Ulasan Filem Carry On


Assalamualaikum dan salam sejahtera

FIlem Caryy-On (2024) merupakan sebuah filem aksi/thriller diarahkan oleh Jaume Collet-Sera dan ditulis oleh T. J. Fizman. Filem ini dibintangi oleh Taron Egerton, Sofia Carson, Danielle Deadwyler dan Jason Bateman. Filem ini telah ditayangkan di netflix pada 13 Disember 2024 dan menerima ulasan positif serta menerima jumlah tontonan tertinggi bagi filem-filem yang ditayangkan di Netflix

FILEM CARRY-ON (2024)
Pengarah : Jaume Collet-Serra
Penulis : T. J. Fixman
Penerbit : Dylan Clark
Sinemtografi : Lyle Vincent
Edit : Fred Raskin / Elliot Greenberg / Krisztian Majdik
Muzik : Lorne Balfe
Tarikh Tayangan : 13 Disember 2024
Durasi : 119 minit
Bajet : $USD 47 Juta
Rotten Tomatoes : 88%Metacritic : 69/100

BARISAN PELAKON FILEM CARRY-ON 2024Taron Egerton sebagai Ethan KopekJason Bateman sebagai The TravelerSofia Carson sebagai Nora ParisiDanielle Deadwyler sebagai Elena ColeTheo Rossi sebagai The WatcherLogan Marshall-Green sebagai Agent AlcottDean Norris sebagai Phil SarkowskiSinqua Walls sebagai Jason NobleCurtiss Cook sebagai Lionel WilliamsJosh Brener sebagai HerschelBenito Martinez sebagai Security Director Marm BellowsSINOPSIS FILEM CARRY-ON (2024)

Ethan Kopek, seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, menjadi sinis dan tidak bercita-cita tinggi selepas gagal dalam akademi polis kerana menyembunyikan sejarah jenayah bapanya. Pada malam Krismas, teman wanitanya yang sedang hamil, Nora, menggalakkannya untuk memohon semula dan mengejar impiannya. Namun, Ethan meminta penyelianya, Phil Sarkowski, menugaskannya untuk mengendalikan lorong pemeriksaan bagasi, dengan harapan dapat membuktikan kelayakannya untuk kenaikan pangkat

Semasa bertugas, Ethan menerima fon telinga dan dihubungi oleh seorang tentera upahan kejam, Traveler, yang mengarahkannya untuk membiarkan sebuah beg bimbit tertentu melepasi pengimbas—jika tidak, Nora akan dibunuh. Rakan Traveler, Watcher, memantau Ethan dari jauh dan menggagalkan percubaannya untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa. Ethan secara rahsia memberi amaran kepada rakannya, Lionel, menggunakan mesej yang ditulis dengan dakwat tidak kelihatan. Namun, sebelum Lionel dapat bertindak, Traveler meracuninya dengan akonitin, menyebabkan serangan jantung yang membawa maut


Disebabkan kelakuan Ethan yang kelihatan tidak menentu, rakannya Jason mengambil alih tugasnya. Traveler memberi amaran bahawa dia sanggup membunuh Jason demi menjayakan rancangannya, jadi Ethan meletakkan minuman beralkohol di tempat kerja Jason, yang apabila ditemui oleh Phil, menyebabkan Jason disingkirkan. Selepas mengambil alih tempat Jason, Ethan membiarkan seorang lelaki membawa beg bimbit itu melepasi pemeriksaan seperti yang diarahkan, dan melihat daripada pas penerbangannya bahawa namanya ialah Mateo Flores. Traveler kemudian mendedahkan bahawa beg itu mengandungi Novichok, sejenis agen saraf yang sangat berbahaya


Sementara itu, detektif Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Elena Cole, menyiasat pembunuhan berganda dan mendapati mangsa telah menyeludup Novichok ke dalam negara. Cole memberi amaran kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan mengaitkan ancaman tersebut dengan panggilan 911 yang tidak selesai daripada Ethan. Sebagai tindak balas, pemeriksaan menyeluruh di terminal diperintahkan, dan Ethan secara rahsia menambah nama Mateo dalam senarai penumpang yang perlu diperiksa. Namun, Traveler mengesyaki gangguan Ethan dan menghadapinya di dalam tandas. Ethan merampas pistol plastik Traveler. Sebagai balasan, Traveler mengaktifkan bom Novichok


Sarkowski menahan Mateo untuk pemeriksaan, tetapi Ethan mengganggu dan mengacukan pistol ke arah mereka berdua. Mateo menikam Sarkowski hingga mati selepas Ethan enggan menembaknya, sebelum mendedahkan bahawa dia juga dipaksa—Watcher menahan suami Mateo, Jesse, sebagai tebusan. Dengan masa yang semakin suntuk, Traveler membimbing Ethan untuk menetapkan semula bom itu. Selepas itu, Mateo diarahkan untuk membunuh Ethan dan mengambil pistol plastik, tetapi dia terbunuh apabila pistol itu menjadi terlalu panas dan meletup. Traveler mengambil semula beg Novichok dan mengarahkan Watcher untuk membunuh Nora. Ethan menggunakan telefon Mateo untuk memberi amaran kepadanya. Nora berjaya melarikan diri, manakala Jesse akhirnya membunuh Watcher

Dalam perjalanan ke lapangan terbang bersama ejen DHS, John Alcott, Cole menyedari bahawa ejen itu sebenarnya seorang penyamar—salah seorang rakan Traveler—dan membunuhnya untuk mempertahankan diri. Setelah tiba di lapangan terbang, Cole berhadapan dengan Ethan, mengesahkan ancaman yang masih aktif, dan memberi amaran kepada LAPD, menyebabkan terminal ditutup. Cole mendapati bahawa sasaran Traveler ialah Ahli Kongres Grace Suarez Turner, seorang penumpang dalam penerbangan ke Washington, D.C., yang menyokong peningkatan dana persenjataan. Serangan Novichok itu bertujuan untuk menuduh Rusia, memastikan kelulusan kongres untuk perbelanjaan pertahanan yang besar, sekali gus menguntungkan pengeluar senjata


Traveler menaiki penerbangan tanpa menyedari bahawa Ethan telah menukar bom itu dengan sebuah beg yang sama tetapi lebih besar, memaksanya untuk menyimpannya di ruang kargo pesawat. Ethan menyelinap ke dalam ruang kargo untuk mematikan bom, manakala Nora meyakinkan Cole untuk membiarkan penerbangan berlepas bagi mengelakkan Traveler daripada curiga. Ketika Ethan mula membongkar bom itu, Traveler menerima amaran dan mengacukannya dengan pistol. Sebelum Traveler dapat mengaktifkan semula Novichok dan melarikan diri dengan payung terjun, Ethan menguncinya di dalam ruang pendingin kedap udara bersama agen saraf itu, menyebabkan kematiannya. Pesawat kemudian selamat kembali ke lapangan terbang


Setahun kemudian, Ethan, Nora, dan anak mereka melalui pemeriksaan TSA ketika bersiap untuk melancong ke Tahiti bersama Jason dan keluarganya. Ethan, kini seorang pegawai polis, meletakkan lencana LAPD-nya ke dalam dulang pengimbas


ULASAN FILEM CARRY-ON (2024)
Sudah lama sebenarnya aku tak menonton cerita-cerita saspens/thriller. Memandangkan aku mempunyai masa yang agak terluang, baru-baru ini aku menghabiskan masa selama 119 minit menonton filem di Netflix berjudul Carry-On.  Berikut adalah ulasan aku tentang filem ini


Jalan Cerita : Jalan cerita filem ini sebenarnya mudah sahaja untuk difahami. Bagaimana petugas di lapangan terbang terpaksa mengikut suruhan orang jahat. Sekiranya tidak diikuti, orang tersayang bakal menerima padah. Di sini aku melihat sebenarnya agak jarang cerita di lapangan terbang dijadikan satu filem penuh. Di sini penonton boleh melihat bagaimana prosedur di lapangan terbang digunakan oleh penjahat dengan begitu menakjubkan. 

Saspens : Salah satu perkara yang aku nak puji adalah unsur saspens yang begitu baik digarapkan oleh pengarah. Daripada awal filem sehinggalah ke penamat, penonton diberikan babak-babak yang cukup menarik, penuh dengan aksi

Lakonan : Lakonan Taron Egerton yang bersahaja adalah salah satu kekuatan bagi filem ini. Lakonan beliau yang cukup baik berjaya membawa filem ini ke tahap yang lebih baik. Meskipun tidak ramai pelakon yang membintangi filem ini, tetapi ke semua pelakon memberikan lakonan yang baik, termasuklah kepada mereka yang turut berada di lapangan terbang. Ya, sememangnya di lapangan terbang terdapat watak-watak sebegitu ya


Cuma ada beberapa babak yang aku rasakan tidak perlu, contohnya babak intim, yang agak mengganggu aku sebenarnya. Babak intim itu kelihatan tidak perlu diletakkan. Selain itu, ada beberapa babak yang tidak masuk logik akal, tetapi aku rasa babak itu dibenarkan untuk memberikan durasi filem ini pada tempoh yang singkat. Contohnya, selepas kemalangan yang dahsyat di lebuhraya menuju ke lapangan terbang, watak tersebut berjaya bangun dan meneruskan aktiviti dengan baik, melakukan aksi-aksi seterusnya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Barangkali beliau adalah superhero yang belum diperkenalkan


Secara keseluruhannya, filem Carry-On (2024) merupakan sebuah filem thriller yang berjaya. Berjaya sebagai sebuah filem thriller yang membuatkan aku menonton dari awal sehingga penghujung. Walaupun watak tidak banyak, tetapi berjaya memberikan naskhah yang baik untuk penonton. Untuk itu, aku berikan filem ini : -
BINTANG :  ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
SEKIAN
RUJUKAN :Google ImageNetflixWikipedia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/02/ulasan-filem-carry-on-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 159 hits
Buat kaki movie pasti anda pernah menonton atau sekurang kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli Legend of the Jungle dua filem yang diadaptasi dari karya penulis terkenal Britain Rudyard Kipling iaitu The...
Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 161 hits
Saksikan filem seram Bukan Hantu Biashe Biashe ditayangkan di pawagam bermula 23 Januari 2025 Bukan Hantu Biashe BiasheGenre SeramTarikh Tayangan 23 Januari 2025Penulis Skrip Funso AyudelePengarah Abbey AbimbolaProduksi AARMProductions Mara...
Bintang Filem Dewasa Dedah Jumlah Gaji Diterima Sebulan

Bintang Filem Dewasa Dedah Jumlah Gaji Diterima Sebulan

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 441 hits
Pencipta kandungan dari negara seberang baru baru ini mengejutkan netizen di media sosial selepas memuat naik video kerjasama dengan seorang pelakon filem dewasa di sebuah bilik hotel Dia dan pelakon itu kelihatan sedondon dalam pakaian ber...
Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 255 hits
Bagi peminat e sukan dan penggemar permainan video Mobile Legends di Malaysia Soloz bukanlah satu nama yang asing lagi Sebagai salah seorang Youtuber gamer dan streamer terkenal di Malaysia Soloz telah berjaya mencipta jenama tersendiri Ini...
Filem Mojo

Filem Mojo

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 113 hits
Astro Shaw mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico label produksi di bawah Double Vision serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns dan Mocha Chai Laboratories bagi penerbitan filem romantik komed...
Teringat Cinta Pertama Raih Rating Tinggi Penonton Puji Filem Secret Untold Melody

Teringat Cinta Pertama Raih Rating Tinggi Penonton Puji Filem Secret Untold Melody

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 100 hits
Filem Secret Untold Melody mencatatkan penilaian penonton sebanyak 9 03 di Naver pada 4 Februari menerima pujian daripada penonton dan menduduki tempat ketiga di carta box office domestik Artikel Berkaitan Setakat ini jumlah penonton terkum...
Ulasan Konsert Hujan Bawa Beberapa Kejutan Di Konsert Genting

Ulasan Konsert Hujan Bawa Beberapa Kejutan Di Konsert Genting

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 73 hits
Sudah hampir sepuluh tahun sejak Rain mengadakan konsert solo di Malaysia Ingat lagi tak dia pernah mengunjungi negara kita dalam rangka The Squall World Tour pada tahun 2016 Tahun lalu Rain juga merupakan salah satu penghibur utama di Born...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25

Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping