Ulasan Ancaman Jenayah Penipuan Makanan Halal


Mohd Anuar Ramli
ULASAN | Makanan merupakan keperluan asas manusia. Dengan itu, mendapat makanan yang halal dan selamat adalah hak asasi pengguna khususnya yang beragama Islam.
Baru-baru ini pengguna Muslim gempar dengan berita rampasan daging haram yang diseludup dari negara China, Ukraine, Brazil dan Argentina.
Ia dilabelkan sebagai halal tetapi merupakan daging yang tidak disahkan halal kerana menggunakan dokumen palsu kastam, permit dan sijil halal palsu. Daging tersebut diedarkan ke seluruh negara.
Selepas skandal penipuan daging kuda terbongkar pada tahun 2013, kini daging lembu kembali menjadi sasaran rangkaian penjenayah makanan peringkat antarabangsa dan Malaysia yang terkenal sebagai hab halal telah menjadi pasaran jualannya.
Ini kerana daging merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan sukar untuk membezakan antara daging yang halal dan haram.
Secara umumnya, dalam rantaian bekalan makanan, terdapat kelompok pemain yang mengambil kesempatan dalam melakukan jenayah makanan.
Jenayah makanan dapat dihuraikan sebagai pelbagai jenayah yang dilakukan dalam pengeluaran, pengedaran dan penjualan bahan makanan sepanjang proses rantaian dari ladang ke meja pengguna.
Ia merangkumi pelbagai tingkah laku, mulai dari aktiviti yang berbahaya dari sudut ekonomi, ancaman fizikal terhadap keselamatan pengguna dan juga haiwan yang terlibat dalam industri makanan.
Tindakan ini termasuklah pengadukan bahan makanan, simulasi, peniruan, penyalahlabelan, penukaran label dan tarikh luput produk dan penipuan label makanan, pemalsuan makanan dan penyataan kualiti makanan yang tidak tepat.
Ketamakan pemain industri makanan dalam mengaut keuntungan tanpa mengambil kira soal keselamatan pengguna menyebabkan masyarakat terdedah kepada produk-produk makanan yang dihasilkan tanpa mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Makanan yang menjadi pilihan utama kelompok rangkaian jenayah makanan adalah daging. Ini kerana ia adalah makanan yang dikonsumsi oleh ramai pengguna di seluruh dunia.
Umpamanya di Eropah Barat, DNA kuda dan babi telah dikesan dalam pelbagai jenis makanan yang mengandungi daging lembu (kebanyakannya makanan siap beku) sedangkan semua produk ini dilabel hanya mengandungi daging lembu.
Dalam kes jenayah berkaitan daging, biasanya pemalsuan adalah jenis jenayah yang paling banyak terjadi dalam industri daging lembu.
Contohnya, seperti pemalsuan produk yang dihasilkan, dibungkus di premis yang tidak dibenarkan, atau tanpa pemeriksaan atau dokumentasi yang sesuai, serta produk yang dikeluarkan dengan sijil kesihatan palsu.
Dalam produk berkaitan dengan daging, kebiasaannya, aktiviti jenayah adalah melibatkan:
Pemalsuan dalam produk daging seperti:

Pemalsuan daging dengan ditukar jenis daging seperti daging kuda didakwa sebagai daging lembu dan daging kerbau didakwa sebagai daging rusa.

Penggunaan label yang salah seperti pemalsuan logo halal pada produk daging seperti daging lembu yang tidak disembelih secara Syarak tetapi dilabel sebagai halal.

Percampuran daging dengan bahan yang membahayakan serta memudaratkan kesihatan seperti:
Daging yang dicampuri bahan kimia yang berbahaya seperti formalin yang digunakan untuk mengawet daging untuk memberi ketahanan kepada daging dari membusuk.

Daging tiruan seperti menukarkan daging khinzir agar menjadi daging lembu dengan direndam di dalam sejenis bahan kimia untuk menghilangkan ciri-ciri daging khinzir, kemudian direndam di dalam perisa lembu, dan akhirnya dijual sebagai daging lembu.
Daging yang tidak bebas penyakit seperti ternakan yang dijangkiti penyakit seperti penyakit Bovine Spongiform Encephalopthy (BSE) atau dikenali sebagai penyakit lembu gila.

Daging yang dicemari oleh parasit seperti Taenia dan protozoa seperti Trichinella dan Sarcocytis.

Daging mempunyai residu dadah iaitu daging dari haiwan yang disuntik Beta Agonist bagi tujuan penambah tumbesaran haiwan seperti lembu dan kambing.

Daging dicemari bakteria berbahaya seperti Salmonella spp dan E. Coli.

Daging yang mengandungi unsur najis serta bahan yang diharamkan oleh Islam seperti:

Daging yang mempunyai DNA khinzir akibat percampuran antara daging khinzir dengan lembu.

Daging bangkai dari haiwan yang mati bukan disebabkan penyembelihan dan yang tidak disembelih mengikut aturan syarak.

Daging kultur iaitu daging yang dihasilkan dalam makmal dengan menggunakan proses kultur dari sumber yang diharamkan. 
Dari produk tenusu ke makanan laut

Selain itu, produk makanan lain yang turut menjadi sasaran penjenayah makanan adalah produk tenusu, produk organik, minyak zaitun, madu, rempah ratus seperti safron, oregano, vanila, kunyit dan paprika, dan ikan serta makanan laut.
Produk-produk makanan ini mendapat permintaan yang tinggi dan mempunyai nilai pasaran yang lumayan.
Tegasnya, jenayah makanan adalah masalah yang mempengaruhi semua rantaian bekalan makanan.

Daripada senarai jenayah tersebut, jenayah yang melibatkan penipuan, peniruan dan pemalsuan banyak berlaku di pasaran sama ada peringkat global atau tempatan.

Ia melibatkan rangkaian jenayah seperti mafia dan kartel, juga pengusaha yang jahat dan tamak, dan pihak autoriti yang korup dan rasuah. Ia juga melibatkan aktiviti perniagaan jenayah terancang yang beroperasi secara global.

Jaringan jenayah makanan ini telah mengaut keuntungan yang besar.
Hakikatnya, jenayah makanan bukanlah satu kesalahan kecil dalam hal ini kerana kepercayaan pengguna dikhianati demi sejumlah kecil wang malah keselamatan nyawa, fizikal dan kesejahteraan spiritual pengguna turut dipertaruhkan demi keuntungan.

Dalam hukum Islam, mengambil makanan halal adalah satu tuntutan yang wajib dan makanan haram adalah dilarang.

Dalam konteks pemilihan makanan, makanan tersebut perlu dipastikan supaya mematuhi semua perundangan yang telah digariskan dalam Islam.

Ini adalah kerana jenis makanan yang diambil sama ada halal atau haram boleh memberi kesan kepada fizikal dan spiritual seseorang Muslim.

Umat Islam dituntut mencari makanan yang halal lagi baik dan menjauhi perkara yang haram, kotor dan menjijikkan.

Tambahan pula, memakan benda-benda yang haram sama ada secara sengaja atau tidak sengaja akan memberi kesan terhadap keselamatan nyawa, kesihatan badan dan kesejahteraan rohani seorang pengguna Muslim.
Jelasnya, jenayah makanan boleh memberi kesan negatif terhadap ekosistem halal di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Justeru setiap pihak perlu memainkan peranan yang penting sama ada sebagai seorang pengguna, pengeluar dan pengusaha, juga pihak berkuasa dan autoriti yang terlibat dalam industri makanan di Malaysia.

Ini kerana dalam rangkaian jenayah makanan, penjenayah akan berusaha secara licik untuk mengaut keuntungan tanpa memikir implikasi kepada keselamatan pengguna apatah lagi aspek halal haram dan juga industri halal tempatan.

Kelemahan pengguna dalam mengenalpasti ketulenan sesuatu produk menjadi punca kepada tindakan penjenayah.

Mereka dengan mudah memanipulasi produk dalam bentuk pemalsuan, pengadukkan dan peniruan.

Di samping itu, peruntukan undang-undang dan kadar hukuman yang rendah menyebabkan penjenayah tidak serik untuk melakukan jenayah dan mengulanginya.

Sehubungan itu, pertahanan makanan halalan tayyiban di Malaysia perlu diperkasakan, malah perundangan berkaitan dengan jenayah makanan halal perlu diwujudkan secara khusus dan peruntukan hukuman yang lebih tinggi perlu dikenakan bagi menangani aktiviti yang boleh menjejaskan status negara sebagai peneraju hab halal global.
(*) DR MOHD ANUAR RAMLI merupakan pensyarah kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Penulis boleh dihubungi di emel: [email protected]. Rencana ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi di bawah geran FRGS-FP007-2018A.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/ulasan-ancaman-jenayah-penipuan-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Halal Atas Jalan Waris Cuba Jadi Penghantar Makanan Ramai Bagi Sokongan

Rezeki Halal Atas Jalan Waris Cuba Jadi Penghantar Makanan Ramai Bagi Sokongan

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 217 hits
Mencari rezeki bukanlah sesuatu perkara yang mudah Ia memerlukan usaha yang tinggi dan doa selain daripada sumber yang dijamin halal Beberapa hari lalu penyanyi rap Muzzammil bin Alias atau lebih dikenali dengan gelaran Waris memuat naik ga...
Aplikasi Makanan Halal Pertama Ode Jee Sudah Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Makanan Halal Pertama Ode Jee Sudah Boleh Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 326 hits
Aplikasi penghantar makanan halal yang pertama di Malaysia Ode Jee yang dinanti nanti kini sudah boleh dimuat turun menerusi platform Google Play Store Walau bagaimanapun perkhidmatan aplikasi tersebut hanya boleh digunakan untuk membuat pe...
Video Gara Gara Terlanggar Lubang Penghantar Makanan Meninggal Dunia Di Damansara

Video Gara Gara Terlanggar Lubang Penghantar Makanan Meninggal Dunia Di Damansara

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 282 hits
74 total views 74 views today Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata serta berlubang seringkali mendedahkan penunggang motosikal kepada bahaya Terbaru seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggan...
Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 345 hits
Bagi seorang wanita mengandung pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian Jom ketahui makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Apabila bergelar wanita mengandung p...
10 Makanan Dan Minuman Yang Tak Boleh Di Beri Pada Kucing

10 Makanan Dan Minuman Yang Tak Boleh Di Beri Pada Kucing

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 461 hits
Perkara utama yang perlu kita sebagai umatNya mengetahui bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Rasul saw Jika kita punyai jiwa cintakan Rasul paling tidak kita akan punyai belas ehsan apabila melihat makhluk kecil ni meminta simpati di jal...
Lima Minit Sahaja Siap Untuk Dinikmati Makanan Sejuk Beku Jenama Lengquas

Lima Minit Sahaja Siap Untuk Dinikmati Makanan Sejuk Beku Jenama Lengquas

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 1112 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada kawan kawan sekalian Selalunya berama minit di perlukan masa untuk buat persediaan dan juga memasak satu hidangan tradisional seperti Asam Pedas Dagin...
Banjir Bas Terkandas Di Raub Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

Banjir Bas Terkandas Di Raub Penumpang Terpaksa Ikat Perut Tiada Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 465 hits
nbsp RAUB Sebahagian besar penumpang sebuah bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan menghala ke pantai timur terpaksa berdepan kesukaran apabila bas mereka terkandas di sini susulan situasi banjir di kawasan itu Menurut perkongsian sala...
The Criteria Of Halal Food

The Criteria Of Halal Food

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 194 hits
Living in the era of fourth industrial revolution where everything is being modernised and digitalised life has been made easier through the ever evolving gadgets and devices around us Well that s how life is Some things change but there ar...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran