Resipi Puding Sekaya Terengganu Seri Kaya Telur


Kenal ke korang dengan puding sekaya Terengganu ni eh? Selain dikenali sebagai Puding Sekaya, ada juga yang menggelar kuih ni Seri Kaya Telur. Tak tahulah di tempat korang dipanggil apa pula kan, tapi kalau di Pantai Timur, sebut je puding sekaya, semua orang duk pakat kecur air liur terbayangkan keenakannya. Aumm..

Baca juga : Lasagna Mek Ganu versi Melayu Puding sekaya sebagai pencuci mulut kegemaran Annur sepanjang bulan puasa Kuih tradisional Terengganu sememangnya unik. Kalau korang nak tahu, kuih sekaya telur ni sebenarnya merupakan 'kepala' bagi kuih Tok Aji Serban tau! Korang pernah makan tak? kuih ni pun sangat popular di Terengganu, lagi-lagi kalau di bulan-bulan puasa macam ni. Kuihnya lebih kurang Seri Muka, di mana lapisan bawahnya merupakan pulut, dan kepala nya pula sekaya.
Di Terengganu kuih-kuih sebegini senang didapati di mana-mana, tak kira warung pagi atau gerai kuih-muih petang. Pendek kata, kedua-dua kuih berasaskan sekaya ni memang all time favorite masyarakat kat sini la. Sesuai buat minum pagi, minum petang mahupun kudapan lewat malam. Tapi kalau beli, faham-faham je lah. Rasanya mungkin mengecewakan sebab tak berapa kena dengan tekak, tapi harganya boleh tahan mahal juga!
Hidup berjauhan dengan suami ni perlulah pandai kawal ekonomi keluarga. Nak-nak bila bulan puasa macam ni, melayan kan permintaan tekak dengan makanan tradisi macam ni, AS mesti kena mahir buat sendiri. Kalau harapkan membeli sesaje, mau rabak kocet gua oii bhahahaha 
Resepi puding sekaya ni AS menuntut dari Mak (MIL kat Terengganu). Ok papepun, jom tengok dulu macam mana cara buat puding sekaya style Ganu nih key?



Puding sekaya Terengganu | Seri kaya telur Bahan-bahan kuih sekaya telur :
15 biji telur ayam
2 cawan santan pekat (500ml)
2 kerek nisan / 1 cawan gula melaka (250gm)
1/3 cawan gula pasir (70gm)
1 dash garam (1/4 sudu teh)
1 dash serbuk kayu manis ceylon


Cara-cara :
1. Masak gula nisan, gula pasir, daun pandan dan serbuk kayu manis dengan 1/2 cawan air sehingga gula larut menjadi sirap gula/manisan. Tapis dan simpan di tepi.
2.Satukan telur dan garam,pukul dengan whisk sehingga berbuih.
3.Masukkan santan dan sirap gula tadi. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 35 minit atau sehingga masak


Sebagai bonus, AS sertakan sekali resepi pulut sekaya ni untuk panduan korang, kot-kot la masa buat Puding Sekaya tu, datang roh rajin merasuk pulak kan? Korang boleh la terus buat pulutnya kan? Dah buat nanti, jangan lupa share feedback, korang lebih suka puding sekaya sahaja or sekaya dengan pulut, okey?!.



Resepi Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya Kudapan hari ini. Dikenali sebagai #pulutsekaya . Di sebelah #terengganu kuih ini dipanggil #tokajiserban . Unik kan nama kuih ni? 😍 . Resepinya, esok AS up dekat blog #annursyuhadahdotcom . #lifestyleblogger #mommyblogger #CookedByAnnur A post shared by Malaysian Mommy Blogger (@annursyuhadah81) on May 24, 2018 at 6:06am PDT


Bahan untuk menyediakan pulut:
   2 cawan pulut
   2½ cawan santan cair
   ½ sudu teh garam



Bahan untuk menyediakan kepala sekaya

   2 cawan santan pekat
   1 keret manisan / 1 cawan gula melaka    4 sudu besar gula pasir
   6 biji telur
   ½ sudu teh garam




Cara-cara menyediakan tok aji serban:
1. Basuh pulut dan rendamkan selama ½ jam
2. Buang air dan toskan. Kemudian gaul bersama santan dan garam.
3. Simpulkan sehelai daun pandan dan letakkan ke dalam loyang bersama pulut tadi
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Sambil menunggu pulut masak, sediakan lapisan sekaya.
     i- Satukan semua bahan-bahan, pukul hingga gula larut
    ii- Nak mudah, korang tumbuk gula bagi hancur dulu sebelum dipukul bersama telur.
   iii- Bila dah sebati, ketepikan dulu adunan sekaya ni.
5. Bila pulut dah masak, keluarkan loyang dari periuk kukusan dan tekan pulut untuk ratakan.
6. Buat sehingga pulut di dalam loyang tadi menjadi mampat dan cantik.
7. Cakar-cakarkan sikit permukaan pulut tadi dengan menggunakan garfu.
8. Tujuan kita membuat alur-alur di permukaan pulut tu adalah nak menguatkan lekatan sekaya.
9. Tuang adunan sekaya tadi ke atas pulut.
10. Kukus lagi selama 30 minit.
11. Sejukkan terlebih dahulu, baru potong.

aummm!

Betapa nyaman nya rasa sekaya ni. Lagi-lagi kalau dimakan sejuk-sejuk. Perghhh!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2017/05/resipi-puding-sekaya-terengganu-seri-kaya-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Resipi Puding Biskut Marie Yang Patut Anda Cuba

Ini Resipi Puding Biskut Marie Yang Patut Anda Cuba

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 212 hits
Mesti masa cuaca tengah panas semua berpusu pusu nak makan atau minum benda yang menyejukkan tekak Masa inilah nak mencari segala resipi untuk jimatkan duit agar tak terlebih melabur di kedai ye lah kalau dah pergi mana mahu beli satu sahaj...
Anwar Ibrahim Breaks Fast With Media Practitioners At Seri Perdana

Anwar Ibrahim Breaks Fast With Media Practitioners At Seri Perdana

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 208 hits
PUTRAJAYA As the month of Ramadan enters its second week Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has spent some time with Malaysian media practitioners During the Majlis Berbuka Puasa Madani at Seri Perdana on Wednesday Anwar also presented...
Asus Rog Phone 8 Hadir Dengan Inovasi Baru Dibandingkan Seri Sebelumnya

Asus Rog Phone 8 Hadir Dengan Inovasi Baru Dibandingkan Seri Sebelumnya

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 238 hits
Sebagai produsen smartphone terbaik di dunia ASUS terus melakukan inovasi terhadap seri Republic of Gamers Phone terbarunya Dan pada hari ini diluncurkan secara resmi ASUS ROG Phone 8 Dibanding seri sebelumnya ASUS ROG Phone 8 dapat diangga...
Platform Edutech Angkatan Kerja Pintar Terima Pendanaan Pra Seri A Usd3 Juta

Platform Edutech Angkatan Kerja Pintar Terima Pendanaan Pra Seri A Usd3 Juta

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 197 hits
PINTAR disiapkan sebagai platform edutech yang membangun tenaga kerja masa depan Indonesia yang terampil dan berdaya saing global
Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum Malam tadi aish minta kuih seri muka Katanya suruh buat sebelum tidur agar dia boleh makan semasa bangun sahur Maaf ye anak benda yang tak logik memang malas ummi nak layan Mana mungkin masak seri muka pukul 11 lebih malam T...
5 Arrested After Cop Found Dead In Seri Kembangan

5 Arrested After Cop Found Dead In Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 223 hits
Selangor police chief Hussein Omar Khan said the five suspects were arrested in Balakong yesterday PETALING JAYA Police have arrested five men over the death of a policeman whose body was found in Seri Kembangan early yesterday morning The ...
Tular Foto Digari Pihak Berkuasa Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau Kelakar Pandai Mereka Edit

Tular Foto Digari Pihak Berkuasa Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau Kelakar Pandai Mereka Edit

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 222 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberi respon setelah tular fotonya digari oleh pihak berkuasa Difahamkan gambar tersebut disunting individu tidak bertanggungjawab dan Siti memaklumkan dia tidak pernah melihatnya ...
Mainoo Memberikan Sesuatu Yang Berbeza Kepada England Kata Southgate Selepas Seri Dengan Belgium

Mainoo Memberikan Sesuatu Yang Berbeza Kepada England Kata Southgate Selepas Seri Dengan Belgium

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 225 hits
KOBBIE MAINOO memberi England satu profil pemain tengah yang berbeza kata pengurus Gareth Southgate pada hari Selasa apabila beliau mempertimbangkan pilihan untuk Euro 2024 selepas pasukannya menyelamatkan seri 2 2 lewat melawan Belgium di ...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Bian Gindas Cinta Angka Satu Chord

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya

Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti

Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Keadilan Untuk Wan Ahmad Faris