Ulang Tahun Kelahiran 2019 Membawa Seribu Makna


Ulang Tahun Kelahiran 2019 Membawa Seribu Makna  |  Uis jarang-jarang aku update pasal birthday ni.. Mungkin ada sesetengah orang gembira dan seronok beronok ronok update tentang hari lahir ni.. Bagi aku, ia satu yang mengingatkan aku kearah ke-senja-an ^_^ dimana umur aku semakin meningkat.. Dipendekkan cerita semakin tua lah.. Hehe.. Sape yang nak tua oii.. Tapi itulah lumrah sebuah kehidupan.. Yang muda akan tua.. Yang hidup akan mati.. Dari sudut positif, setiap tahun ia akan memperingatkan dan menyedarkan aku untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan menjadi umat yang terbaik disisiNYA.. Insyaallah.


Alhamdulillah, sempena ulang tahun aku yang ke berapa entah, (tak cukup jari nak kira umur.. hahaha) aku masih diberi kesihatan yang baik olehNYA.. Bukan sahaja kesihatan malah rezeki yang tidak pernah putus.. Syukur Alhamdulillah.. TQ Allah.. Walaupun aku tahu aku adalah pendosa yang sering kali melakukan kesilapan atas muka bumi ini, DIA tetap sayangkan aku dan menutup aib aku.. Terima kasih Ya ALLAH.. 
Aku ingin sekali menjadi umatMU yang tidak sama sekali melakukan kesalahan dan dosa.. Tetapi aku sedar yang aku adalah manusia yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa hampir setiap hari.. Allahuakbar.. Ampunilah aku ya ALLAH.. Moga aku akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Insyaallah.


Apa yang lebih aku syukuri adalah aku masih bersama insan-insan kesayangan aku dikala ini.. Masih berkudrat menjaga dua orang hero aku iaitu Muhammad Qhaliff Amsyar dan juga Muhammad Aqiff Rizqi bersama sang suami.. Alhamdulillah.. Doa aku, moga anak-anak aku menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua dan berjaya dunia akhirat.. Amiin YRA.

Tanggal 12 Jun 2019, aku menerima banyak ucapan hari lahir daripada rakan dan taulan.. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua kerana ingatkan aku tentang sebuah kelahiran insan bergelar Lea Azleeya.. Kadang aku pun lupa tarikh lahir aku.. hehe.. Sebab tu kadang tu lupa nak renew lesen kete.. Haha!! Nasib baik tahun depan baru tamat tempoh.. Kalau tak gerenti gelabah unta lagik.. huhu.


Apa yang menariknya, besdey aku jatuh pada bulan syawal.. Malam sebelum hari besdey aku, kami satu family keluar makan.. Menu pilihan seperti biasa asam pedas kegemaran aku.. Hehe.. Memang niat dah nak banje family walaupun belum sampai tarikhnya.. hiks.. Sebenarnya, tahun ni memang aku lupa langsung tarikh besday aku, seb bek ada seorang ni ingatkan aku.. Hiks.. Apa yang tak bestnya, anak aku si Aqiff tak berapa sihat pulak.. Makan pun tak mahu.. Huhu.. Pape pun, dorang seronok sebab dapat kuau jenjalan.. Tak de la terperuk jerk lam umah.




Tahun ni nampaknya banyak pulak rezeki aku.. Ada yang sudi kasi hadiah walaupun aku tak pernah berharap untuk dapat hadiah hari jadi.. Serius weh, lama dah tak sambut besdaynya.. Last, time bujang dulu kot.. Huhu.. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan sibuk-sibuk nak caril!! hehe.. Hadiah apa yang aku dapat? Ngeeee!


Parcel sampai aku tertanya-tanya.. Apakah? Barang untuk review ke? Bila bukak terpegun dengan box cantik ni.. Memang cantik box dia.. Exclusive.. Tertanye lagi.. Apakah? Terus bukak kotak sebab tak sabar nak tahu apakah


Bukak sahaja penutup kotak dah nampak kad ucapan.. Ada ucapan "Selamat Hari Lahir & Terima Kasih".. Oh, tahulah aku bukan barang untuk review.. Ia merupakan hadiah besdey aku.. Cam aku kata tadi, rezeki jangan ditolak, musuh jangan nak menggatal pegi carik k.. hiks.. Tapi apakah isi kandungan kotak cantik ni


Bila dah bukak kertas pembalutnya, Ya Allah alhamdulillah telekung solat.. OMG!! Aku suka sangat.. Aku memang fanatik dengan telekung solat.. Cam tetahu jerk apa yang aku suka kan.. Haha.. Telekung solat dari Zara Awliya.. Tak pernah lagi aku beli brand ni.. So, bertambahlah koleksi telekung solat aku.. Ada yang murah dan ada yang mahal.. Yang ni aku tataw berapa harganya.. Nama lagi hadiahkan, takan orang nak kasitau harganya pulak.. Hiks.


Warna grey.. Tak terlalu over.. Nice..!! Jahitan dan sulaman memang kemas.. Kain pun selesa.. Tak sabar nak basuh dan pakai.. Thankz to giver.!! MUaxxx ciked!! Oh ya, kot ada yang nak buat present pada yang tersayang, aku suggest korang beli telekung dari Zara Awliya ni sebabnya kotaknya pun cantik.. Sesuai sangat dibuat hadiah... Siap dengan kad ucapan.. Nak buat surprise pun boleh uolls.. Ehh ter-promot lak.. Haha!


Malam 12 Jun, encik suami lak ajak p makan KFC dia banje sempene besdey aku.. Rezeki lagi.. Hehe.. Sempat snap gambar ayam jerk weh!! Anak buat perangai.. Huhu.. Tapi serius, ayam kfc baru ni sodap hingga menjilat jari.. Nyumm nyumm.. TQ encik suami.. Tahun depan banje agik.. Haha!


Jumaat pagi, abang pos express datang terjah pintu pejabat.. Uihh beso weh parcel dapat.. Tak sangka secepat ini dapat parcel pink ni.. Ini hadiah hari jadi dari Althea Korea.. Alhamdulillah rezeki lagi.. Dua box weh.. Ada produk makeup, skincare dan pelbagai lagi.. Macam-macam aku pilih kali ni sebabnya point untuk besdey agak meriah sehinggakan aku rambang mata nak pilih yang mana satu.. Setelah berhari-hari shopping, barulah aku dapat sempurnakan kesemua point yang ada.. Alhamdulillah.. Thank Althea kasi hadiah yang best ni.. 

Excited kot nak bukak.. Tu eksen jerk tu.. Tak bukak lagik pun parcel ni.. Tak de masa agik nak bukak dan tengok hasilnya.. Nantilah aku buat video unboxing.. Baru syok.. hiks.. Apa lagi yang aku dapat untuk tahun ni? 

Selepas solat jumaat aku kembali ke opiz setelah keluar rehat beraya ke rumah kawan.. Penuh perut weh.. Macam-macam member hidang.. Alhamdulillah, rezeki tu.. Hehe.. Masuk aje opiz, si kerani depan aku tu hulur paperbag comel katanya ada orang kasi hadiah besday.. Wahh sape pulak la kasi ni.. 
Bila bukak paperbag nampak keychain nama sendiri.. Handmade lagi.. Cam dah boleh agak sape kasi.. Hehe.. TQ kak uda.. Selalu ingat orang.. Muaxxx!! Keychain ni dah selamat tersangkut pada kunci kete.. Comel sangat.. Aku suka.. Alhamdulillah.. 

Itulah sahaja cerita besdey aku untuk tahun ni.. Terima kasih kepada semua yang wish besday aku dan mendoakan aku.. Terima kasih!.. Moga tahun depan memberi sinar yang lebih baik buat aku dan semua orang.. Alhamdulillah, ulang tahun kelahiran 2019 membawa seribu makna yang tak dapat aku ungkapkan disini.. xoxo!


Lea Azleeya12 Jun 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/06/ulang-tahun-kelahiran-2019-membawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 683 hits
Kemasukan baru pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi akan berlansung tidak lama lagi Kebiasaanya bagi Universiti Awam kemasukan akan bermula pada awal September Jadi kepada semua calon yang berjaya mohon bagi kemasukan kepada mana mana Insi...
2019 Tahun Ujian Allah Saja Yang Tahu Miss You Johan Nawawi Ucap Nora Ariffin

2019 Tahun Ujian Allah Saja Yang Tahu Miss You Johan Nawawi Ucap Nora Ariffin

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 486 hits
Please follow and like us 0 Penyanyi Nora Ariffin ada menitipkan dedikasiknya bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi Ujar penyanyi lagu Hanya Satu itu menerusi Instgaram tahun ini merupakan tahun ujian ...
Permulaan Tahun 2019 Yang Sibuk

Permulaan Tahun 2019 Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum Lamanya tak menulis di sini Ada je di sini Masih Di Jerteh Terengganu HihiAlhamdulillah kami sekeluarga sihat sihat je Hangpa sihat Tahun 2019 agak sibuk dengan aktiviti harian Hahaha Maklumlah jadi supir Raniaku sayang Tahu...
Pre Raya 2019 Rutin Setiap Tahun Pergi Mantai

Pre Raya 2019 Rutin Setiap Tahun Pergi Mantai

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 341 hits
Hi korang Pagi semalam SA ikut abah pi Mantai Apa mantai ni haaa kat NS sessi jual daging lembu segar tu dipanggil Mantai dimana di setiap daerah di NS ada peniaga jual daging lembu SA memang suka la sebab dapat beli daging segar Mahal mema...
Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 352 hits
Reading Time 2 minutesAdidas di tangga ke 100 BrandZ telah mengeluarkan laporan kedudukan 100 syarikat yang paling bernilai di dunia bagi tahun 2019 Dalam laporan tersebut mereka telah menobatkan Amazon sebagai Jenama Global Paling Bernilai...
8 Fakta Menarik Tentang Olivia Culpo Wanita Terseksi Di Dunia Tahun 2019

8 Fakta Menarik Tentang Olivia Culpo Wanita Terseksi Di Dunia Tahun 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 438 hits
8 Fakta menarik tentang Olivia Culpo wanita terseksi di dunia tahun 2019 Dia adalah mantan Miss Universe 2012 sempat berpacaran serius dengan Nick Jonas dan jago memainkan alat musik selo
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Julia Sekeluarga Inilah Tema Raya Kami Tahun 2019 Ewahhh

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Julia Sekeluarga Inilah Tema Raya Kami Tahun 2019 Ewahhh

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 848 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 semua pembaca setia blog Julia Johari Wah sudah 1 Syawal hari ini alhamdulilah bangun awal pagi solat Subuh dengan penuh khusyuk jom kita solat hari raya pula tapi sebelum itu di kesempatan ini julia sekelu...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan