Ulang Tahun Kelahiran Ke 27 Tahun
9 Disember 2020. Alhamdulillah usia meningkat ke 27 tahun. Dah jadi bonda kepada sepasang anak. Tahun lepas tak terasa sangat hari lahir sebab menjaga orang sakit di rumah. Sampai tahap terlupa tarikh lahir sendiri. Hahahaha... Tahun ni rancang sambut biasa-biasa sahaja, beli kek makan dengan anak-anak di rumah. Tambahan pula musim pandemik Covid-19 ini, seeloknya makan di rumah berbanding makan di kedai
Pagi-pagi dah dapat ucapan hari lahir dari ibu yang buat aku terharu.
Sempena hari lahir aku ni, zauji buat kejutan tempahan kek dengan warna kegemaran aku kuning, dan ada anime kegemaran aku Detective Conan. Aku tahu dia tempah kek, tapi aku tak tahu dia tempah kek apa, sebab dia nak rahsiakan. Siap delete conversation dengan pembuat kek lagi. Katanya nak aku surprise, tapi aku rasa macam, kurang la surprise-nya lepas dia dah cakap macam tu. Kahkahkah...
Cantik. Aku suka sangat. Zauji cerita, dia ada request kat akak pembuat kek tu untuk letakkan gambar Conan Edogawa dan Ai Haibara, sebab dia tahu aku minat dua watak ni. Benda bukan senang nak dapat kan, dapat lah Conan sahaja. Yang tulisan 'My Princess' tu pada asalnya zauji minta tulis 'Selamat Hari Lahir Puteri'. Tapi agaknya akak tu salah faham, tak tahu 'Puteri' yang zauji maksudkan tu nama aku, bukan gelaran ala-ala 'Princess'. Maka tertulislah 'My Princess' selepas kena pacak 'Happy Birthday' tu. Aku tak kisah pun sebab awalnya aku memang tak tahu apa-apa. Selepas habis makan baharulah zauji cerita pada aku. Namun, aku tetap suka kek tu atas usaha zauji nak gembirakan aku.
Ibu pula order dan poskan hadiah terus ke rumah aku, purse hitam, dan keychain Detective Conan juga. Dapat stiker sekali weyh. Hahaha... Aku pula termalu sendiri lepas terima barang. Selama ini beli sendiri sahaja, tak sangka ibu hadiahkan.
Dalam gambar nampak macam besar pula purse tu. Aku letak betul-betul depan kamera semasa bergambar. Yang sebetulnya tidaklah besar sangat. Lebih kurang besar telefon pintar sahaja. Yang ni boleh muat letak telefon pintar di dalam.
Terima kasih pada zauji dan keluarga yang sentiasa berusaha memberi sinar kegembiraan buat Puteri. Terima kasih juga buat semua yang beri ucapan Hari Lahir. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatan dan terhindar dari perkara-perkara yang buruk. Aamiin...
Nah, aku kongsi gambar-gambar kami sambut hari lahir aku pada 9 Disember 2020!
Gambar berempat. Dah malas nak susun-susun bagi center.
Panggil dorang lekas-lekas ambil tempat ja nak bergambar
Gambar dengan zauji, gambar dengan anak-anak
Siapa yang birthday ni? Hahahahaha..
Syakirin yang tak sabar nak potong kek. Layankan saja la
Zauji tempah kek coklat sebab aku ni tak berapa pandai kek perisa lain
Malam tu zauji tak nak aku masak. Dia order MarryBrown di GrabFood
Sekian sahaja perkongsian dari aku mengenai Hari Lahir aku. Terima kasih sudi membaca
#nathirah
Siti Puteri Rawija
N Athirah Al-Labuani
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nathirah.blogspot.com/2020/12/ulang-tahun-kelahiran-ke-27-tahun.html