1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |