Ulasan Filem The Man Without Gravity



Tahun Terbit | 2019Pengarah | Marco BonfantiPelakon | Elio Germano , Michela Cescon , Elena Cotta 
Ini filem yang sangat rare dan cukup luar biasa. Kalau korang nak filem yang memang luar kotak, The Man Without Gravity mungkin memberikan korang peluang untuk merasai sebuah filem yang lain dari yang lain. Dengar tajuk je pun dah tahu filem ni macam mana. Tetapi, dengar tajuk je tak jadi apa. Kena layan sekali untuk lihat isinya

The Man Without Gravity ialah sebuah filem Itali. Ianya bukan Hollywood. Dan menonton filem ini di Netflix membuatkan aku rasa kagum. Terus aku teringatkan kepada sebuah filem luar biasa lakonan Kirsten Dunst dan Jim Sturgess, Upside Down. The Man Without Gravity dan Upside Down mempunyai elemen sama dimana dunia dan wataknya luar dari kebiasaan normal

Dalam filem ini, kita diperlihatkan dengan perjalanan seorang lelaki bernama Oscar yang mana dilahirkan dengan berat yang sangat ringan sehingga dia boleh terapung seperti belon. Ibunya dan neneknya menjaganya dan merahsiakan daripada umum. Namun, keinginan Oscar untuk melihat dunia luar mengubah segalanya

The Man Without Gravity bukanlah filem romantik ataupun komedi. Ianya lebih kepada biografi fiksyen sebuah watak yang dilahirkan tanpa gravity. Kita diperlihatkan dengan perjalanan Oscar daripada kecil sehinggalah dia akhirnya dewasa. Perjalanan hidup yang panjang dirangkumkan dalam filem yang durasinya lebih kurang hampir 2 jam ini

Pada aku, sepanjang menonton filem ini, aku mengharapkan adanya konflik yang kuat dan menjadikan filem ini lebih intense dan penuh twist. Tapi, sayangnya, semua itu tidak ada. Apa yang filem ni sajikan hanyalah perjalanan watak yang dibina agak ringan dan sederhana. Tanpa twist yang besar dan umph.
Aku juga agak janggal dengan background watak Oscar yang kabur. Sehingga akhir filem, kita sendiri tidak diperjelaskan bagaimana Oscar boleh ringan sebegitu rupa. Mungkin pengarah mahu melepaskan semua jawapan itu ke otak penonton. Tapi aku pula lebih mengharapkan adanya penjelasan konkrit

Filem ini mungkin dibikin dengan bajet yang sederhana. Babak Oscar mengapung tidaklah begitu baik. Terasa seakan-akan masih belum bagus, tetapi cukup untuk menggambarkan keadaan Oscar yang sebegitu rupa. Tapi, aku salute pada idea sebegini yang memang sukar untuk execute tetapi akhirnya berjaya disampaikan dalam apa yang ada

Basically, The Man Without Gravity lebih kepada penceritaan tentang exploration of life sebagai seorang manusia luar biasa. Perjalanan Oscar yang penuh liku apabila dia memilih untuk mendapat jolokan The Man Without Gravity berakhir dengan pelbagai kesan yang mempengaruhi pelbagai aspek hidupnya.
Aku lebih suka untuk katakan yang filem ni sederhana sahaja. Aku harapkan The Man Without Gravity ni lebih banyak dengan konflik dan twist, tapi semua tu tak ada. Namun, untuk filem sebegini, penceritaannya cukuplah untuk bercerita tentang apa yang mahu diceritakan oleh pengarahnya

Sebuah filem yang tidaklah luar biasa tetapi mampu untuk berdiri sebagai sebuah filem yang rare. Namun, rare mana pun filem ni, executionnya tetaplah sederhana dan bolehlah dilayan walaupun tidaklah hebat mana.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/12/ulasan-filem-man-without-gravity-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Ejen Ali The Movie

Ulasan Filem Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 703 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Usamah ZaidPelakon Ida Rahayu Abu Shafian Abdul Hamid Nabilah RaisTahun ni ada tiga filem animasi keluaran negara Malaysia Meriah Cukup cukup meriah Masing masing ada kekuatannya yang tersendiri kerana semuanya ber...
Ip Man 4 Jadi Filem Kung Fu Terakhir Lakonan Donnie Yen

Ip Man 4 Jadi Filem Kung Fu Terakhir Lakonan Donnie Yen

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 625 hits
Pelakon kung fu terkenal dari China Donnie Yen mendedahkan bahawa filem Ip Man 4 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi bakal menjadi filem kung fu terakhir lakonannya Donnie Yen yang sememangnya terkenal dengan koreografi aksi kung fu yang...
David Ayer Ketuai Projek Remake Filem Perang The Dirty Dozen

David Ayer Ketuai Projek Remake Filem Perang The Dirty Dozen

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 392 hits
Pengarah Suicide Squad David Ayer dilaporkan sedang berunding dengan studio Warner Bros untuk ketuai projek remake filem perang klasik The Dirty Dozen Menurut laporan The Hollywood Reporter Ayer akan ditugaskan untuk menulis dan mengarahkan...
John Chu Diganggu Hantu Bilik Air Dalam Klip Filem The Grudge

John Chu Diganggu Hantu Bilik Air Dalam Klip Filem The Grudge

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 547 hits
Sony Pictures telah melancarkan klip filem The Grudge yang memaparkan babak di dalam bilik air dimana karakter John Chu telah diganggu hantu Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah The Grudge diarahkan oleh Nicolas Pesce manakala Sam ...
Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 378 hits
Filem biografi berkaitan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir nampaknya diambang masalah apabila terbitnya Terdahulu Marina Mahathir menyuarakan bahawa mereka tidak inginkan sebarang filem berkaitan keluarga mereka kerana memalukan kelu...
Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4 The Finale

Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4 The Finale

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 441 hits
Akhirnya hari yang dinanti nantikan oleh semua peminat cerita kungfu telah tiba bila filem Ip Man 4 The Finale dah mulakan tayangan gais Amacam Korang mesti enjoy gila tengok lakonan hebat dari Donnie Yen sepanjang filem kalini sebab ada ba...
Scott Adkins Mencabar Donnie Yen Dalam Trailer Antarabangsa Ip Man 4 The Finale

Scott Adkins Mencabar Donnie Yen Dalam Trailer Antarabangsa Ip Man 4 The Finale

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 414 hits
Pegasus Motion Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem aksi Kung Fu yang paling dinantikan Ip Man 4 The Finale lakonan Donnie Yen dan Scott Adkins Trailer tersebut memaparkan beberapa babak terbaru yang pastinya membuatkan and...
Keanu Reeves Telah Memulakan Latihan Menembak Sebagai Persediaan Untuk Filem John Wick 4 The Matrix 4

Keanu Reeves Telah Memulakan Latihan Menembak Sebagai Persediaan Untuk Filem John Wick 4 The Matrix 4

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 417 hits
Tidak dinafikan aktor kacak lagi santun Keanu Reeves masih lagi panas walaupun telah lama keluar dari kuali Reeves bakal muncul dalam dua sekuel blockbuster iaitu John Wick 4 dan The Matrix 4 yang bakal berkongsi tarikh tayangannya iaitu pa...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The History Of The Wheel A Revolutionary Invention

Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt