Ulasan Filem 365 Days
Tahun Terbit | 2020Pengarah | Barbara Bialowas, Tomasz MandesPelakon | Anna-Maria Seklucka, Michele Morrone, Bronislaw Wroclawski
Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey yang memang dah langgar norma seksualiti manusia biasa tu ditolak ke satu lagi tangga. Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey dibikin sebagai sebuah kisah yang berani dan tidak pula diklasifikasikan sebagai pornografi, tetapi sebuah filem dengan elemen dewasa yang berani? Nah, semestinya ianya menjadi kontroversi bukan
Itulah yang kononnya cuba dibuat oleh filem 365 Days. Filem yang dibangkang dan dikecam oleh ramai penonton ini semestinya mempunyai promosi murahan. Malah, ianya upgrade Fifty Shades of Grey yang melampau dan tidak mampu pun untuk naik setaraf dengan filem lakonan Dakota Johnson dari segi penceritaannya.
Diadaptasi dari pada novel pertama dalam trilogi bertajuk sama tulisan Blanka Lipinska, 365 Days tidak dapat dinafikan merupakan antara impak novel Fifty Shades of Gredy di luar Hollywood. Kehadiran naskah sebegini di Poland akhirnya membuatkan penerbit filem di sana memilih untuk mengadaptasi filem ni ke layar perak
Sayangnya, 365 Days tidak mampu untuk memberi nikmat yang baik dari segi penceritaannya. Penceritaan 365 Days sangat lemah dan cukup memualkan. Ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan hamparan kepada adegan seksual yang bakal disajikan dalam ni
Entah kenapa, aku melihat pengarah filem ni lebih menekankan adegan seksual dalam filem ni daripada ceritanya. Dengan kisah yang tak berapa nak kemas, filem ni tidak dinafikan mempunyai adegan seksual yang Hollywood pun tak mampu nak bikin. Mungkin undang-undang di Poland tidak seketat Hollywood sehingga apa yang dimuatkan dalam filem ni kelihatan jijik dan seolah-oleh menonton filem porno
Selain adegan seksualnya yang melanggar norma filem Barat, 365 Days juga memaparkan elemen dan tema yang tidak berapa sesuai dengan kehidupan. Kisah seorang wanita yang dipaksa untuk jatuh cinta dengan penculik sememangnya tidak digemari oleh ramai penonton termasuk aku sendiri yang merasakan ianya agak melampau
Tidak ada mesej yang jelas kenapa filem ni diterbitkan. Lakonan dahlah kayu. Dengan style lakonan lagak-lagak macam Fattah Amin di era awalnya. Kemudian, dubbing filem ni tak ubah macam filem 90an. Terlalu jelas dubbingnya dan cukup mengganggu tontonan sepanjang filem. Nak kata filem ni filem dubbing translate pun tak. Tapi, cukup mengganggu
Mungkin 365 Days ni cukup berani, dan ianya juga menyebabkan ramai minta Netflix tarik filem ni kerana bimbang theme yang ditayangkan akan mengundang kesan sosial yang tak baik. Tapi, apapun yang disajikan dalam filem 365 Days adalah lebih kepada jurisdiction korang sebagai penonton. Sebagai penonton dewasa, fahami sisi baik buruk filem ni kalau nak tonton
Semestinya filem ni tidak sesuai langsung untuk tontonan yang tidak selesa dengan genre sebegini. Walaupun ianya dikatakan sebagai filem ala-ala Fifty Shades of Grey, filem ni sememangnya filem tangkap tiru theme seksual yang sangat teruk. Tak ubah macam sebuah filem cheap yang bergantung harap pada adegan seksual
Jika filem ni ada filem kedua pun, sebab filem ni sebenarnya belum habis lagi, ianya cukuplah untuk masuk Netflix. Kalau masuk pawagam, semestinya bukan di Malaysia, tak pastilah filem ni bakal buat orang bakar panggung ke tak
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2020/08/ulasan-filem-365-days-2020.html