Ulasan Filem Aquaman



Tahun Terbit | 2018Pengarah | James WanPelakon | Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson
James Wan tidak pernah mengecewakan. Itu aku pasti. Dia nampaknya sudah membuktikan kebolehannya mengarah filem aksi dalam filem Fast and Furious 7, dan kini dia memberi peluang kepada dirinya untuk mengarahkan filem superhero. Ternyata, ianya sesuatu yang memberikan kita ruang untuk menyatakan masih ada peluang untuk filem superhero DC berkembang dengan baik

Aquaman memang agak pelik di imaginasi. Kisah Atlantis dan juga manusia bercakap dalam air ialah sesuatu yang sukar dihadam fikiran. Namun, James Wan berjaya memberi logic dan membawa dunia Atlantis dengan cara yang boleh diterima

Antara sebab Aquaman memang antara filem terbaik DCEU selepas Wonder Woman ialah kerana kisahnya yang menarik dan juga penceritaannya yang memukau. Di dalam Aquaman, kita mempunyai kisah teras yang simple sahaja, tentang adik beradik tiri, namun, kisah itu dibesarkan dengan cara yang menarik dan menghiburkan

Komedi yang disuntik dalam filem ini secukup rasa. Tak ada scene lawak yang try hard dan memang semuanya menjadi. Boleh dikatakan drama dan juga komedi filem ini seimbang dan menjadikan Aquaman sebuah filem yang sedap dilayan. Senang cakap, semuanya cukup rasa

Mungkin antara aspek yang paling aku suka sekali ialah aksi pertarungan filem ni yang boleh dikatakan agak unik. Aksi-aksi dalam filem ni kebanyakannya one to one fight yang mana dihiasi dengan kerja kamera yang agak menakjubkan. Kebanyakan babak aksi mempunyai long shot yang memukau, terutama sekali scene pertarungan pertama semasa pembukaan filem

James Wan ternyata mempunyai visinya yang tersendiri untuk membungakan Aquaman. Filem ini dipenuhi dengan pelbagai kegilaan James Wan dalam menafsirkan bagaimana sebuah filem superhero harus dibikin. Dan akhirnya, Aquaman mempunyai keunikannya yang tersendiri dan menjadi sebuah filem yang dimahukan peminat filem superhero

Lakonan Jason Momoa tidak dapat dinafikan menjadi antara penarik. Malah, lakonan Amber Heard antara yang menjadi dadah besar untuk menarik penonton untuk lebih mengamati filem ni. Oh, aku agak kurang selesa dengan Willem Dafoe dan juga Patrick Wilson. Entah kenapa aku tak tahu. Semacam tak kena.
Malah, kadangkala kesan khasnya juga mencacatkan filem ni di satu dua tempat. Aku tak tahulah sama ada James Wan sengaja mahukan kesan khas yang sebegitu rupa atau tidak, tetapi aku rasakan kesan khas dunia Atlantis kadangkala nampak seperti filem Justice League. Not bad, tetapi kadangkala ada visi yang sukar nak digambarkan dengan teknologi sedia ada, mungkin

Bagi penggemar filem Marvel, aku boleh katakan yang Aquaman ni mirip Thor. Dunia Atlantis punya paparan memang fiksyen habis seakan dunia Asgard di bawah laut. Namun, aku harus akui bahawa dunia James Wan dalam membikin Aquaman rasanya lebih hebat daripada dunia Asgard bikinan Marvel. Tetapi, itu sekadar pendapat peribadi

Pada aku, filem Aquaman ni memang puas hati. Aksi memang panjang dan puas hati. Watak yang ringan dan juga kisah yang mudah menjadikan Aquaman sebuah filem yang menghiburkan tetapi pada masa yang sama membawa logik kepada dunia Atlantis yang sukar untuk digambarkan dalam sebuah filem. Sebuah filem popcorn yang sedap dan enak untuk dilayan



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2018/12/ulasan-filem-aquaman-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Menarik Filem Aquaman

Fakta Menarik Filem Aquaman

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1113 hits
Fakta Menarik Filem Aquaman 2018 Menutup tirai 2018 kita dihidangkan dengan sebuah lagi filem bertemakan superhero yang diadaptasi dari komik DC yang kini menjadi sebahagian daripada DC Extended Universe semakin digemari selepas kemunculann...
Aquaman Kini Jadi Filem Warner Bros Paling Tinggi Kutipan Di China

Aquaman Kini Jadi Filem Warner Bros Paling Tinggi Kutipan Di China

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 324 hits
Aquaman kini sudah menjadi filem Warner Bros dengan kutipan tertinggi di China Menurut satu kenyataan media daripada Warner Bros Aquaman kini sudah mengutip USD209 5 juta di China Hal ini sekaligus menjadikan kutipan itu sebagai kutipan ter...
Ulasan Filem Buybust

Ulasan Filem Buybust

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 335 hits
Tahun Terbit 2018Pengarah Eric MattiPelakon Anne Curtis Brandon VeraJika Indonesia ada The Raid Malaysia punya Polis Evo maka Filipina ada Buy Bust Ianya adalah satu perkara positif melihat perkembangan industri filem aksi Asia Tenggara kin...
Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

Aquaman Filem Best Mummy Dah Tengok Jom Baca Sinopsis Aquaman

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 687 hits
AQUAMAN FILEM BEST MUMMY DAH TENGOK JOM BACA SINOPSIS AQUAMAN Seronok dapat tonton FILEM AQUAMAN Kebetulan mummy terjah CITTA MALL dan terus tanya MBO cerita apa yang avalaible Tup tup AQUAMAN katanya Apa lagi teruslah beli Kebetulan sangat...
Reboot Filem Pirates Of The Caribbean Tidak Akan Tampilkan Watak Jack Sparrow

Reboot Filem Pirates Of The Caribbean Tidak Akan Tampilkan Watak Jack Sparrow

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 299 hits
Pihak Disney mengesahkan bahawa reboot filem Pirates of the Caribbean yang bakal dihasilkan tidak akan menampilkan watak lakonan Johnny Depp Jack Sparrow Filem Pirates of the Caribbean yang bermula pada tahun 2003 menerima pujian dan juga k...
Layan Filem Dragon Ball Super Broly Ini Sinopsisnya

Layan Filem Dragon Ball Super Broly Ini Sinopsisnya

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 373 hits
Yes Berjaya jugak pergi layan movie Dragon Ball Super Broly Lama sangat dah tunggu filem ni Bagi peminat susah mati Dragon Ball filem ni wajib tonton sebab ada babak prequel dan sequel tentang kemunculan Brolly Tapi seriously kalau korang b...
Penerbit Transformers Sahkan Filem Spin Off Optimus Prime Bakal Dihasilkan

Penerbit Transformers Sahkan Filem Spin Off Optimus Prime Bakal Dihasilkan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 496 hits
Penerbit filem francais Transformers mendedahkan yang filem solo berkisar watak Optimus Prime bakal dihasilkan Filem Transformers bermula pada tahun 2007 dan mempunyai 5 filem Pada tahun 2018 spin off berkisar tentang watak Bumblebee dihasi...
Big Brother Filem Donnie Yen Yang Unik

Big Brother Filem Donnie Yen Yang Unik

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 456 hits
Baru lepas layan movie Big Brother lakonan Donnie Yen Filem ni berbeza sikit daripada filem beliau sebelum ini Filem ni jugak mendapat komen yang kurang memuaskan dikalangan peminat beliau termasuk aku mungkin kerana betapa kurangnya babak ...
Senarai Filem Melayu 2019

Senarai Filem Melayu 2019

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 1091 hits
Berikut senarai filem tempatan yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2019 Tarikh rasmi poster dan trailer terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa TAJUK FELINATarikh Tayangan 17 Januari 2019Genre SeramSkrip Atiqah JaniPengarah ...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Bayou Lagoon Park Resort

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Gaji Elaun Ahli Parlimen Cecah Rm25 000 Sebulan Masih Tak Cukup Lagi Ke

Pasaran Mencapai Kejayaan Besar