Ulasan Filem Rise To Power
Tahun Terbit | 2019Pengarah | Syamsul Yusof, Faisal IshakPelakon | Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Sharifah Sakinah
Rise To Power, sebuah filem prekuel kepada siri iFlix ni memang agak mengecewakan. Memang tidak mampu untuk membuka mata aku untuk melihat banyak benda yang aku harapkan bakal berlaku. Filem arahan bersama Faisal Ishak dan Syafiq Yusof ini kelihatan gagal pada mata aku untuk menampilkan aura sebuah spin-off dan menggabungkan dunia KL Gangster versi filem dan juga KL Gangster: Underworld
Filem yang kini boleh distrim di iFlix ini mengisahkan bagaimana perjalanan watak Madam Wong lakonan Dynas Mohktar daripada awal sehinggalah apa yang korang nampak dalam musim pertama KL Gangster: Underworld. Filem ni bermula dengan penghujung musim pertama KL Gangster: Underworld dan kemudian menggunakan flashback untuk bercerita
KL Gangster: Underworld tidak menghubungkan dunia sinematik KL Gangster versi filem dan juga KL Gangster: Underground dengan sempurna. Itu ialah sedikit mengecewakan pada aku. Apa yang ada dalam filem ni hanyalah para gangster baru yang memang takde pun dalam musim pertama KL Gangster: Underground dan sebuah plot yang memang berbelit-belit
Kemunculan King yang menjadi satu-satunya watak yang muncul dalam dunia universe KL Gangster versi siri dan filem hanyalah sia-sia dan tidak mempunyai sebarang kepentingan yang besar. Watak King juga kelihatan diletakkan sebagai selotape yang tak ada motif besar yang memang menjadikan kemunculannya agak mengecewakan.
Kalau korang harapkan Rise to Power ni menghadirkan watak-watak cameo lain seperti Shark mahupun Fadil, korang lupakan sahaja kerana mereka semua terpisah dari dunia filem ni. Sayang sungguh, kalau ada cameo mereka walaupun seminit dua pasti menjadikan filem ni lebih rempah dan rasa
Aku memang agak kurang suka dengan dialognya yang memang terlalu cheezy sampai geli tekak. Kelihatan sangat dialognya cuba untuk berlagak gangster, tetapi apabila semua watak bercakap seakan-akan mahu beri punchline gangster-style, filem ni memang membosankan. Dialog yang kadang-kadang nampak fake je dan sangat membosankan
Rise to Power memfokuskan tentang hubungan Ayah Zan dan Madam Wong sebelum musim pertama KL Gangster: Underworld. Namun, terlalu banyak subplot filem ni yang pada aku terlalu menutup kisah hubungan dua watak hebat dari siri KL Gangster: Underworld ini. Terlalu ambitious untuk memperkenal watak baru sehinggakan watak penting pun tenggelam.
Memang aku agak kecewa dengan filem Rise to Power. Walaupun ada babak aksi pertarungan yang memang lebih baik garapannya daripada siri musim pertama KL Gangster: Underworld, ianya tak cukup. Malah, babak akhir filem ni memang nampak terlalu mudah dan seakan-akan ringkas sangat.
Dari aspek positif, tak dinafikan filem ni memang punya level keganasan yang lebih. Thanks kepada kerja buat geng CGI yang berjaya membina babak yang mengerikan. Ianya ialah antara kekuatan filem ni yang tak dinafikan. Malah, disebabkan filem ni tidak ditayangkan di pawagam, elemen kata kesat dan babak yang lebih berani menjadi faktor penarik
Tapi, sayangnya Rise to Power bukanlah kebangkitan KL Gangster yang sempurna. Ianya hanya cukup untuk berkisah tentang Madam Wong dan Ayah Zan. Namun, untuk memperbesarkan dunia KL Gangster, filem ni memang gagal. Terlalu banyak karakter yang diperkenalkan namun hanyalah sekadar diciptakan untuk ada, tetapi tidak bergerak dengan baik.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2019/09/ulasan-filem-rise-to-power-2019.html