sesuai dengan kandungan video yang dimainkan.

Perkara unik pada peranti OnePlus 7 Pro ini sudah semestinya kadar segar semula skrin sehingga 90Hz. Tetapan 90Hz ini akan menjadikan skrin lebih pantas dan lancar. Setiap tatalan akan dapat rasakan perubahan yang sangat ketara berbanding tetapan 60Hz. Tetapan kadar segar semula skrin ini hanya mempunyai dua pilihan sahaja, iaitu sentiasa 60Hz atau ‘sentiasa’ 90Hz. Untuk 90Hz ini, apabila aplikasi panggilan telefon atau kamera dibuka – ia akan berubah kepada 60Hz secara automatik. Ia hanya boleh kekal menjadi 90Hz jika tetapan tersembunyi diaktifkan.

Kemudian, lain-lain tetapan pada skrin OnePlus 7 Pro ini adalah sama sahaja seperti peranti OnePlus yang lain – seperti mod tema gelap, sokongan Ambient Display, mod membaca, fungsi seakan Apple TrueTone dan lain-lain. Sedikit kecewa dengan mod Ambient Display pada OnePlus adalah, ia tidak mempunyai kebolehan seperti peranti Samsung – Always-On Display (AOD). Menurut OnePlus, mereka tidak sertakan AOD kerana isu bateri yang serius dan untuk pengalaman penggunaan yang baik Ambient Display sudah mencukupi buat masa ini.

Secara keseluruhan, skrin OnePlus 7 Pro memang menakjubkan dan membuatkan saya teruja. Sepanjang masa saya menggunakan peranti OnePlus ini, skrin melengkungnya tidak mempunyai palm rejection yang baik apabila kerangka pelindung tidak digunakan. Banyak bahagian lain yang tidak ingin saya sentuh, tersentuh.
Skrin OnePlus 7 Pro ini saya berikan skor 11/10.
PrestasiOnePlus 7 Pro dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855 yang dipadankan dengan memori dari 6GB sehingga 12GB RAM dan storan dalaman berasaskan UFS3.0 dari 128GB atau 256GB. Unit ulasan yang saya uji adalah 8GB RAM dan pada saya RAM 8GB sudah lebih daripada cukup. Sebelum saya ceritakan prestasi peranti ini, akan saya ceritakan kelebihan storan dalaman berasakan UFS3.0 terlebih dahulu.

Perbandingan yang paling mudah difahami adalah UFS ibarat SSD pada PC dan eMMC adalah ibarat HDD. Jadi, kerja-kerja memasang aplikasi, membuka aplikasi, pemindahan data, penyimpanan data atau juga proses cache data adalah lebih pantas dari biasa. Perkara ini sebenarnya tidak akan disedari oleh pengguna biasa, kerana ia banyak berlaku dari bahagian sistem.
Snapdragon 855 adalah cip pemproses yang banyak digunakan oleh peranti mercu tahun ini. Prestasinya jelas sekali bagus dan memuaskan seperti mana-mana peranti mercu. Cuma kelebihan pada OnePlus ini adalah sistem operasi yang digunakan adalah sangat ringan. Oxygen OS adalah sistem operasi yang mirip dengan Android asli, jadi animasinya lancar, antaramukanya sangat mesra pengguna dan ringkas. Oxygen OS bukanlah sistem operasi untuk semua, disebabkan ia terlampau ringkas – pengguna yang tidak biasa dengan Android asli akan mudah terasa bosan.

Oxygen OS berfungsi dengan baik, pantas dan lancar. Sepanjang penggunaan tidak pernah saya rasai sebarang lengah masa atau menghadapi masalah. Sistem operasi ini berasaskan Android 9.0 Pie yang turut menerima kemaskini sekuriti bulanan dan kerap menerima kemaskini untuk penambahbaikan kamera. Antara fungsi yang menarik dalam Oxygen OS adalah Quick Launch yang boleh diakses daripada kunci skrin dengan menggunakan cap jari untuk mengakses beberapa aplikasi, Parallel Apps untuk klon aplikasi, DC Dimming untuk mereka yang mudah pening kepala apabila skrin berkelip dan juga Quick reply in landscape untuk membalasa mesej dalam keadaan mod landskap sambil aplikasi lain digunakan.

Bermain permua pula adalah antara yang paling menarik. Ini kerana mod gaming OnePlus kini hadir dengan mod Fnatic yang mana adalah tetapan bermain permua yang dicadangkan oleh pasukan e-sukan Fnatic. Ia mempunyai Do Not Disturb yang lebih menarik, memefokuskan prestasi kepada permua sahaja dan juga mempertingkatkan penggunaan Internet terhadap permua. Permua kegemaran saya adalah Asphalt 9, PUBG Mobile dan juga Hitman Sniper.
Ketika bermain Asphalt 9, ia mempunyai prestasi yang sangat mengujakan. Sepanjang saya bermain permainan ini, ia sangat lancar dan tiada langsung lengah masa. Bermain permua sungguh khusyuk sehingga habis bateri peranti saya. Cuma sayang sekali, permua ini tidak menyokong motor getaran baharu OnePlus dan menjadikan pengalaman bermain kurang menarik berbanding dengan PUBG Mobile.

Bercakap mengenai PUBG Mobile, permua ini menyokong motor getaran baharu OnePlus. Jadi apabila menembak musuh, kesan getaran akan terasa dan memberi pengalaman yang lebih mengasyikkan. Kerja-kerja multi-tugasan pula agak lancar dan hampir tiada langsung lengah masa berlaku. Lengah masa hanya akan berlaku apabila peranti berada di tengah panas dan mula memanas. Dari situ ia mula membuat masalah seperti masalah aplikasi membeku.
Secara keseluruhan, skor prestasi masih layak saya berikan 10/10.
KameraDalam DXOMark, skor kamera OnePlus 7 Pro adalah 111 – yang mana jika dibandingkan nilainya adalah kedua terbaik dalam senarai DXOMark. Tetapi adakah benar kamera OnePlus 7 Pro ini hebat? Peranti ini dipadankan dengan tiga lensa untuk kamera utama, yang mana lensa ini adalah lensa 48MP + lensa 8MP telefoto 3x zoom + lensa 16MP ultra-lebar. Untuk kamera swafoto pula, ia menggunakan sistem pop-naik dengan lensa 16MP.

OnePlus dilihat mencuba meniru Google Pixel yang mana banyak menggunakan pasca-proses imej selepas ia diambil. Sebaik sahaja gambar diambil, imej yang terpapar akan pixelated dan selepas beberapa saat baru ia akan memaparkan hasil akhir yang mana lebih menakjubkan.
Hasil warna imej OnePlus 7 Pro adalah lebih tajam dan cantik. Ia juga cukup terang dan memuaskan. Cuma, kadangkala nilai dynamic range kadangkala terlebih dari cukup sehingga warnanya sedikit lari. Akan tetapi, perkara ini hanya berlaku apabila HDR ditetapkan kepada sentiasa dan mod auto mempunyai hasil yang cantik. Mod bokeh pula kini semakin kemas dan lebih baik dari biasa. Anda boleh lihat sampel di bawah ini;
Click to view slideshow.Kamera swafoto pula juga mempunyai banyak penambahbaikan. Ia tidak begitu lembut dan mempunyai butiran yang lebih kemas dan realistik. Mod bokeh juga begitu, ia tidak lagi terlampau nampak tipu. Kekurangan di sini adalah, kamera swafoto kerap mempunyai warna yang sedikit kemerahan. Saya sedar perkara ini berlaku selepas kemaskini Oxygen OS 9.5.8. Anda boleh lihat sampel di bawah;
Click to view slideshow.Untuk rakaman video, OnePlus seperti biasa terkenal dengan mod rakaman 4K 60FPS dengan kestabilan yang baik – yang menggabungkan teknologi OIS dan EIS mereka. Hebat bagaimanapun kamera OnePlus 7 Pro ketika merakam video, muat naik di Instagram Stories masih lagi kelihatan seakan rakaman 3GP.
Skor kamera OnePlus 7 Pro saya berikan 9/10.
Pembesar SuaraOnePlus buat pertama kalinya menyertakan pembesar suara stereo pada peranti mereka. Pembesar suara ini turut dioptimasikan dengan Dolby Atmos untuk pengalaman pendengaran yang lebih baik. Hasil bass pada pembesar suara ini agak menarik dan hasil audio yang keluar adalah jelas dan kuat. Mendengar muzik juga sedap, khusyuk dan memuaskan. Agak teruja OnePlus turut membawa perubahan pada peranti mereka ini.
Dengan binaan kaca pada peranti ini, hasil audio turut akan merebak dan memberi kesan yang hebat. Apabila peranti diletakkan atas permukaan rata, ia memberi kesan tambahan menarik pada kualiti audio. Cuma ia tidak sekuat peranti seperti Samsung Galaxy S10. Secara keseluruhan, pembesar suara OnePlus 7 Pro ini tidaklah hebat mana – tetapi saya amat bersyukur kerana OnePlus menyertakannya.
Skor pembesar suara OnePlus 7 Pro ini saya berikan 7.5/10.
BateriBuat pertama kalinya OnePlus menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh dalam peranti mereka. Selama bertahun lamanya OnePlus hanya menggunakan bateri dalam lingkungan 3000mAh sahaja, akhirnya ada kapasiti yang besar. Berkemungkinan besar adalah kerana skrin OnePlus yang hebat ini memerlukan kuasa yang banyak, jadi saiz bateri yang besar adalah satu langkah bijak OnePlus.

Ketahanan bateri OnePlus 7 Pro ini agak menakjubkan. Tiada masalah untuk SOT selama lebih 7 Jam, jika tetapan adalah FHD+ dengan kadar segar skrin 90Hz. Akan tetapi jika menggunakan QHD+ dan 90Hz, ketahanan bateri akan menjadi sekitar 3-4 Jam sahaja. Kemudian jika menggunakan tetapan tersembunyi akan menjadi bawah 3 Jam SOT.

Pilihan lain adalah, menggunakan tetapan boleh laras yang akan menentukan segalanya secara automatik. Tetapi tetapan ini akan memberikan ketahanan bateri sekitar 6 Jam SOT sahaja. Untuk pengecasan pantas pula, OnePlus menggunakan Warp Charge 30W yang mampu mengecas peranti dari 0% hingga 100% sekitar 1 Jam sehingga 1 Jam 15 Minit sahaja. Secara keseluruhan, bateri OnePlus 7 Pro ini agak baik.
Skor bateri adalah 9/10.
RekaanRekaan peranti OnePlus 7 Pro ini dilihat seakan rekaan asli. Namun jika dilihat dengan lebih teliti, rekaan bahagian hadapan adalah mirip Oppo Find X atau juga Samsung Galaxy S10+ sedikit. Bercakap mengenai skrin, rekaan hadapan peranti ini adalah sangat seksi dan cantik. Dagu yang nipis dan hampir boleh dikatakan tiada dahi. Di bahagian atas, earpiece/pembesar suara stereo disertakan di bahagian bingkai atas berdekatan dengan kamera swafoto pop-naik. Di belakang pula adalah sungguh kemas dan cantik.
Click to view slideshow.Bonjol kamera tidak begitu tinggi, rekaan keseluruhan yang kemas dan premium. Selesa di tangan dan tidak begitu licin. Cuma, walaupun OnePlus mempunyai satu variasi dengan kemasan pusam dan yang tidak berkilat – iaitu unit yang saya uji ini, ia masih memerangkap kotoran cap jari yang serius. Warna ini adalah warna Nebula Blue. Warna lain seperti Mirror Gray dan Almond adalah kemasan seakan cermin dan berkilat.
Secara keseluruhan, OnePlus 7 Pro mempunyai rekaan yang sungguh menawan dan cantik. Cuma peranti ini tidak mempunyai rekaan yang asli, banyak bercampur-campur dengan rekaan peranti lain.
Disebabkan itu, skor rekaan peranti ini hanya 8/10.
HargaSemasa OnePlus 7 Pro dilancarkan di China, harga penukaran secara terus adalah RM2416 sahaja daripada RMB3,999 untuk variasi 6/128 GB. Variasi 8/256 GB pula adalah RMB4,499 yang mana ditukar sekitar RM2718. Variasi paling mahal pula adalah 12/256 GB yang mana RMB4,999, iaitu sekitar RM3020. Tetapi apabila dijual di Malaysia secara rasmi, harga jualan adalah RM2999, RM3699 dan RM4199.

Agak mahal harganya, kerana jika dibandingkan dengan pasaran sekarang – harga Samsung Galaxy S10 adalah lebih murah dan lebih berbaloi untuk dimiliki.
Skor untuk harga adalah 6/10.
KonklusiOnePlus 7 Pro tidak dinafikan adalah sebuah peranti mercu yang hebat. Skrin yang sangat menakjubkan dengan warna yang tajam dan cantik. Prestasi yang pasti membuatkan ramai pengguna teruja, motor getaran dan pembesar suara yang terbaik pernah OnePlus hasilkan dan kapasiti bateri yang besar. Rekaan juga adalah cantik dan menarik.

Jadi, adakah peranti OnePlus 7 Pro ini berbaloi untuk dimiliki? Jika anda tidak hiraukan perlindungan IP68, pengecasan nirwayar dan sistem operasi Oxygen OS yang sangat ringkas – ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Walaupun harganya mahal, dari segi nilai – ia adalah sebuah peranti yang terbaik pernah OnePlus hasilkan. Jadi anda sebagai pengguna yang bijak, OnePlus 7 Pro atau siri Galaxy S10 – itu adalah cadangan anda sendiri. Saya sendiri memilih OnePlus 7 Pro – anda pula bagaimana?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/07/ulasan-oneplus-7-pro-peranti-oneplus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 293 hits
Tahun lalu buat pertama kali dalam sejarah Amanz peranti Huawei dinobatkan sebagai yang terbaik sepanjang 2018 Huawei Mate 20 Pro menerima anugerah ini kerana sistem tri kameranya yang membawakan inovasi yang tidak ditemui pada peranti lain...
Realme 3 Pro Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik

Realme 3 Pro Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraUntuk kali ini aku nak kongsi dengan anda semua salah satu peranti pintar yang menarik perhatian aku Peranti yang diperkatakan adalah Realme 3 Pro Yang menjadi perhatian aku sudah pastinya ciri cirinya dan...
Oxygen Os 9 5 8 Hadir Untuk Oneplus 7 Pro Membaiki Masalah Aksesori Audio Usb C Pihak Ketiga

Oxygen Os 9 5 8 Hadir Untuk Oneplus 7 Pro Membaiki Masalah Aksesori Audio Usb C Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 228 hits
OnePlus 7 Pro adalah satu peranti mercu yang baik Namun ia kurang mengambil hati ramai peminat OnePlus di Malaysia kerana harga rasmi yang mencapai sehingga RM4 199 Walau bagaimanapun ini tidak menghalang OnePlus untuk terus menambahbaik pr...
Pengguna Oneplus 7 Pro Diganggu Dengan Notifikasi Pelik Dari Pelayan Oneplus

Pengguna Oneplus 7 Pro Diganggu Dengan Notifikasi Pelik Dari Pelayan Oneplus

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 170 hits
Tiada telefon pintar yang sempurna Tidak kira apa jenama pasti akan ada masalah tidak kira dari segi perkakasan atau perisian Terkini beberapa pengguna OnePlus 7 Pro telah menerima beberapa notifikasi pelik yang menjengkelkan Notifikasi pel...
Pandang Pertama Zte Axon 10 Pro 5g Peranti 5g Nipis Dan Premium

Pandang Pertama Zte Axon 10 Pro 5g Peranti 5g Nipis Dan Premium

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 155 hits
ZTE Axon adalah siri peranti mercu mereka Kali terakhir ia dilancarkan adalah tahun lepas melalui ZTE Axon 9 Pro yang mana terus melangkaui nama ZTE Axon 8 8211 selepas ZTE Axon 7 Bercakap mengenai ZTE Axon 7 ia adalah antara peranti mercu ...
Soal Jawab Oneplus Oneplus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

Soal Jawab Oneplus Oneplus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 217 hits
Menurut Counterpoint OnePlus adalah peranti kelima paling premium di dunia Sejak laporan ini dikeluarkan harga peranti OnePlus mula melonjak dan menyebabkan harga jualan rasmi di Malaysia mencapai RM4 199 seunit Walaupun ia berharga melebih...
Mawar Sudah Jumpa Peguam Fizo Omar Terkejut Reda Andai Perpisahan Adalah Yang Terbaik

Mawar Sudah Jumpa Peguam Fizo Omar Terkejut Reda Andai Perpisahan Adalah Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 696 hits
Bermula gambar sambutan Aidilfitri tidak bersama pelbagai spekulasi mula kedengaran berhubung rumah tangga selebriti Fizo Omar dan anak pengasas tudung Fareeda Mawar Abdul Karim Terdahulu Fizo menyatakan kepada media Mawar terpaksa beraya d...
Fizo Omar Reda Jika Berpisah Jalan Terbaik

Fizo Omar Reda Jika Berpisah Jalan Terbaik

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 525 hits
Sejak semalam kecoh mengenai status rumah tangga Fizo Omar bersama isterinya Mawar Karim Malah timbul dakwaan bahawa Mawar mendapatkan khidmat peguam bagi The post appeared first on
Penjawat Awam Perlu Menghormati Masa Dan Beri Perkhidmatan Terbaik

Penjawat Awam Perlu Menghormati Masa Dan Beri Perkhidmatan Terbaik

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 813 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Akhirnya Dato Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin Dinobatkan Sebagai Buduanita Negara

Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility