Ulasan Filem Ala Vaikunthapurramuloo
Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Trivikram SrinivasPelakon | Allu Arjun, Pooja Hedge, Tabu, Jayaram
Bagaimana jika kejahatan seorang bapa menyebabkan anak orang lain yang menanggung akibat? Ala Vaikunthapurramuloo ialah sebuah filem komedi yang berkisar tentang itu. Tidaklah dipaparkan sebagai sebuah filem kejam dan sedih sangat, filem ni berkisar tentang nasib seorang anak yang dipaparkan dalam mode yang ringan dan bergaya.
Filem Telegu yang menampilkan pelakon Allu Arjun sebagai tunjang utama ini hadir di Netflix agak awal dari jangkaan. Dari khabar berita, filem ini pada awalnya tidak mahu dimasukkan dalam mana-mana katalog aplikasi penstriman. Tetapi, entah kenapa, filem ni dimasukkan awal dari jangkaan penonton.
Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, filem yang diperkatakan di India ini kini sudah dapat dinikmati penonton luar. Dan pada aku, filem ni tidaklah sesuai dengan aku. Ada bahagian filem ni yang aku boleh puji, tetapi selebihnya hanyalah sebuah filem Telegu biasa.
Di permulaan filem, apabila filem ni dibawa kepada pemula masalah Bantu apabila ayah kepada rakannya mengambil dirinya yang ketika itu masih bayi dan ditukar dengan anaknya tanpa pengetahuan. Adalah sebab semua ni terjadi, yang tu korang kena layan sendiri. Dan apabila membesar, Bantu membesar sebagai orang sederhana walaupun ayahnya orang kaya.
Sepanjang filem, kita dipersembahkan dengan perjalanan hidup watak Bantu yang sentiasa dibenci oleh ayah angkatnya. Dia sendiri tidak tau kenapa ayahnya begitu benci dirinya. Sehinggalah satu masa, dia akhirnya tahu bahawa ayah yang selama ini membenci dirinya bukanlah ayah kandungnya.
Aku masih selesa dengan elemen komedi pada separuh masa pertama. Elemen yang masih menyembunyikan twist untuk dibuka pada permulaan separuh masa kedua ini baik. Selingan komedi dan lakonan Allu Arjun berjaya memberikan ruang untuk filem ini berkembang dengan baik dan sempurna.
Namun, masalah pada aku bermula pada fasa kedua filem ni. Aku harapkan filem ini akan naik setingkat lagi menjadi lebih rancak dengan aksi atau emosi. Tapi, apa yang aku harapkan tu tak berlaku. Filem ni keep on teruskan momentum komedi yang mana masih sama pada separuh masa pertama.
Semakin aku menunggu kemuncak filem, kebosanan memang melanda dek naratif filem yang tidak seperti aku jangkakan. Ianya memang sebuah filem yang penuh komedi, tetapi tidak memilih untuk memberikan emosi seperti mana filem bergenre sama yang lain.
Apapun, selain naratif, filem ni memang menampilakan lakonan Allu Arjun yang memuaskan. Setiap lakonannya memang cukup baik dan menghiburkan. Babak aksi yang dipaparkan juga menghidupkan watak Bintu tetapi gagal untuk menaikkan naratif filem yang dah bermalas-malasan di separuh masa kedua.
Apapun, Ala Vaikunthapuramulo ialah sebuah filem komedi kekeluargaan. Sesuai ditonton semua. Mungkin emosi filem ni gagal menangkap sedikit. Tapi, jiwa komedinya mungkin hidup untuk sesetengah penonton.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2020/04/ulasan-filem-ala-vaikunthapurramuloo.html