Ulasan Kesan Ngeri Konsep Negara Berpendapatan Tinggi Najib


 
ULASAN | Kesan ngeri konsep negara berpendapatan tinggi Najib

Dalam debat semalam, Najib Razak menyebut dengan tegas; jangan tinggalkan idea negara berpendapatan tinggi.

Mana-mana kerajaan dan perdana menteri ketika pentadbiran mereka akan selalu akan mengangkat satu tema untuk memandu hala tuju pembangunan negara. Untuk objektif yang sama iaitu demi rakyat.

Apakah negara berpendapatan tinggi adalah konsep jitu untuk memakmurkan negara? Dalam erti kata lain, apakah apabila negara punya pendapatan tinggi maka rakyat akan kaya, punya gaji lebih baik, punya kuasa beli yang lebih kuat dan makin kurang orang miskin? Jika ia tidak menjamin perkara itu, maka apa makna mendapat label negara berpendapatan tinggi?

Brunei misalnya adalah negara berpendapatan tinggi kerana hasil minyak, lebih tinggi dari Korea Selatan. Namun apakah rakyat Brunei secara relatifnya lebih berpendapatan tinggi dan punya gaji lebih baik? Apakah ia lebih maju dari Singapura? Ramaikah pelabur datang ke Brunei? Dan mengapa rakyat kita umumnya tidak berpusu-pusu ghairah untuk masuk bekerja di Brunei seperti ramainya rakyat kita mencari kerja di Singapura mahupun Korea Selatan? Bahkan tak kedengaran rakyat Malaysia ingin sambung pengajian tinggi di Brunei. Itu contoh negara berpendapatan tinggi.

ADS

Model ekonomi Najib Razak dalam menjayakan visi ini ialah berhutang, bukannya menarik pelaburan asing langsung (FDI). Hutang ialah hutang dan perlu dibayar. Maka dihutang dengan kerajaaan China untuk segala macam bentuk pembangunan yang ingin dibuat.

"Kamu mahu buat kereta api laju? Baik kami datang bina. Segala macam perkakasan, tenaga kerja, duit bank kami bawa sekaligus. Tak payah pakai pun pekerja tempatan. Kamu bagi konsesi dan tanah, maka kami buat. Sudah siap nanti bayar ansur-ansur. Kamu mahu bangunan tinggi? Kami buat semua. Kamu mahu menara telekomunikasi di seluruh negara? Kami pasang. Tapi kami mahu seluruh jajaran tanah air untuk kami pasang. Tak perlu vendor-vendor apa pun."

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah satu contoh hutang. Nilai hutang projek menjadi begitu luar biasa. Inilah yang dirundingkan kembali oleh kerajaan PH ketika naik memerintah. Perjanjian hutang sudah dibuat. Membatalkannya memberi implikasi yang lebih besar. Jadi dirundingkan supaya dapat diturunkan harga projek supaya beban hutang lebih lega.

Apa akan jadi jika semua hutang ini tidak boleh dibayar? Atau kemudiannya projek ini tidak memberi impak ekonomi yang diharapkan. Ini berlaku di Sri Lanka yang juga buat pembangunan dengan konsep yang sama iaitu hutang dengan China. Di Sri Lanka, ada lebuh raya yang tidak digunakan dengan sepenuhnya kerana rakyat yang miskin tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Ia lengang dan sunyi.

Begitu juga pelabuhan dan lapangan terbang di Sri Lanka. Ia amat sunyi bagaikan dalam filem zombie lakonan Will Smith. Limpahan kerja yang kononnya diharap itu tidak berlaku. Kos untuk mengguna pakai kemudahan tersebut oleh rakyat marhaen terlalu mahal. Tetapi infrastruktur ini negara sudah dapat melalui hutang. Hutang tetap kena bayar tapi tak mampu untuk dibayar.

Ketika inilah pemberi hutang (China) berikan komitmen Tiga Abdul - jangan marah nanti kena jual.

"Kami bina bandar ini, berikan syarat menetap tetap kepada rakyat kami. Produk makanan beli dari kami sepenuhnya. Kami bawa segala macam barang makan. Subsidi untuk rakyat? Tamatkan sebab subsidi akan kurangkan duit negara yang patutnya diguna untuk selenggara operasi kendali projek mega ini. Kadar tarif juga longgarkan. Kami akan putuskan kadar tarif yang sesuai untuk kamu.

"Tanah-tanah strategik negara berikan kepada kami untuk ditadbir dan buat pembangunan supaya dapat bayar hutang kami. Kadar faedah bank kami tentukan. Guna mata wang duit kami lebih baik sebab mata wang kamu rendah sangat dan tiada nilai sekarang. Harga jual segala macam barang keperluan kami putuskan kadar harganya supaya cepat dapat duit untuk bayar balik hutang-hutang ini."

Nah, kamu tak ambil duit rakyat satu sen pun kan.

Inilah bentuk penjajahan baru. Ia akibat ngeri konsep negara berpendapatan tinggi versi Najib Razak. Ia berlaku. Memang berlaku di tanah air ini. Disebabkan itu ada ramai yang mempertikai bagaimana ECRL nanti boleh beroperasi dengan baik. Apa harga tiket yang akan dikenakan pada rakyat? Jika ia tidak mencapai titik ekonomi yang baik, bagaimana untuk bayar hutang untuk membinanya?

Kita telah saksikan bagaimana hari ini rakyat Sri Lanka telah bangun protes bahkan hingga mencetuskan rusuhan. Kerana dengan segala kemudahan mewah yang diperolehi, kehidupan rakyat mereka telah dicatu. Barang makan dicatu. Susu anak dicatu. Pembelian minyak petrol dicatu hingga rakyat berbaris panjang di stesen minyak. Rakyat berhak protes kerana apa dosa mereka dihukum untuk kehidupan banduan seperti itu.

Kestabilan politik yang dicanang oleh Umno dan BN adalah ibarat jerat yang dipasang di pinggir aur. Mereka perlukan kuasa mutlak ini kembali untuk kaut dan kawal kerosakan yang sudah dilakukan mereka. Hari ini selepas Langkah Sheraton, satu persatu kedudukan strategik ekonomi negara rebah. Ia bermula dengan kejatuhan ringgit. Kemudian datang dengan kenaikan harga barang yang menggila. Bekalan makanan asas seperti ayam sering terputus. Lalu datang pula aset-aset perniagaan strategik negara di ambang muflis. Terbaru bank sudah naikkan kadar OPR pinjaman. Akan datang, inflasi yang luar biasa.

Ini semua demi sebuah negara kerajaan Melayu Islam dan berpendapatan tinggi.

~Zamir Ghazali

Ketua Pemuda PH Terengganu.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/ulasan-kesan-ngeri-konsep-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 339 hits
Debat Anwar Najib kata Anwar banyak mana pun projek mega tidak akan ada gunanya kalau tiada prinsip intigriti Namun sedar tak Anwar dan najib untuk dapat prinsip intigriti itu dan nak tegakkan prinsip intigriti itu nak dapat dari mana sumbe...
Negara Pendapatan Tinggi Anak Muda Tiada Pekerjaan

Negara Pendapatan Tinggi Anak Muda Tiada Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 175 hits
Negara pendapatan tinggi anak muda tiada pekerjaan Posted By on May 19 2022Kerajaan BN PN terus menerus memamaikan rakyat dengan mendodoikan mereka dengan harapan palsu bahawa Malaysia akan memperolehi status negara berpendapatan tinggi sed...
Najib Diketawakan Tidak Tahu Maksud King

Najib Diketawakan Tidak Tahu Maksud King

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 268 hits
Ada lebih baik kalau meneliti hujah perdebatan Rafizi dengan Saifudin sekurang kurang nya mereka bakal pelapis pemimpin negara jika berada pada sikap dan landasan yang betul Najib dan Anwar adalah dua manusia yang mempunyai rekod gagal dan ...
Siri 91 Rayuan Akhir Src Najib Razak Isu Hakim Nazlan

Siri 91 Rayuan Akhir Src Najib Razak Isu Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 178 hits
SUDUT PERUNDANGAN BERSAMA TUAN HANIFF KHATRI TAJUK BICARA MAHKAMAH TANPA GUNDAH GANJARA RAYUAN AKHIR SRC NAJIB RAZAK ISU HAKIM NAZLAN TARIKH 13 MEI 2022 MASA 9 00 MLM MODERATOR ZAWAZI YUSOF
Debate Anwar Najib Siapa Yang Menang

Debate Anwar Najib Siapa Yang Menang

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 380 hits
Tiada siapa yang menang Kedua dua mereka Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak tidak paham apa masalah negara yang sebenarnya
Banyak Hujah Najib Jadi Bahan Senda Netizen

Banyak Hujah Najib Jadi Bahan Senda Netizen

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 290 hits
SHAHBUDIN HUSINWalaupun debat perdana antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak telah berakhir sebelum jam 11 malam tadi tetapi perdebatan di media sosial mengenainya masih lagi berlarutan sehingga ke awal pagi Paling teruk diperdebatkan iala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization