Ulasan Huawei P30 Setelah Lebih Sebulan Bersama


Tolak tepi dulu topik politik atau sekatan US atau apa saja yang tak berkaitan, kita tumpu pada sebuah device yang telah menjadi pendamping saya kemana saja saya pergi sejak lebih sebulan lalu. Ianya Huawei P30. Sebuah smartphone “separa flagship” yang dilancarkan di Paris pada hujung Mac lalu bersama-sama flagship P30 Pro dan beberapa device lain termasuk smartwatch Huawei Watch GT.

Secara rasminya Huawei Malaysia hanya membawa masuk satu varian iaitu versi RAM 8GB dan storan 128GB. Harga rasmi yang dicadangkan Huawei Malaysia adalah RM2,699 pada awalnya tapi kini telah diturunkan ke RM2,299.
SpesifikasiHuawei P30ELE-L29SkrinOLED 6.1″ FHD+ 2340 × 1080
422 ppi / notch
19.5:9 aspect ratio
85.8% screen to body ratio
Wide Color Gamut (DCI-P3)
HDR10SoCHuawei Kirin 980
Dual NPUs (Neural-network Processing Unit)
7nm / 8-core
2 × Cortex-A76 @ 2.6 Ghz /
2 × Cortex-A76 @ 1.92 Ghz /
4 × Cortex-A55 @ 1.8 GhzGPUMali-G76 MP10RAM8GBStorage128GB internal
Slot NM max 256GB (berkongsi slot SIM 2)Kamera Belakang40 MP (Wide Angle Lens, f/1.8 aperture)
16 MP (Ultra Wide Angle Lens, f/2.2 aperture)
8 MP (Telephoto, f/2.4 aperture, OIS)
Autofocus (laser + phase + contrast)
AIS (HUAWEI AI Image Stabilization)Kamera Hadapan32MP f/2.0
Face recognitionBateri3,650 mAh
Huawei SuperCharge 22.5WOSAndroid 9 Pie
EMUI 9.1Lain-lainLTE Band 1/2/3/4/5/6/7/8/9/12/17/18/19/20/26/28/32,34,38,39,40
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Bluetooth 5.0
Fingerprint scanner didalam skrin
Compass / Gyroscope
USB Type C, USB 3.1Aksesori didalam kotakAdaptor SuperCharge 22.5W
Earphone
Silicone case
Kabel USB ke type-C
Pin SIM ejectorRekaan dan binaanTerdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan untuk P30 di Malaysia iaitu yang saya gunakan Breathing Crystal yang menampilkan warna gradient dari biru cerah diatas ke ungu dibawah. Warna Aorora pula gabungan biru dan hijau manakala satu lagi pilihan warna adalah hitam tanpa efek gradient.
Warna “breathing crystal” ini sangat reflektif kadangkala kelihatan seperti cermin ketika ditempat cerah.Jika dibandingkan dengan P30 Pro yang tampil dengan skrin curve, P30 pula selesa dengan design konvensional skrin rata dan juga gril speaker dibahagian atas skrin, juga tidak seperti Pro yang tak memerlukan gril earpiece sebab bunyi dikeluarkan melalui skrin dari getaran akustik. Pada P30 Pro cuma kaca belakang saja yang curve.
Perbandingan saiz P30 Pro (kiri) dan P30 “tak pro” (kanan)Tengok la besar mana P30 tak pro ni. Tangan saya yang dah terbiasa guna fon besar ni kekok sikit sebab dah lama tak rasa fon kecil molek begini. First impressions, pegang memang sedap. Dah la kecil, kesemuanya dari kaca skrin, frame aluminium sehingga ke kaca belakang terpasang kemas, seamless, dan langsung tak terganggu oleh mana-mana bucu atau sudut tajam.
Poket kecil dalam poket seluar pun kini dah boleh digunakan kembali. P30 dah mengingatkan kembali betapa nikmatnya lebar 71.36mm dan tebal hanya 7.57mm didalam genggaman seperti Xperia P yang pernah saya guna 7 tahun lalu.
Berbanding iPhone XR, saiz skrin sama dengan P30 tapi Huawei mampu mengurangkan lebar P30 sebanyak 4.3mm terima kasih kepada bezel tepi yang nipis hanya berukuran 3.17mm berbanding 5.5mm pada iPhone XR.
Dari pemilihan material hingga ke rekabentuk P30 saya bagi 4.5 bintang. Kurang setengah bintang sebab bump kamera belakang.

Kamera kembar 3 di belakang ni boleh tahan tinggi juga timbulnya. Kalau tak guna casing, letak pula di permukaan rata, macam jongkang-jongket jadinya. Faham je la dah nak nipis lepas tu nak sensor kamera power terpaksa la kan.

Kat depan pula, sayangnya tiada teknology fancy pada kamera depan macam pop-up atau flip jadi hasilnya notch kecil berbentuk U ditengah-tengah bahagian atas skrin OLED ini. Jangan anggap sama dengan model mid-range macam Redmi Note 7 atau Galaxy A30 tu sebab notch U pada P30 lebih kecil.
Rating IP53 yang diberikan kepada P30 bermakna smartphone ini mampu bertahan percikan air serta kalis debu. Setakat ni saya dah beberapa kali basuh P30 dengan air paip yang mengalir, fon ini bertahan dengan jayanya.
HardwareBerbekalkan skrin OLED seperti yang diketahui umum mampu menghasilkan warna yang terang atau vibrant dan contrast ratio tahap infiniti atau dengan kata lain hitam yang betul-betul hitam.

Huawei membenarkan pengguna memilih sendiri untuk paparan warna vivid yang lebih terang ataupun kekal dengan normal untuk warna yang lebih natural. Juga color temperature seperti kebanyakan smartphone lain, boleh disesuaikan dengan kehendak masing-masing.
Walaupun kebanyakan flagship menampilkan resolusi 2k, P30 hanya sekadar FHD+ 1080p. Sejujurnya resolusi 2k pada smartphone adalah perkara terakhir yang saya harapkan, tak ada pun tak apa sebab mata kita bukan mikroskop. Apa saja lebih dari 400 pixel per inci sudah cukup. iPhone XR cuma 326 ppi pun ok je.
Loudspeaker, speaker tunggal ditala kebawah. Bunyi cukup kuat, cukup sedap, dan cukup berkualiti. Kesimpulannya, terbaik.
In-display fingerprint scanner. Huawei P30 mampu menerima fingerprint untuk diimbas pada bila-bila masa termasuk ketika phone dalam keadaan standby dan skrin dimatikan. Cuma masalahnya alignment jari dan lokasi sensor sering tersalah. Walaupun dah lama guna sering tekan cap jari sedikit lari dari yang sepatutnya. Cara terbaik adalah tap dulu skrin untuk memaparkan kedudukan fingerprint sensor baru letakkan jari disitu. Masa pengecaman cap jari ini cukup pantas, no complaint.
PerformanceKirin 980 pertama kali digunakan pada siri Mate 20 tahun lepas. Ia adalah yang kedua dipasarkan menggunakan teknologi 7nm selepas Apple Bionic A12 yang digunakan pada iPhone XS dan iPhone XR. Sebagai penanda aras, Kirin 980 mempunyai tahap performance lebih tinggi berbanding Snapdragon 845 tapi sedikit lebih rendah dari Snapdragon 855.

Konfigurasi yang menarik dilihat pada chip ini dimana Huawei menggunakan 2 core ARM Cortex-A72 dengan clock frequency maximum sehingga 2.6GHz, 2 lagi juga A72 dengan frequency lebih rendah dan lagi 4 menggunakan Cortex-A55 untuk penggunaan biasa dan jimat penggunaan bateri. Dengan konfigurasi ini Kirin 980 mampu membekalkan performance tinggi terutamanya ketika gaming.
Kelebihan menggunakan chip flagship seperti ini adalah future proof. Ia boleh memainkan apa saja mobile game yang ada pada masa sekarang dan mungkin masih kekal begitu sampai 3 tahun lagi.
Result benchmark seperti disangka. Kesemua benchmark ini dilakukan pada performance mode untuk melihat kemampuan maksimum smartphone ini. Dari segi dunia nyata, kesemua game yang saya cuba pada setting tertinggi berjalan dengan lancar tanpa frame drop sedikit pun. Ini termasuklah settung HDR, Ultra frame rate, anti-alias dan shadows dihidupkan.
BateriHuawei P30 menyertakan bateri bersaiz 3,650 mAh. Disebabkan pasaran sekarang dibanjiri bersaiz 4,000 mAh keatas, jadi yang dibawah dari tu terasa macam kecil. Tambahan pulak apps dan hardware zaman sekarang ni agak demanding bab power usage ni. Jadi apabila saya tak set expectation terlalu tinggi pada P30 ni, hasilnya saya agak terkejut apabila smartphone ini mampu bertahan lebih dari jangkaan awal.
Huawei P30 dengan bateri kecil ini mampu memberikan kuasa yang cukup untuk seharian walaupun untuk penggunaan yang berat. Sebagai perbandingan Samsung A30 dengan 4,000 mAh hanya mampu bertahan sampai petang pada usage yang sama. Boleh disimpulkan optimization yang dilakukan oleh Huawei sangat baik dan Kirin 980 dengan teknologi 7 nano meter sangat-sangat efisyen.
Untuk pengecasan, Huawei membekalkan adaptor SuperCharge® 22.5W didalam kotak. Secara keseluruhan charger ini mampu mengecas dari 0% ke 100% dalam keadaan standby (Always-on-display dihidupkan) dalam masa 1 jam 15 minit. Lebih baik dari Super VOOC pada  OPPO Reno. 1 jam pertama agak pantas, pengecasan sehingga 95% kemudian ia sedikit perlahan untuk mencapai 100%, sama seperti pengecas pantas yang lain ia sengaja dilakukan begitu untuk tujuan keselamatan.
Atas dasar ingin tahu saya juga mencuba charger SuperCharge 40W yang didatangkan bersama-sama Huawei P30 Pro mana tau kalau ia lebih pantas, hasilnya tengok la sendiri kat graf bawah ni. P30 tidak menyokong sampai 40W jadi guna adaptor 40W tidak akan memberikan apa-apa kelibehan pada smartphone ini, malah lebih perlahan dari 22.5W.

 
EMUI 9.1 / Android 9 PieSehingga versi 9.1, perjalanan EMUI sangat panjang. Daripada UI yang bercirikan “iPhone wannabe” kini EMIU sudah matang dan punyai identiti tersendiri. Daripada look and feel sehingga ke fine tuning saya rasakan tiada sebab untuk tidak menyukai EMUI terbaru ini. Ia lengkap dengan fungsi yang anda harapkan termasuk dark mode, gesture navigation, malah app drawer juga tersedia. Cuma icon app drawer tu nampak outdated sikit malah kebanyakan launcher sekarang beralih ke swipe-up untuk membuka app drawer.

Cuma yang agak annoying sedikit EMUI seperti sebelum ini ia kurang mesra 3rd party launcher. Contohnya jika anda gunakan Poco Launcher + gesture navigation, untuk ke screen multi-tasking, animation tidak berfungsi. Cuma selain dari masalah kecil ini, tiada lagi masalah lain dijumpai.
Fungsi call recording tidak tersedia untuk EMUI versi global. Tapi hanya dengan install satu APK yang tersedia disini fungsi ini sudah boleh digunakan seperti biasa pada dialer default. Ketiadaan kamera ToF seperti pada P30 Pro membuatkan fungsi AR Measure tidak tersedia pada smartphone ini. 
Dan yang paling menarik disebalik masalah politik melibatkan US dan China, Huawei masih boleh mengesahkan P30 akan menerima Android Q bersama-sama EMIU 10.
KameraSiri P bagi Huawei bermaksud Photography. Jadi tidak hairanlah setiap keluaran baru siri P akan menampilkan kamera baru yang dipertingkatkan. Berbanding top-of-the-line P30 Pro, model P30 kehilangan kamera dengan sistem zoom periscope dan juga 3D depth sensing ToF camera. Jika dilihat lebih detail, P30 Pro juga mempunyai kamera utama dengan aperture lebih besar dan kamera ultrawide dengan megapixel lebih tinggi.
Namun kamera pada P30 masih tidak boleh dipandang rendah. Sepanjang penggunaan saya kamera ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya dengan hasil yang menarik. Ia juga masih mampu mengambil gambar bulan dengan zoom maksimum 30x.

3 kamera di belakang disusun memanjang seperti model sebelumnya, siri P20. Yang paling atas adalah kamera telephoto 8MP f/2.4 untuk tujuan zoom termasuk 3 x zoom optical dan 5 x zoom hybrid. Yang kedua ditengah-tengan adalah kamera ultrawide 16MP f/2.2 yang juga digunakan untuk gambar Super Macro. Dan yang paling bawah adalah kamera utama 40MP f/1.8. Seperti tertera pada badan smartphone ini, ketiga-tiga kamera ini menggunakan lensa Vario-SUMMILUX keluaran Leica hasil kerjasama dengan Huawei sejak zaman P9 lagi. Flash LED berkembar dan sensor laser untuk fokus berada dibawah modul kamera ini.

UI kamera ringkas, di bahagian kiri terdapat quick toggle untuk setting, AI, color mode, flash dan juga HiVision. Di bahagian kanan pula untuk memilih mode yang terdiri dari Aperture, Night, Portrait, Photo (default), Video, Pro, dan More untuk 13 lagi mode tambahan termasuk Slow-Mo, AR Lens, HDR, Light Painting, Super Micro, Dual View dan lain-lain.
AI berfungsi dengan baik sekali. Banyak scene dapat dikenalpasti dan P30 akan melakukan fine tuning untuk gambar terbaik bergantung kepada scene yang ditetapkan. Namun disebabkan AI sangat agresif, pantang ada muka orang ia akan terus ke portrait mode. Portrait mode dengan kesan bokeh sangat cantik dan P30 dapat membezakan gambar utama dan latar belakang dengan baik sekali. Beautification dan background blur boleh di-set ikut kehenda masing-masing.
Untuk fungsi zoom, P30 berkebolehan zoom optical 3x dan zoom hybrid 5x. Selebihnya sehingga 30x adalah zoom digital yang secara teknikal nya seperti gambar crop.
Lihat bagaimana tulisan diatas silo simen yang jaraknya hampir 500 meter masih dapat dibaca dengan zoom 30x. Walaupun digital zoom, jumlah detail dalam 40 juta pixel juga membantu untuk membuatkan gambar hasil zoom 30x masih kelihatan ok.
Keadaan dimana mata kasar langsung tidak dapat melihat warnaLow light adalah kelebihan dan kekuatan smartphone ini. Gambar diatas ini contohnya, ia dalam keadaan gelap dan hanya dapat melihat samar-samar dengan mata kasar. Hasil gambar dari P30, tanpa tripod, hanya menggunakan tangan, lihatlah sendiri. Disini juga rakan saya dengan iPhone XR dan Samsung Galaxy S10 menyimpan kembali smartphone mereka kedalam poket.
Berikut beberapa gambar low-light hasil tangkapan P30.
Mode Super Macro juga tak kurang hebat. Tengok lalat kat bawah ni, sekali bulu-bulu dapat tangkap.
Mode Super MacroSeteruanya yang ingin saya highlight ialah HiVision. Ia adalah keupayaan AI untuk mengenalpasti gambar untuk melakukan 5 tugas utama. 1-QR Code untuk membaca apa saja jenis barcode. 2-Translate untuk mengenalpasti tulisan untuk di-translate secara real-time. Yang ke-3 lebih menarik iaitu mode shopping dimana ia akan mengenalpasti objek dirakam kamera dan terus memberi link ke online shopping di Lazada atau Shopee. Yang seterusnya ke-4 adalah calories untuk memberitahu anggaran kalori dalam makanan yang ditunjukkan padanya. Dan yang terakhir adalah identify, dimana untuk HiVision memberitahu apakah objek yang dilihatnya.
Nuget ayam berjaya dikenalpasti oleh HiVisionDIdepan, Huawei P30 mempunyai kamera unit tunggal berkemampuan 32MP f/2.0.
Sudut pandangan kamera depan memuaskan. Detail tahap sampai boleh nampak janggut dan misai, kira ok. Tapi kemampuan low-light tidak begitu memuaskan. Disebabkan kemara kembar 3 di belakang terlalu hebat, kamera depan terasa seperti sekadar melepaskan batuk ditangga. Apa pun P untuk Photography, bukan untuk selfie. Mungkin tumpuan terhadap selfie diberikan pada siri Nova.

Untuk video, Huawei P30 mampu mengambil resolusi maksimum 4K 30 fps ataupun 1080p 60 fps. Audio dirakam dengan baik, contoh video diatas diambil dalam suasana bising dek kerana volume speaker kugiran tu terlalu tinggi, tapi Huawei P30 steady saja dapat semua detail audio tersebut tanpa sebarang distortion. OIS dan EIS berfungsi dengan baik pada kesemua resolusi termasuk 4K.
Kesimpulan
Yang terakhir, berbaloi tak bayar lebih dari RM2k untuk model separa flagship ni? Sedangkan anda boleh dapat full flagship dengan harga yang lebih murah seperti Xiaomi Mi 9, atau gaming phone 90Hz seperti Nubia Red Magic 3, atau smartphone tanpa notch Mi Mix 3. Jawapan saya, tepuk dada tanya selera, cuma nak ingatkan kamera ketiga-tiga smartphone yang saya sebutkan tu tak mampu lawan Huawei P30.
The post [Ulasan] Huawei P30 – Setelah Lebih Sebulan Bersama appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lepakcc.com/ulasan-huawei-p30-setelah-lebih-sebulan-bersama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

Ulasan Huawei P30 Pro Peranti Untuk Fotografi Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 295 hits
Tahun lalu buat pertama kali dalam sejarah Amanz peranti Huawei dinobatkan sebagai yang terbaik sepanjang 2018 Huawei Mate 20 Pro menerima anugerah ini kerana sistem tri kameranya yang membawakan inovasi yang tidak ditemui pada peranti lain...
Huawei Berjaya Menjual Lebih 10 Juta Unit Huawei P30 Dalam Masa 85 Hari

Huawei Berjaya Menjual Lebih 10 Juta Unit Huawei P30 Dalam Masa 85 Hari

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 295 hits
Walaupun sedang mengalami krisis perdagangan bersama A S peranti Huawei masih menerima permintaan yang tinggi oleh pengguna Mengikut perkongsian daripada Huawei mereka telah berjaya menjual lebih 10 juta unit Huawei P30 dalam masa hanya 85 ...
Telefon Pintar Huawei Terus Terima Sambutan Ini 5 Sebab Kenapa Pengguna 100 Lebih Yakin

Telefon Pintar Huawei Terus Terima Sambutan Ini 5 Sebab Kenapa Pengguna 100 Lebih Yakin

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 319 hits
Anda pasti pernah menonton atau terjumpa iklan produk yang seringkali menggunakan peratusan 99 9 sebagai jaminan maksimum bahawa produk mereka diyakini sangat berkesan dan selamat untuk digunakan Namun persoalannya mengapa tidak 100 Bukanka...
Ceo Huawei Mendakwa Yang Hongmeng Os Adalah Lebih Pantas Dari Macos

Ceo Huawei Mendakwa Yang Hongmeng Os Adalah Lebih Pantas Dari Macos

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 211 hits
Hongmeng OS atau ArkOS adalah sistem operasi baharu tersendiri dari Huawei Sistem operasi ini dikatakan adalah pengganti kepada Android Windows dan juga sistem operasi untuk peranti boleh pakai mereka Menurut laporan Terkini CEO Huawei Ren ...
Huawei Kemas Kini Harga Huawei P30 Kini Bermula Rm2299

Huawei Kemas Kini Harga Huawei P30 Kini Bermula Rm2299

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 221 hits
Setelah hadir dengan beberapa peranti menarik tahun ini Huawei kini memulakan pertengahan tahun kedua 2019 dengan mengumumkan kemaskini pada harga jualan siri Huawei P30 dan juga untuk Huawei Nova 3i Huawei P30 kini ditawarkan pada harga RM...
Telefon Huawei Kini Hadir Dengan Harga Baru Lebih Mampu Milik Jaminan Selama 2 Tahun

Telefon Huawei Kini Hadir Dengan Harga Baru Lebih Mampu Milik Jaminan Selama 2 Tahun

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 372 hits
Baru baru ini Huawei telah mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan sebanyak 100 juta telefon pintar sehingga 31 Mei 2019 lalu Ia hanya mengambil masa sekitar 149 hari sahaja untuk mencapai angka pengeluaran sehingga 100 juta Pada 20 Ju...
Hong Meng Os Didakwa Lebih Laju Dari Anroid Dan Ios Tetapi Ceo Huawei Mengaku Ada Kekurangannya

Hong Meng Os Didakwa Lebih Laju Dari Anroid Dan Ios Tetapi Ceo Huawei Mengaku Ada Kekurangannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 330 hits
CE Huawei Reng Zhengfei yakin bahawa sistem operasi yang dibangunkan syarikatnya Hong Meng OS bakal beroperasi lebih pantas berbanding Android dan iOS tetapi mengakui ia tetap mempunyai kelemahan yang nyata Menurutnya Hong Meng OS mungkin b...
Siri Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx Super Rasmi Kini Dengan Prestasi Lebih Berkuasa

Siri Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx Super Rasmi Kini Dengan Prestasi Lebih Berkuasa

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 227 hits
Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super pada mulanya diacah sebelum acara Computex Taipei menjanjikan sesuatu yang berkuasa tetapi sayangnya tidak sempat ditunjuk di acara tersebut Pelbagai butiran mengenai siri kad grafik tersebut telah t...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri